Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Jumaat, Januari 06, 2012

Kisah Belut Panggang


         01/01/2012 Forst Day In New Year!

       Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers.. Mood di pagi tahun baru?? Mengantuk?? Semalam “ukur jalan” ke…. Agak-agak Berjaya ukur seluas mana dah jalan kat Malaysia nie semalam? Tak payah jawablah.. Tak masuk final exam pun. So, di hari yang sepatutnya dimulakan dengan azam yang baru.. (ye ke??) bukan pakwe baru bernama Azam yer.. dah mind set dah nak berazam apa pulak tahun nie? Okey.. sila-sila fikirkan..Today aku nak share some exotic food dengan korang. Takde la exotic tahap makan ular sawa batik masak sup tomyam… exotic yang biasa-biasa je.. it’s BELUT………..


         Pernah makan this sea creatures tak? Sedap kot… Bagi yang minat laa.. Belut ni boleh dipelbagaikan untuk tujuan masakan. Boleh buat sup, goreng garam kunyit.. buat kuah laksa paling syok laa.. pasal apa.. Masa tu.. Mana-mana individu yang tobat tamau makan belut pun boleh hirup habis kuah.. Bila bagitau mau nak terbelalak biji mata.. ( Ini pernah berlaku pada kawan my beloved handsome daddy.. ngee). So , yang hari ni punya.. Kita buat belut panggang dah la na.. Kampung Style!!  Perbezaan pada rasa belut ni bergantung pada style masakan kita.. kalau goreng, isi dia akan lembut sedikit, liat sikit nak dibandingkan dengan isi ikan keli. And kalau panggang pulak, isi dia jadi lebih Kenyal sikit berbanding kalau kita goreng. Khasiat belut nie pula, orang tua-tua cakap, sesuai untuk budak-budak yang ada asma (lelah), orang dewasa pun boleh je.. and lagi satu bagus untuk merawat penyakit kulit yang gatal-gatal. Tapi kalau perangai yang gatal.. Tu tak boleh bagi makan belut dah.. Tu kena sental dengan berus besi bagi hilang la kot.. kankankan.






Okey, ni belut yang aku dengan ayah aku pergi beli dekat Pasar Tani kat kampung kami selepas “merempit” di pagi hari.






Bagi yang tak biasa nak siang belut nie, boleh jer suruh pakcik yang jual tu siangkan, minta tolong dia buangkan isi perut dan potong belut tu kepada beberapa bahagian. Sebabnya, belut ni nyawa dia liat sket.. kalau silap potong.. Still gerak-gerak ala-ala hidup lagi… and kepala dia kita tak makan yer.. Jangan korang ratah macam kepala ikan plak.. haru nanti…







Ni pulak belut yang dah dibersihkan dan dibuang segala kekotoran padanya terutamanya darah hitam kat tulang dia yang menyebabkan bau hanyir masih ada kalau tak buang.. belut nie badan dia berlendir kan.. Orang cakap licin macam belut.. so, tips nak hilangkan lendir pada badan dia, masa bersihkan tu, letakkan garam kasar dan perahan air limau nipis, rendamkan seketika dan guna limau nipis tu untuk sental badan belut tadi, confirm semua lendir tanggal.




Dalam lesung batu ni adalah ccampuran kunyit hidup dan sedikit garam. Kalau warna tak terang boleh letak kunyit debu sket. Kita akan gunakan ni sebagai bahan perapan belut nanti. Belut nie kita tak perlu perap lama-lama sebab ia akan menghilangkan kemanisan daging belut tut adi.. kata ayah aku laa..




kunyit yang telah ditumbuk




belut yang telah diperap dengan kunyit tumbuk dan garam.



Ni pulak belut yang aku tengah panggang.. Macam ikan keli jugak.. lemak dia agak banyak, so kena jaga bara api jangan sampai hangus.. kalau hangus jugak, Nampak gayanya, orang lain panggang jadi belut panggang, korang panggang jadi belut arang.. 








Dan inilah hasilnya.. Makan dengan nasi boleh, ratah macam tu pun boleh, bagi yang tak familiar mungkin agak geli-geli la nak makan tapi alah bisa tegal biasalah kan.. selamat mencuba..!!







p/s:> Aku makan tanpa perasaan dan anggap jer macam tengah makan ikan keli..







    





Gratisan Musik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan