Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Jumaat, April 27, 2012

~Baik-baik Sayang...~


     






     

  
    Assalamualaikum w.b.t…. & a very good day to all dear readers, terasa sangat lama tak meng”update” blog nie.. Hanya mampu merapu di alam realiti sahaja bersama sahabat-sahabat tercheentaa.. Thanks guys untuk kesudian anda melayan kanak-kanak ini.. Untuk bulan April 2012 nie.. There’s so many things need to be handle.. Since aku pun dalam semester akhir in my diploma, that’s not a very weird things that should be happen I guess… But honestly, sometimes terasa la jugak nak terbang jer pergi mana-mana untuk hilangkan burden for at least just for a while only.. Tapi melarikan diri is not the way to settle all those kind of things.. Masalah yang hadir perlu ditangani untuk dihapuskan.. Bukan untuk dielakkan.. That’s the concept of solving a problems..


        Teringat something masa nak buat entry nie.. One day masa tengah tunggu masuk waktu zuhur dekat surau kolej, there’s my junior sedang bagi sedikit tazkirah.. Itu panorama biasa di surau kolej.. Tazkirah hari tu is quite interesting for me.. Tajuknya, “Bersangka baik, VS Bersangka Tak Berapa Nak Baik”.. she starts her stories by giving a sample of a situation.. 


         Bayangkan sahabat-sahabat sekalian bangun di pagi sabtu yang sangat membahagiakan sebab subuh tak burned pagi tu, lepas tu pergi buka tingkap bilik luas-luas nak hirup udara pagi, dan suddenly terpandang seorang gadis sedang berjalan perlahan-lahan menuju ke pagar asrama. Baju, seluar, shawl semua sedondon.. mekap cun! Dan bawak sebijik helmet, sahabat-sahabat semua tercari-cari, mana motorsikal dia?? Eh! Dia keluar macam tu jer.. bawak helmet tapi motor tak ada… Persoalannya.. Apa yang dalam kepala sahabat-sahabat masa tu??? 









       
        Satu surau diam masa tu including aku. Dia menyambung bicara..




          Kalau saya teka, ada tak kat sini yang berfikiran, “Nie mesti nak keluar dengan pakwe nie, isyh.. isyh.. isyh..” tak pun ada yang fikir, “muka jer cantik tapi keluar dengan lelaki naik motor, elok sangat la tu”, betol tak?



          Masa tu ada suara-suara halus yang bersetuju dengan pentazkirah tadi, aku? Senyum jela.. hihihi then dia sambung..


        Mesti tak ada yang fikir macam tu kan kat surau nie, yang kat luar sana semua tu yang fikir macam tu, yang kat sini mesti fikir macam nie kan, “Owhh.. Adik nie mesti nak pergi jumpa abang kandung dia ke, yang mahram dengan dia la tu, baiknya dia, dah la cantik, subhanallah, Alhamdulillah..”


        Dalam hati aku, terbaeekk punya sindiran budak kecik nie.  Tapi itu kenyataan, jarang daripada kita nak bersangka baik dengan sesuatu perkara dengan sekali pandang. Ada memang ada, tapi rasanya boleh hitung berapa kerat yang macam tu kan. Kalau just dalam minded sendiri, that can be consider lagi tapi benda tu tetap tak elok untuk diamalkan. Yang paling tak boleh consider ialah, menyebarkan fitnah. Kepada yang suka “bercerita”.. ingatlah…..

Surah al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud: “Fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.”

        Dan kepada mereka yang suka “mendengar”… ingatlah…..

Surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa kamu ketahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

           Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.. dalam satu sesi tazkirah lain, tentang topik yang seakan-akan sama, my junior also yang jadi pentazkirahnya..

         Kalau ternampak seorang kanak-kanak kecil menangis kerana tak dapat mainan di sebuah pasaraya sehingga memalukan ibu bapanya, janganlaj mencerca kanak-kanak itu, kerana dia masih jahil tentang dunia, dan tidak mustahil pada masa akan datang, dia boleh menjadi seorang yang lebih mulia dari kamu.

        Jika kamu melihat remaja-remaja berpeleseran di ibu kota tanpa hala tuju, janganlah kamu terus mencerca, kerana mereka mungkin sedang mencari siapa mereka sebenarnya, mereka melakukan dosa dalam kejahilan mereka sedangkan kamu mungkin melakukan dosa yang sama walhal kamu lebih mengetahui akan halal haram perbuatan kamu. Siapa yang lebih mulia pada eaktu itu?

        Jika kamu melihat seorang yang sudah berusia, janganlah kamu menganggap dia akan menyusahkan kamu, kerana tidak mustahil pahala yang dikumpul olehnya sepanjang usia itu lebih banyak dari kamu dan siapa kamu untuk menilai sedangkan kamu juga sedang dinilai oleh-Nya..

        Konsep di sini mudah, bersangka baik itu lebih baik. Tapi kalau tengah jalan sorang-sorang kat lorong yang gelap, lepas tu nampak seorang lelaki tengah pegang pisau tengok jer ke arah kita, takkan la masa tu nak fikir, “Ni mesti nak tolong masak nie..”….  memang “masak” la korang kalau fikir macam tu..  tengok situasi jugak la kan..  





   

        p/s:> Aku biasa guna perkatan “dear” pada semua orang, tak kira baru kenal or dah lama kenal, lelaki or perempuan, for me, perkataan tu sangat universal. 









Gratisan Musik