Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Khamis, Mei 24, 2012

Macam Mana Nak Berlari Kalau Tak Nak Berjalan??...


“Sometimes we didn’t see the moon luminous light cause we’re too busy counting the stars that would disappear from the view when the rain comes…”




     
     Assalamualaikum and a very good day to the person who’s reading my entry right now.. Be my pleasure by being a guest to this blog.. ( wiping tears……).. Lama rasanya bercuti dari menconteng blog sendiri.. Aku tunggu punya tunggu punya tunggu.. Itu ilham tara juga timbul-timbul.. Haiizzz…. Actually, baru saja selesai pergi berperang.. Kat mana? Nope…! Bukan Syria, not even Palestin, Afghanistan pun idak… Berperang dengan diri sendiri sahaja.. Menang atau kalah semuanya diri sendiri yang tentukan..

          As a student, perang yang paling biasa kena lalui is “EXAM”… So, baru sangat meng”settle”kan LAPAN PAPER yang sememangnya memerah otak sampai kecut… Bertambah “semangat” bila semester ni adalah semester akhir.. Suddenly terbayang-bayang muka my beloved most handsome daddy kat rumah di tanah air terchentaa yang ambil masa 8 jam setiap kali nak kembali… Hati sangat-sangatlah berharap untuk lulus exam kali nie sekaligus menamatkan status student buat sementara… ( Ada rezeki insya-Allah sambung lagi… My dad wish…)

         Selesai sesi merapu di atas.. Hari ni entry just sempoi sahaja seperti angin sepoi-sepoi bahasa di pagi hari saat buka tingkap… Sebelum tu, Ada sesiapa di sini yang lahir pada tahun 1991, 1990, 1989. 1988, 1987 and so on?? Okey.. Tak perlu jerit, aku tak dapat dengar your lovely voice my dear.. Masa kecil-kecil dulu pernah tak main baling tin? Bola bayang? Konda kondi? Dam aji? Dam ular? Sorok-sorok? Polis sentry? Perang-perang pakai pistol kayu buatan sendiri? Tangkap ikan laga? Main belut? Mandi sungai? Terjun lumpur? Kena kejar dengan mak sebab ponteng pergi mengaji gara-gara kawan ajak mandi sungai? Tu kira permainan jugak ke… Takkkkk… 













     
          Aku pernah lalui tu semua time kecil-kecil dulu.. kecuali yang last.. sebab yang kejar tu ayah.. Bukan mak… Hehehehehe… Aku just ada seorang abang ( seibu sebapa.. Yang tak seibu sebapa pun ada.. keh.. keh.. keh..), So di zaman kecil banyak dihabiskan dengan mengekori abang aku ke mana sahaja.. Time tu rambut pun pendek macam lelaki jugak… ( Arwah mak tak bagi simpan panjang time tuh)  Sekarang bila dah besar jer baru jadi perempuan pure.. (Sape gelak sah nak kena sekeh!!)..

            Fokusnya sekarang adalah…. Dam Ular… For those yang tak pernah main benda nie.. Meh nak explain secara ringkas macam mana nak main.. kenal tak dadu? Macam gambar kat bawah nie.. kat Terengganu kitorang panggil “dice”.. 





             Ni pulak tempat nak main dam ular.. Kertas jer.. 





           Dulu masa sekolah rendah, senang jer.. Tak perlu beli semua nie.. Just buat sendiri.. Dadu tu pakai jela pemadam dan kertas tu pula lukis sendiri pakai buku matematik yang ada petak besar tuh.. Zaman dulu kanak-kanak kreatif maa… Mak ayah bukannya berduit sangat nak belikan mainan banyak-banyak so main jela apa yang ada.. Getah pon boleh jadi tali skipping.. Budak sekarang ada main lagi ke? AMAT JARANG KELIHATAN…. Even anak saudara aku yang sekolah rendah pun boleh buat muka blur tahap petala kelapan bila mak su diorang tanya “Kenapa tak main kat padang?” Siap jawab “Kat padang mana ada Dota”… Sudah!.. ( Pap!! Tepuk dahi )


           Berbalik kepada dam ular tadi.. Nie la susah kalau lalu ikut jalan kampung.. banyak lorong.. Macam-macam tempat boleh sampai..  Nak balik rumah sendiri pun kadang boleh ada sepuluh jalan..

           Masa main dam ular, kita akan baling dadu untuk tahu berapa tapak kita boleh pergi, dari angka 1 hingga 6.. atas nasib la dapat langkah berapa jer.. kalau bernasib baik, dari tapak ke-3 terus boleh naik ke tapak ke-23 sebab jumpa tangga.. kalau nasib tak baek pulak dari tapak ke-34 kena turun ke tapak ke-2 sebab jumpa tangga rosak… Huhuhu.. Sape habis dulu, dia la pemenang untuk game tu. Anyway, pernah tak korang semua aplikasikan semua nie dalam hidup korang? Macam mana nak aplikasikan? By this way my dear..

SITUASI SATU

         Ibarat kita mebaling dadu, semata-mata nak dapatkan angka 6 iaitu angka terbesar, sedaya upaya kita putar menggunakan usaha yang banyak, siap jampi bagai, sampai kawan-kawan sebelah pun elak ke tepi takut kena siku.. and then, Yes!! Kita dapat angka 6.. Malangnya, sebaik sahaja kita memulakan langkah, rupa-rupanya tapak yang bakal kita duduki atas usaha kita tadi menyebabkan kita terpaksa turun ke tapak yang lebih rendah.. Agak-agak time tu rasa berbaloi tak dengan usaha kita tadi? Rasa tak berbaloi kan.. Daripada situasi nie.. Apa yang boleh dikonklusikan? Kadang-kadang apa yang kita fikirkan terbaik untuk kita itu bukanlah yang terbaik sebenarnya.. Cuma mungkin kita terlalu menginginkan yang terbaik.. sehingga mengabaikan apa yang mungkin lebih baik untuk kita..


SITUASI DUA

           Ibaratkan pula, selepas terpaksa turun dari tapak asal kita tadi, kita mula berputus asa dan untuk cubaan kali ini, kita hanya mengenakan usaha yang sedikit sahaja dan kita mendapat juga angka yang sedikit, katakanlah angka 3, sepadan dengan usaha kita yang sedikit tadi, kita mengorak langkah dan berada di tapak tersebut, kemudian kita perasan, “uishh! Kalau aku dapat angka 4  tadi, sah-sah aku kena balik ke tapak 1.. fuhh nasib baik..”Apa pula yang boleh dikonklusikan di sini?.. Sedikit bukan bermakna tidak bernilai.. perbezaan angka 3 dan 4 hanyalah 1.. Tapi ia menyelamatkan kita dari kena balik berada di tapak apling bawah.. Begitu juga dalam kehidupan kita.. Usaha yang sedikit tidak bermakna ianya sia-sia.. Kerana masa hadapan kita tak pernah tahu macam mana yang akan kita hadapi..

           My “pak cik” pernah cakap.. Sambil buat muka serius tak beriak.. “Just percaya pada usaha kita.. Kalau kita usaha banyak, tak mustahil kita dapat banyak, dan kalau kita usaha sikit, tak mustahil juga kita dapat sikit.. Tapi tak mustahil juga, kita usaha banyak, bersekang mata, tapi dapat sikit, just bersangka baik, maybe our effort is not enough to cover up all those kind of things that we will get soon.. Dan, if kita usaha sikit tapi tiba-tiba dapat lebih dari jangkaan kita, maybe that’s our luck.. Bersyukurlah.. But always remember.. Nasib tak selalu menyebelahi kita.. So, Di situ perlunya what we call “USAHA”..”

Surah Adh-Dhuhaa ayat 4 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan”..

   
       Mengharapkan sesuatu  tanpa sebarang usaha itu sia-sia… mendapat sesuatu tanpa sebarang usaha itu lebih sia-sia apabila kamu tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya….

Surah Al-‘Ashr ayat 1 hingga 3 yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.”

p/s:> Say Alhamdulillah cause you still got your eye sight to read this.




Gratisan Musik

4 ulasan:

  1. assalamualaikum.. analogi yg sgt baik.. teruskan ukhti.. ^^

    BalasPadam
  2. Syukran ya ukhti wawa.. Salam Ukhwahfillah.. ( ^_^ )

    BalasPadam
  3. mengimbau kenangan zaman comot2 dolu2.. he3 :D

    BalasPadam
  4. huhuhu... Zaman yg mmg sukar kalau nak praktikkan semula di zaman sekarang kan.. Memori sepanjang zaman.... (^_^)

    BalasPadam