Assalamualaikum and a very very good day to allz.. Kepala rasa berdenyut-denyut macam baru tengah kena pam dengan angin guna pam tiub basikal. Dah dua minggu waktu tidur mengalahkan zombie kampung pisang. Assignment umpama setinggi gunung Everest yang sedang cuba dicairkan sedikit demi sedikit.. kawan-kawan pun cakap muka aku dah macam orang takde perasaan.. ok lagi la tu kalau nak dibandingkan dengan takde hati perut kan.. (Tapi pun rasa macam dah takde nie… Haiiizzsss)
Weekend yang sepatutnya dihabiskan dengan bermanja dengan penuh kasih sayang bersama katil dan bantal di bilik telah dihabiskan dengan tersadai di depan laptop bersama lampiran thesis yang bertimbun masih belum dilengkapkan perisiannya.. Bersama nota-nota yang menunggu setia untuk disentuh dan di”save”kan di dalam disc kepala sebab exam mid term dah nak start lusa… Wargh!! I’m trying to change my distress turns to eustress…
Tapi….. Berblogging tetap menjadi pujaan hatiku… Jujur aku cakap.. Memang kenangan study nie takkan aku lupa laa… Kebiasaan seorang Student.. Mereka-mereka ( aku la tu ) akan mengalami beberapa fasa.. atau lebih tepat digelar zaman… Ayuh kita tengok.. Adakah anda-anda turut tergolong dalam Fasa / Zaman berikut……..
1. Zaman “Kejar “Deadline”
Buat assignment awal-awal akan menyebabkan korang mendapat “pujian” dan kata-kata semangat dari kawan-kawan seperti ini:
“Pergh! Rajin gilew kau.. Pehal semangat sangat nie?? Lekk ar… Bukan kena submit esok pon.. Takyah nak bajet baek sangat la weh…”
Atau…
“Buat aku punya sekali bleh ark? Nanti aku belanja kau makan kat kedai abang Didi..”
Atau…..
“Eh! Kau dah start buat ke?? Siap nanti pass kat aku taw! Aku nak tiru.. Malas ar nak fikir pasal benda nie.. Buat serabut kepala jer.. Soft copy keyh! Senang sket aku nak copy paste…”
Sungguh bersemangat kata-kata itu kan? Kalau aku dengar pun dah rasa bersemangat… Bersemangat nak bagi penampar sedas dua kat pipi beliau-beliau yang berkata-kata. Di saat dan ketika ini.. Korang akan ada dua pilihan tindakan.. ( Macam aplikasi subjek pengurusan lecturer aku jer nie..) pertama tindakan ke atas diri sendiri.. Kedua tindakan ke atas sahabat-sahabat korang yang berjiwa “pemuji” itu.
What should you do to yourself?
IGNORE THEM!!! And TAKE IT POSITIVELY.. Macam mana?
I = Ingat yang korang akan
G = Gembira dan tenang bila semuanya dah siap dan tak perlu
N = Nak serabutkan otak fikir pasal
O = Orang lain yang takde
R = Rasa nak bertangungjawab pada sendiri. So, Buat apa
E = Engkau nak fikir pasal diorang??
T = They don’t really take a big matter for you because
H = He/she might be looking for a “gang” to
E = Escort him if he being punished because he
M = Missed the deadline to submit the Assignment
And..
T = Terima
A = Apa yang
K = Kawan-kawan
E = Engkau cakap sebagai satu
I = Inisiatif untuk
T = Tingkatkan usaha dan anggap itu
P = Peluang untuk korang buktikan yang
O = Orang macam korang langsung tak terusik dengan kata-kata
S = Semangat “menghasut”
I = Itu dan
T = Takkan
I = Ikut telunjuk mereka-mereka yang takde
V = Visi dan misi dalam hidup.
E = End of your stress felling by doing your responsibility and
L = Love
Y = Your student status, not being stress with it!!
2. Zaman “cintan-cintun”
Adakah senyuman sedang meniti di bibir mungil pembaca-pambaca blog sekalian….?? That thus brings a meaning I guess… Adakah anda sedang melalui zaman ini? Telah melalui? Or paling simple.. Mengharapkan untuk melaluinya dalam masa terdekat?? Aiseh…. Jiwang la haiii…. Aku paling failed bab nie.. So, nak minta maaf awal-awal jika kata-kata yang bakal ditulis menyebabkan korang akan mengalami penghantaran impuls yang memberi tindakbalas gelengan kepala.
Perlu ke bercinta masa belajar?? Tiga jawapan utama yang tergiang-giang hasil sumbangan rakan-rakan.
PERLU
Kita kan jauh dari parents.. Nanti ada orang take care pasal kita.. Ada tempat nak mengadu nasib yang dekat di mata, dekat juga di hati. Pastu boleh bagi semangat nak study bagi lagi rajin, pastu.. pastu.. pastu…. Waaa…. Suka! Suka! Suka!
( Jangan daripada “Pastu” bertukar jadi “Pass too kawan-kawan jela budak nie.. Dah takde “kimia” la dengan dia nie”)
PERLU KOT
Yang nie aku secara peribadi 50-50 nak setuju ke tak.. Kalau seseorang individu itu mampu mengendalikan hidup dengan baik memang no hal rasanya untuk handle bab chenta nie.. Just kena make sure.. Hati mu masih milikmu.. Bukan sepenuhnya milik si dia kerana kalau ter……………….. Brake up.. Memang kena isi borang buat transplant hati.. Tu ok lagi..The worst is if the brake up effects your study.. Sangat rugi disitu.. Kenapa? Cuba fikir-fikir balik.. Pergi sana untuk belajar ke untuk bercinta??? Dah dapat jawapan? So mana lagi nak dipentingkan??????
TAK PERLU!
Anda pasti?? Kalau aku buat sedikit tekaan.. Mereka yang kata tak perlu nie tak pernah melalui saat-saat bercouple or tak mengizinkan diri mereka bercouple.. Am I right? Good! Means you know what you’re doing.. Study not berchenta.. But.. Jika ada yang mengetuk pintu hati.. Apakata serahkan sahaja pada Ketentuan-Nya… Ada jodoh tak kemana kan.. ( Ayat pasrah……)
My Individual Opinion About Love.
My friend pernah cakap.. “Anda hebat jika anda mampu menyembunyikan rasa cinta nada kepada seseorang berbanding anda berusaha untuk meluahkannya terus terang..”
Cinta tak berbalas itu sakit….
Menyembunyikan rasa cinta tanpa seorang pun mengetahui termasuk si dia itu lebih sakit…..
CINTA VS CITA
C = Cita-cita
I = Itu harus dikejar terlebih dahulu lepas tu baru boleh
N = Nak intai-inta cari pasangan hidup untuk mengisi
T = Takhta hati yang
1 = Ingin dikepung rasa bahagia.
C = Cinta
I = Itu
T = Tetap
A = Akan hadir bila tiba masanya.
3. Zaman Poket tinggal habuk.
Siapa yang tak pernah melalui zaman ni memang aku nak pergi bersua muka bertanya.. “How you did that???” maybe your are from a very loaded family who had a parents to support you fully autside inside.. or anda memang sangat bijak dalam pengurusan kewangan..
Aku pernah melalui saat-saat ini ( sering melalui sebenarnya).. tapi kata orang alah bisa tegal biasa la kan.. Pesanan ayah yang sentiasa dipaku pada dinding hati.. “ Jangan berhutang! Sekali buat lama-lama akan terbiasa.. Saat tu, kalau sebelum nie ada duit RM1 dalam poket still rasa boleh survived.. Tapi bila dah biasa berhutang.. Ada RM100 dalam poket pun rasa tak cukup.” And aku memang sangat-sangat setuju dengan kata-kata Daddy terchenta!!
Rezeki Allah kat muka bumi nie luas.. Cuma kadang-kadang yang bulat tak datang bergolek… Kena la usaha cari.
Pengalaman yang biasa aku dengar dari kawan-kawan..
“Nasi sebungkus share 3, 4 orang sebab masing tinggal tak berapa sen dalam poket…”
“Kawe kalu ado nasi nge budu ko nge kicap ko takpo doh takdop lauk pun, kawe sero idup dah tu.. Bersyukur jah.. Ore laen kat afrika nu tok make”
“Megi sebungkus kawtim tiga orang.. Kadang-kadang bertambah bilangan orang tapi megi tetap sebungkus..”
Paling best..
“Weh! Jom gi makan?”
“Puasaaa…..”
Normal………… Ni lah kenangan terindah sebagai student.. Nak pinjam dekat kawan-kawan.. Kawan-kawan pun sama taraf.. Nak minta dekat parents.. Rasa macam nak selam muka dalam kolam air panas sebab malu.. yelaa.. kan dah besar.. Sampai bila nak harapkan parents support.. Orang lahir dalam dulang emas.. Berbeza dengan orang yang lahir dalam dulang besi..
Aku terbaca benda nie dalam Facebook semalam.. aku tak tahu macam mana nak related kan benda nie.. Cuma aku rasa macam nak include kan..
Kalau lah
A , B , C , D , E , F , G, H , I , J , K , L , M , N , O , P , Q , R , S , T , U , V , W , X , Y , Z
Sama dengan..
1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20, 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26
H.A.R.D.W.O.R.K. = 8 + 1 + 18 + 4 + 23 + 15 + 18 +11 = 98%
K.N.O.W.L.E.D.G.E = 11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4+ 7 + 5 = 96%
L.O.V.E = 12 + 15 + 22 + 5 = 54%
L.U.C.K = 12 + 21 + 3 + 11 = 47%
A.T.T.I.T.U.D.E = 1 + 20 + 20 + 9 + 20 +21 + 4 + 5 = 100%
Attitude does make a big matter right…..
P/s:> Ijazah terbaik datangnya dari jalanan.. Dari Pengalaman mencakar dan bersalaman.. Gagal merancang.. Merancang kegagalan….
Gratisan Musik