Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Khamis, Julai 07, 2011

Kertas Pink VS Silica Gel Pink


Kertas Pink Dan Silica Gel Pink


VS.
     Assalamualaikum dan salam sejahtera..

     Pernah taak berlaku situasi dalam life korang di mana korang belum lagi cakap apa-apa, tapi orang yang close dengan korang dah dapat baca apa yang korang nak bagitau? Cuma dengan melihat senyuman yang Korang berikan dengan seribu makna.
     Tak kisah la whether diorang tu your parents ke.. siblings ke… nephew ke.. cousin ke… friends ke….. semua lah…  mesti ada kan? Kalau takde tu.. maybe in the future.. who knows right….

     Kisah pertama….



     Well, nak dijadikan cerita, sepanjang aku praktikal dekat hospital and klinik ni, macam-macam pengalaman yang aku dapat, ada yang best, and of course la.. lawan dia tak best lak kan. Ada yang memalukan, ada yang bikin panas!! Ada yang sweet sampai rasa nak senyum until pagi esok.. lucu.. macam-macam la bila berhadapan dengan orang ramai ni.. so, pada suatu hari tu, aku tolong sorang staf untuk renew satu fail untuk patient.. 5S punya pasal, kena la buat decoration sket dengan kertas pelbagai warna.. tapi masa aku tengah buat tu, yang aku jumpa Cuma warna biru, hijau and kuning.. hoho.. not so attractive la for me warna-warna tu.. so aku pun Tanya sorang staf yang boleh dikatakan close gak la.. sebab kitorang jenis happy go lucky bila bersama.. tension-tension pon selamber leh gurau senda lagi. Nama dia kak lin (bukan nama sebenar)

     Aku: “Kak Lin! Kertas warna pink takdop ke?”

     Kak Lin: “Ce tengok dalam gobok orr.. rase ade ritu,”

     Aku: “Takdop pon! Duk mane auw!”

     Kak Lin: “Jap-jap, kak Lin cari dalam stor alat tulis.”

     Aku: “Okey! Derah ket!”

     ( 10 minit kemudian )

     Kak Lin: “Pakai jela kertas warna hok ada tu, cari doh.. takdop!  laen kali kak Lin mintak ngan bos!”

     Aku: “ok!”

     Kisah kedua…

     Hari tu aku sedang men”top-up” ubat (kerja kitorang masa jadi trainee, ini untuk mudahkan proses bagi ubat kat patient gak ). Sedang duk asyik dengan kotak-kotak ubat tuh, aku kena asingkan ubat dengan silica gel. Tau apa itu “silica gel”? ala benda yang orang letak untuk menyerap lembapan tu.. tak laa rosak ubat kalau ada.. tapi nak guna sikit jer. So aku asingkan. Silica gel yang aku asingkan tu ada dua warna yang bercampur dalam satu pek kecil, ada warna biru dan transparent. Bagi orang yang kreatif, kadang-kadang diorang ambil ni untuk dijadikan hiasan dalam pasu bunga. Sebab Nampak cantik, and didatangkan dengan pelbagai warna. 

     Tetiba kak Lin datang,

     Kak Lin: “Mas, kek gi letak setempat neh, kak Lin nak sket buh dalam pasu bunga.. bla… bla… bla… bla… comel…… bla… bla….. kalau pandai wat.. bla.. bla… bla…. Susun molek… bla… bla… bla… neh?

     ( kenapa bla.. bla..? korang nak tau ker bila orang perempuan cakap pasal bunga, pasu semua tu????)

     Aku: “Beres kak Lin. Memang pun kalau letak dalam pasu.. bla… bla… bla… bla… bla… kaler macam-macam….. bla… bla… bla… pink, kuning.. bla… bla… bla.. atas meja… bla… bla… bla… wat comey… bla… bla… bla…. Tapi orp, kalau ada silica gel warna pink kan comel orp!! Kenan wase! Adop ker Kak Lin silica gel warna pink?

     Kak Lin: “Ada, tapi bukan dalam ubat nie arr.. nanti kak lin tengok ekk.”

     Aku: “Beres boh!!”

     Kisah ketiga…

     Seperti biasa, aku kalau patient tak ramai, ambikla peluang top-up ubat. And suddenly kak Lin datang tepuk bahu!!

     Kak Lin: “Mas! Tau dop, punya la kita cari tadikan, kak Lin jumpe oh, macam-macam kaler ade! Pink banyak! Comey la..! karang kita ambik neh!

     Aku: “kak Lin! Nak warna pink kak lin! Nak wat balik rumah, mesti comey!”

     Kak Lin: “nak banyak ker? Nak wat naper?”

     Aku: “Hehehe.. ada ar kerja orang.. boleh dop?”

     Kak Lin: “Emm.. nanti kak Lin gi ambik neh.”

     Tapi aku pelik, apsal muka dia berkerut amat masa aku cakap aku nak tu? Macam rasa lain macam la.. dengan dahi-dahi aku sekali berkerut. Jap-jap.. kitorang tengah cakap pasal benda yang sama ke tadi? Aku rasa aku cakap pasal silica gel. Habis tu kak Lin cakap pasal apa tadi? Apa maksud dia sebenarnya?? Aku pening! Lantas aku teringat masa aku tolong dia renew fail hari tu, aku nak kertas pink! ( tak ingat? Sila baca kisah pertama ) entah-entah Kak Lin ingatkan aku nak kertas warna pink tu kot! Ah sudah! Apa punya salah faham ni?! Aku intai kiri kanan, kak Lin dah takde! Ni nak kena explain ni! Dan dia muncul..

     Aku: “Kak Lin, kita cakap pasal benda sama ker tadi?”

     Kak Lin: “Kak Lin cakap pasal kertas warna pink dalam drawer meja bos, mas cakap pasal nape?”

    Aku dah agak dah! 

Aku: “Mas cakap pasal silica gel warna pink! Baek punya misunderstanding!

     Kak Lin: “Hahahahahaha!.. patotla kak Lin pelik, bakper Mas nok sangat kertas warna pink? Upernyer silica gel warna pink! Sama-sama blur la kita nie;”

     Aku: “Moral of the story, nak cakap biar tahu hujung pangkal. Betol?”

     Kak Lin: “Betol.. betol.. betol…!!”

So, korang Nampak tak kat situ? Serapat mana pon kita dengan orang lain, salah faham tetap boleh berlaku, sebab kadang-kadang apa yang disampaikan tak sama dengan apa yang diterima. So lepas ni, berkatalah benar sekalipun pahit.. aikk.. ada kena mengena ke? Korang dah besar kan, pikir la sendiri ek.. wassalam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan