“Sometimes we
didn’t see the moon luminous light cause we’re too busy counting the stars that
would disappear from the view when the rain comes…”
Assalamualaikum and
a very good day to the person who’s reading my entry right now.. Be my pleasure
by being a guest to this blog.. ( wiping tears……).. Lama rasanya bercuti dari
menconteng blog sendiri.. Aku tunggu punya tunggu punya tunggu.. Itu ilham tara
juga timbul-timbul.. Haiizzz…. Actually, baru saja selesai pergi berperang..
Kat mana? Nope…! Bukan Syria, not even Palestin, Afghanistan pun idak…
Berperang dengan diri sendiri sahaja.. Menang atau kalah semuanya diri sendiri
yang tentukan..
As a student,
perang yang paling biasa kena lalui is “EXAM”… So, baru sangat meng”settle”kan
LAPAN PAPER yang sememangnya memerah otak sampai kecut… Bertambah “semangat”
bila semester ni adalah semester akhir.. Suddenly terbayang-bayang muka my
beloved most handsome daddy kat rumah di tanah air terchentaa yang ambil masa 8
jam setiap kali nak kembali… Hati sangat-sangatlah berharap untuk lulus exam
kali nie sekaligus menamatkan status student buat sementara… ( Ada rezeki insya-Allah
sambung lagi… My dad wish…)
Selesai sesi
merapu di atas.. Hari ni entry just sempoi sahaja seperti angin sepoi-sepoi
bahasa di pagi hari saat buka tingkap… Sebelum tu, Ada sesiapa di sini yang
lahir pada tahun 1991, 1990, 1989. 1988, 1987 and so on?? Okey.. Tak perlu
jerit, aku tak dapat dengar your lovely voice my dear.. Masa kecil-kecil dulu
pernah tak main baling tin? Bola bayang? Konda kondi? Dam aji? Dam ular?
Sorok-sorok? Polis sentry? Perang-perang pakai pistol kayu buatan sendiri?
Tangkap ikan laga? Main belut? Mandi sungai? Terjun lumpur? Kena kejar dengan
mak sebab ponteng pergi mengaji gara-gara kawan ajak mandi sungai? Tu kira
permainan jugak ke… Takkkkk…
Aku pernah lalui
tu semua time kecil-kecil dulu.. kecuali yang last.. sebab yang kejar tu ayah..
Bukan mak… Hehehehehe… Aku just ada seorang abang ( seibu sebapa.. Yang tak
seibu sebapa pun ada.. keh.. keh.. keh..), So di zaman kecil banyak dihabiskan
dengan mengekori abang aku ke mana sahaja.. Time tu rambut pun pendek macam
lelaki jugak… ( Arwah mak tak bagi simpan panjang time tuh) Sekarang bila dah besar jer baru jadi perempuan
pure.. (Sape gelak sah nak kena sekeh!!)..
Fokusnya
sekarang adalah…. Dam Ular… For those yang tak pernah main benda nie.. Meh nak
explain secara ringkas macam mana nak main.. kenal tak dadu? Macam gambar kat
bawah nie.. kat Terengganu kitorang panggil “dice”..
Ni pulak
tempat nak main dam ular.. Kertas jer..
Dulu masa
sekolah rendah, senang jer.. Tak perlu beli semua nie.. Just buat sendiri.. Dadu
tu pakai jela pemadam dan kertas tu pula lukis sendiri pakai buku matematik
yang ada petak besar tuh.. Zaman dulu kanak-kanak kreatif maa… Mak ayah
bukannya berduit sangat nak belikan mainan banyak-banyak so main jela apa yang
ada.. Getah pon boleh jadi tali skipping.. Budak sekarang ada main lagi ke?
AMAT JARANG KELIHATAN…. Even anak saudara aku yang sekolah rendah pun boleh
buat muka blur tahap petala kelapan bila mak su diorang tanya “Kenapa tak main
kat padang?” Siap jawab “Kat padang mana ada Dota”… Sudah!.. ( Pap!! Tepuk dahi
)
Berbalik kepada
dam ular tadi.. Nie la susah kalau lalu ikut jalan kampung.. banyak lorong.. Macam-macam
tempat boleh sampai.. Nak balik rumah
sendiri pun kadang boleh ada sepuluh jalan..
Masa main dam
ular, kita akan baling dadu untuk tahu berapa tapak kita boleh pergi, dari
angka 1 hingga 6.. atas nasib la dapat langkah berapa jer.. kalau bernasib
baik, dari tapak ke-3 terus boleh naik ke tapak ke-23 sebab jumpa tangga..
kalau nasib tak baek pulak dari tapak ke-34 kena turun ke tapak ke-2 sebab
jumpa tangga rosak… Huhuhu.. Sape habis dulu, dia la pemenang untuk game tu.
Anyway, pernah tak korang semua aplikasikan semua nie dalam hidup korang? Macam
mana nak aplikasikan? By this way my dear..
SITUASI SATU
Ibarat kita
mebaling dadu, semata-mata nak dapatkan angka 6 iaitu angka terbesar, sedaya
upaya kita putar menggunakan usaha yang banyak, siap jampi bagai, sampai
kawan-kawan sebelah pun elak ke tepi takut kena siku.. and then, Yes!! Kita
dapat angka 6.. Malangnya, sebaik sahaja kita memulakan langkah, rupa-rupanya
tapak yang bakal kita duduki atas usaha kita tadi menyebabkan kita terpaksa
turun ke tapak yang lebih rendah.. Agak-agak time tu rasa berbaloi tak dengan
usaha kita tadi? Rasa tak berbaloi kan.. Daripada situasi nie.. Apa yang boleh
dikonklusikan? Kadang-kadang apa yang kita fikirkan terbaik untuk kita itu
bukanlah yang terbaik sebenarnya.. Cuma mungkin kita terlalu menginginkan yang
terbaik.. sehingga mengabaikan apa yang mungkin lebih baik untuk kita..
SITUASI DUA
Ibaratkan pula,
selepas terpaksa turun dari tapak asal kita tadi, kita mula berputus asa dan
untuk cubaan kali ini, kita hanya mengenakan usaha yang sedikit sahaja dan kita
mendapat juga angka yang sedikit, katakanlah angka 3, sepadan dengan usaha kita
yang sedikit tadi, kita mengorak langkah dan berada di tapak tersebut, kemudian
kita perasan, “uishh! Kalau aku dapat angka 4
tadi, sah-sah aku kena balik ke tapak 1.. fuhh nasib baik..”Apa pula
yang boleh dikonklusikan di sini?.. Sedikit bukan bermakna tidak bernilai..
perbezaan angka 3 dan 4 hanyalah 1.. Tapi ia menyelamatkan kita dari kena balik
berada di tapak apling bawah.. Begitu juga dalam kehidupan kita.. Usaha yang
sedikit tidak bermakna ianya sia-sia.. Kerana masa hadapan kita tak pernah tahu
macam mana yang akan kita hadapi..
My “pak cik”
pernah cakap.. Sambil buat muka serius tak beriak.. “Just percaya pada usaha
kita.. Kalau kita usaha banyak, tak mustahil kita dapat banyak, dan kalau kita
usaha sikit, tak mustahil juga kita dapat sikit.. Tapi tak mustahil juga, kita
usaha banyak, bersekang mata, tapi dapat sikit, just bersangka baik, maybe our
effort is not enough to cover up all those kind of things that we will get
soon.. Dan, if kita usaha sikit tapi tiba-tiba dapat lebih dari jangkaan kita,
maybe that’s our luck.. Bersyukurlah.. But always remember.. Nasib tak selalu
menyebelahi kita.. So, Di situ perlunya what we call “USAHA”..”
Surah
Adh-Dhuhaa ayat 4 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu
dari permulaan”..
Mengharapkan
sesuatu tanpa sebarang usaha itu
sia-sia… mendapat sesuatu tanpa sebarang usaha itu lebih sia-sia apabila kamu
tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya….
Surah
Al-‘Ashr ayat 1 hingga 3 yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.”
p/s:> Say
Alhamdulillah cause you still got your eye sight to read this.
Gratisan Musik