Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Sabtu, Julai 09, 2011

Andai Itu Takdirnya...

   

     “Sodaqallah hul a’zim…”

     Naskhah surah yassin di tangan diraupkan ke wajah buat seketika.  Pandangan dihalakan ke wajah insan yang sedang terbujur kaku di pembaringan. Dadanya kelihatan turun naik, berombak kasar, jelas seakan begitu sukar untuk menghirup sedikit udara sekalipun telah dipakaikan dengan alat bantuan pernafasan. Wajah dipalingkan dari pandangan mata bening yang sedang memandangnya, manik jernih yang mengalir di pipi diseka perlahan.  Bibirnya dipaksa untuk mengukirkan sedikit senyuman sebelum kembali memandang wajah lemah itu, tawar sekali.

     “Abang Kimi, Aisya pergi solat zohor dulu ye, dah pukul 2, nanti abah dengan ummi abang datang. Kak Suria ada kat luar, nanti dia temankan abang.” Aisya berbicara perlahan, kelihatan Imran Hakimi mengerdipkan matanya, memberi isyarat menggunakan mata. 

     Pintu bilik 5/B, intensive care unit (ICU) ditutup rapat. Wajah kak Suria ditatap, sekadar berbalas senyuman, tiada kata yang mampu diungkapkan kerana masing-masing sudah mengetahui keadaan yang sedang mereka hadapi sekarang. 

     “Kak, Aisya pergi solat kejap ye?” Aisya menutur perlahan.

     “Pergilah Aisya, doakan Kimi.” Suria membalas juga perlahan.

     “Insya-Allah.” Balas Aisya. Langkah diatur kemas menuju ke surau berhampiran.
******************************************************************
     Aisya mengaminkan doa selesai mengerjakan solat zuhur.  Selesai melipat marhana, Aisya bersandar di dinding surau, mengeluh perlahan. Sudah hampir seminggu dia berulang alik ke hospital untuk melawat Imran Hakimi. Penat? Semestinya namun dia bernasib baik kerana sedang bercuti semester. Terkenang keluarganya di Malaysia, pasti mereka sukar untuk datang ke mari menjejak bumi Australia ini sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas dirinya.  ‘Nauzubillah hi minzalik’. Desis hatinya perlahan. 

     Terimbau kembali saat dia menerima panggilan dari kak Suria mengatakan Imran Hakimi dimasukkan ke hospital minggu lalu, ya, dia memang sedia maklum dengan keadaan yang sedang dihadapi oleh Imran Hakimi, penyakit yang menghuni diri insan tabah itu dalam usia 26 tahun benar-benar menguji Imran Hakimi, brain cancer. Namun apa yang lebih mengejutkan ialah apabila kak Suria menyatakan yang kanser itu sudah merebak ke seluruh bahagian saraf Imran Hakimi, final stage, 

     Dan tambah mengejutkan dia turut dikhabarkan punca Imran Hakimi terlantar secara mengejut begitu juga disebabkan perkara lain selain dari kanser otak yang dihidapinya sekian lama. ‘Dia kecewa..’ desis hatinya lagi.

      Perkenalannya dengan Imran Hakimi bermula sejak dia mula menjejakkan kaki di University of South Australia (UNISA) untuk menyambung pengajiannya dalam pengajian sastera. Dan apa yang menjadikan mereka rapat adalah kerana Imran Hakimi adalah senior Malaysia pertama yang ditemuinya semasa minggu orientasi. Dari situlah Aisya mengenali Imran Hakimi serta keluarganya. Aisya juga tahu yang Imran Hakimi mempunyai teman wanita di Malaysia, baginya wanita itu bertuah kerana mampu memenangi hati abang angkatnya itu, pasti dia juga mempunyai pekerti yang mulia, kalau tidak, masakan abangnya itu terpikat. Dan apa yang meyakinkan Aisya lagi, dia pernah bertanya kepada kepada Imran Hakimi.


     “Dia tahu pasal penyakit abang Kimi?” getus Aisya semasa Imran Hakimi sedang bercerita mengenai wanita tersebut.

     “Tahu, dan abang Kimi rasa dia boleh terima, kalau tak, takkan kami kekal sampai sekarangkan? Abang bersyukur sebab dia boleh terima abang dengan keadaan abang macam ni.” balas Imran Hakimi tersenyum bahagia.

     “Apa nama dia abang Kimi?” Tanya Aisya ingin tahu.

     “Ika Farhana.. sweet kan? Bagi abang la..” masih tersenyum. 

     Dan Kami terus bercerita. 

     “Mana abang Kimi kenal kak Ika?” Aisya bertanya lagi.

     “Masa abang study kat Malaysia dulu, sebelum masuk sini, panjang cerita dia, asalnya kak Ika tak nak kat abang nie, ayat punya ayat baru la dapat.” Balasnya, kalau dalam cerita kartun sekarang nie, mesti ada kelopak bunga jatuh kena tiup dek angin dengan abang Kimi punya situasi sekarang. 

     Dan abang Kimi terus bercerita tentang Ika Farhana, tentang bagaimana dia sanggup berjaga untuk mengambil wanita itu dari perhentian bas setiap kali kak Ika pulang dari mana-mana tempat seawal jam 4 pagi. Sanggup menyewa kereta jika ingin keluar bersiar-siar dengan kak Ika untuk keselesaan wanita tersebut, malah pendek kata, selagi dia mampu turuti, akan dilakukan, Cuma yang belum dilakukan, menyentuh wanita itu hatta berpegangan tangan. 

     “Abang tak pernah sentuh dia even pegang tangan?” Aisya bertanya, agak terkejut, jarang orang couple boleh buat macam tu.

     “Alhamdulillah, tak pernah.” Jawab Imran Hakimi.

     “Kak Ika tak kata apa-apa?” Tanya Aisya lagi.

     “Well, kami pernah gaduh pasal ni, kak Ika cakap abang tak romantik macam BF orang lain, jalan-jalan tak nak pegang tangan, tak boleh nak ambik gambar dua orang jer, ada la lagi.” Ada segarit senyuman meniti di bibir merah itu. ‘non-smoking person, normal la’ desis hati Aisya.

     “Habis abang cakap apa masa kak Ika persoalkan tu?”

     “Abang bagitau la, abang sayang dia sangat-sangat, so, abang takkan ambik apa yang belum menjadi hak abang secara halal selagi belum tiba masanya and Alhamdulillah, Nampak macam dia faham pendirian abang.” Imran Hakimi tersenyum bangga. 
 
     “Dah berapa lama abang Kimi kenal kak Ika?”

     “5 tahun dah masuk tahun nie.”

     Melihat pada tempoh mereka bersama, Aisya menganggarkan yang mereka mungkin mampu pergi jauh sehinggalah pada hari dia menerima panggilan dari kak Suria tentang Imran Hakimi admit di ICU. Serta merta sangkaanya meleset 100% 

     Aisya dikhabarkan oleh kak Suria, Imran Hakimi pengsan di dalam biliknya pada hari kejadian. Menurut rakan sebilik yang menemuinya ketika itu, laptop Imran Hakimi masih terpasang dan kelihatan inbox yahoo.mail milik Imran Hakimi terpapar di skrin. Aris rakan sebilik Imran Hakimi terkedu seketika ketika ingin mematikan suis laptop tersebut kerana terbaca apa yang terpapar di situ. Waktu itu Imran Hakimi sedang dalam perjalanan ke hospital. Menurut Aris, e-mail itu dihantar oleh Ika Farhana.

Imran, saya nak putuskan hubungan kita, selama ni sebenarnya selama ni saya tak cintakan awak dengan sepenuh hati saya. Saya cuba menyayangi awak tapi tak boleh, saya cuba bertahan dalam hubungan kita selama ni sebab saya kasihankan awak. Tak lebih daripada tu. Saya tak Nampak masa depan saya bila terus bersama dengan awak. Sampai bila awak mampu bertahan. Awak pun faham keadaan awak macam manakan. Saya tak nak masa depan saya gelap sebab awak. Saya harap awak takkan ganggu saya lagi lepas ni. Cukup lah awak ganggu saya selama ni. Jangan hubungi saya dengan apa jua cara sekalipun! Hubungan kita cukup sampai di sini”

        Aisya ternyata terkkedu buat seketika semasa membaca e-mail tersebut. Mungkin kerana itulah Imran Hakimi pengsan secara tiba-tiba selepas membaca e-mail tersebut. Sekaligus mengundangnya berada dalam situasi kritikal seperti sekarang. Cintanya dikhianati secara terang-terangan, insan mana yang tidak terluka. Aisya faham perasaan itu. Dia pernah merasainya.

     “Astaghfirullah hal a’zim….” Aisya beristighfar seketika.  Panjang benar lamunannya. Dikerling jam ditangan. Sudah pukul 2.43 petang. Tudung dirapikan lantas mengatur langkah kembali ke bilik 5/B.
     Kelihatan kak Suria sedang berbual dengan aunty Musnie, ibu Imran Hakimi. Dari jauh Aisya membalas senyuman aunty Musnie lalu segera mencium tangannya setelah merapati wanita itu. 

     “Abang Kimi tengah buat apa? Siapa ada kat dalam?”Aisya bertanya petah.

     “Uncle Rashid ada, dia tengah teman Kimi solat. Dah siap agaknya, jom kita masuk!” ajak aunty Musnie. Kak Suria dan Aisya menuruti dari belakang.

     Daun pintu dibuka perlahan, kelihatan uncle Rashid sedang merapikan kedudukan selimut yang membaluti tubuh Imran Hakimi, songkok di kepala Imran Hakimi diletakkan di tepi meja berhampiran katil Imran Hakimi. Uncle Rashid tersenyum tawar melihat kelibat isterinya, Suria dan Aisya memasuki ruangan tersebut. 

     “Dah siap semuanya bang?” Tanya aunty Musnie.

     “Dah, semoga Allah meringankan penderitaan Kimi.” Jawab uncle Rashid sayu.
     Tuntas pandangannya ditalakan pada Aisya yang sedang memerhati Imran Hakimi yang baru sahaja melelapkan matanya. 

     “Aisya, kita keluar kejap, uncle ada something nak cakap dengan kamu sikit.” Lancar ayat itu ditutrkan. Aisya lantas mengangguk perlahan lalu mengekori uncle Rashid yang terlebih dahulu keluar. 

      “Ada apa uncle?” Aisya bertanya.

     “Aisya kenal Ika Farhana?” uncle Rashid menjawab soalan dengan soalan.

     “Kenal uncle” Aisya berjeda seketika.

      “Aisya tahu pasal hubungan dia dengan Kimi? Aisya tahu tentang e-mail yang dihantar pada Kimi?” Uncle Rashid masih bertanya. Nadanya lembut. Pandangannya masih ditalakan keluar tingkap melihat pepohon rendang yang menghiasi kawasan taman hospital tersebut.

     “Tahu uncle.” Jawab Aisya sepatah.

     “Uncle ada hajat nak sampaikan pada dia.” Uncle Rashid berjeda, Aisya memandang tepat wajah berusia itu, uncle Rashid kembali menyambung kata.

     “Katakan pada Ika Farhana, kami sekeluarga minta maaf bagi pihak Kimi kerana membiarkan Kimi hadir dalam hidupnya. Maafkan Kimi kerana jatuh hati padanya, Maafkan Kimi kerana menganggu hidupnya selama ini, maafkan Kimi kerana menagih sedikit rasa kasih dan cinta padanya dengan keadaan dirinya seperti itu. Maafkan segala salah silapnya selama mereka berhubungan, uncle tak pasti kalau Kimi masih mampu bertahan dengan keadaan dia sekarang. Semoga Allah meredhakan hati kami untuk menerima segala ujian yang diberikan-Nya. Semoga segala dosa Kimi diampunkan. Insya-Allah.” Panjang luahan hati uncle Rashid. 

    Aisya faham perasaan uncle Rashid, melihat Imran Hakimi terlantar begitu sudah cukup menyiksa perasaan ditambah dengan rasa kecewa yang ditanggung anaknya. 

     “Abang! Kimi bang! Cepat!” kedengaran jelas jeritan nyaring aunty Musnie dari bilik Imran Hakimi. Mereka bergegas menuju ke sana. Degupan jantung Aisya cukup laju saat itu.

    “Kimi.” Uncle Rashid merapati Imran Hakimi. Kelihatan dadanya berombak kasar. Matanya terpejam dan terbuka seakan-akan begitu sakit menanggung dugaan yang diberikan padanya. Aunty Musnie dan kak Suria sudah beranak sungai dengan air mata. Aisya menutup mulut menahan esakan yang kian jelas kedengaran. 

     “Mengucap Kimi, ikut ayah, asyhadu a’la ila haillallah.” Bisik uncle Rashid betul-betul di telinga Imran Hakimi. Kelihatan bibirnya bergerak menuruti.

     “Wa asyhadu an namuhammadarrasulullah.” Sambung uncle Rashid. Bibir  Imran Hakimi turut mengikut. 

     “Kimi, ummi redhakan Kimi pergi, kami semua redha Kimi.” Aunty Musnie berkata sambil menahan esakan.

     “Innalillah hi wainna ilaihirrojiun…..” uncle Rashid menutur perlahan. Kian jelas terdengar esakan aunty Musnie dan kak Suria. Aisya sedaya upaya menahan sendu. Ditatap wajah bersih itu lama. ‘moga abang Kimi bersemadi dengan tenang di sana.’ Desis hati Aisya. Masih segar di ingatannya, hari pertama dia melawat Imran Hakimi, dia menangis di depan Imran Hakimi waktu itu dan Imran Hakimi yang pada waktu itu masih mampu bercakap berkata perlahan padanya.

     “Kalau Aisya sayang abang Kimi, janaganla nangis, abang sedih tengok Aisya nangis, tapi abang tak boelh nangis Aisya, abang tak boleh nangis, air mata abang tak keluar, bila abang sedih, abang makin sakit Aisya. Jangan nangis okey. Demi abang.” Terngiang-ngiang suara Imran Hakimi.
     “Ya Allah, tempatkanla insan ini di kalangan orang-orang yang dikasihi oleh-Mu Ya Allah, rahmatilah rohnya dan masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu Ya Allah, amin, amin ya rabbal a’lamin.” Doa Aisya…


     Kisah ni aku adaptasi dari satu kisah benar yang berlaku pada seorang kawan kepada kawan aku. Jalan penceritaan dan nama watak diubah serba sedikit untuk tidak menyinggung sensetiviti mana-mana individu. Mana yang baik dijadikan teladan. Mana yang buruk dijadikan sempadan.
    
    
    
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan