Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Khamis, Julai 12, 2012

Jari-jemari Menari



      

Assalamualaikum dan salam manis untuk saudara-saudari sekalian.. Dah lama tak guna bahasa Melayu sempurna nie.. Terasa nak berwacana bersayembara pulak kat blog sendiri.. Hohohoho Mana tau boleh jadi bahan rujukan untuk peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ke Ujian Penilaian Menengah Rendah ke Ujian Sijil Pelajaran Malaysia ke… Hah.. Cukup tak untuk jadi reference untuk adik-adik di luar sana?? 





      Sebut pasal adik-adik.. Sedikit selingan.. Dulu dan sekarang, ada satu benda yang tak pernah berubah.. Mana-mana aku pergi, confirm orang panggil aku “kakak”.. Eventhough that person is more older than me.. Nak lagi parah?? Salam siap cium tangan aku lagi tuh..  Haru sungguh.. Parents I senyum jer you.. I??? Kelip-kelip mata pastu cakap dalam hati.. “Aku nak kesian kat diri sendiri ke aku nak kesian kat budak yang salam aku nie??”…. Tapi sekarang dah berusia.. So, dah tak kisah orang nak panggil apa… Dah dapat title “aunty” and “mak” pun..


        Entry kali ni adalah untuk mengisi masa lapang yang amat lapang jer sebenarnya.. Alhamdulillah, dah settle habiskan Diploma aku 21 Jun 2012 hari tu. And sekarang tengah giat cari dan buat part time. Seriously.. Amatlah seram nak habiskan 3 tahun buat Diploma tu.. Kalau orang lain bawak kain baju pergi sana, aku bawak dua pihak yang utama, parents aku and my family angkat also.. Terlalu banyak pahit manis dalam proses study nie.. Jatuh bangun, tersandung, tergolek-golek tak disangka-sangka sampai tersauk tangan orang, yang mampu buat aku rasa macam nak pakai beg kertas untuk beberapa minggu sebab malu beb.. Hohohoho.. Banyaknya kenangan…. Rasa macam nak nyanyi lagu Kenangan Terindah”..


       Sementelah dah grad nie.. Kerja sementara adalah mengkaji siaran-siaran kartun kat TV setiap hari.. Spongebob Squarepants, Cat Dog, Wonderpets, Doraemon, Sin Chan, Pokemon, Power Rangers, BoboiBoy, Upin Ipin dan sebagainya.. Aku tak tahu kenapa aku fikir logik tiap kali tengok kartun.. Macam mana?? Macam nie.. 






“Macam mana ayam ngan itik boleh bercakap nie?? Siap ada kuasa cam power rangers plak tuh!!”

“Kenapa watak jahat tu tak serang jer masa hero tengah wat aksi tukar baju kuasa? Kalau serang masa tu kan senang, Confirm kalah.”

“Isyh, Camana bernafas pakai tu? Takde lubang pernafasan pun kat topeng”

“Mr. Crab kawen dengan spesies apa sampai boleh dapat anak ikan paus?”

“Macam mana bot wonderpets boleh terbang masuk dalam gambar?”

“Macam mana ikan boleh minum air dalam air?”

“Sponge makan burger???”

“Apasal bot terbang Wonderpets ada layar?? Kan terbang kat udara.. fungsi layar tu nak wat apa.? Kenapa tak letak sayap jerk at bot tu? Isyh apsal sama saiz jer haiwan yang diorang selamatkan ngan diorg punya  size..???”


     Amacam? Okey tak aku punya aplikasi logik?? Siapa boleh jawab soalan-soalan di atas??? Hohohohoho

      Bila dah tahap boring sangat, time untuk khatam komik pulak.. I want to share some facts that  I’ve read just now. Here it is


PERIHAL AIS

First, ais atau air batu adalah satu-satunya entiti yang dikenalpasti boleh menukarkan dirinya menjadi air dan selepasnya menjadi wap dan kemudiannya menjadi ais semula.

Second, hipotemia boleh terjadi jika korang terdedah dalam jangkamasa lama pada suhu paras beku seperti ais. Oleh itu, jangan kunyah ais, eh, macam takder kena mengena jer??...

Third, ais adalah antara bahan yang boleh digunakan dalam berbagai-bagai cara seperti contoh ais kepal kecuali digunakan untuk menyanyi kerana ais yang boleh menyanyi cuma Aisyah.

Forth, Ais juga boleh diubah menjadi berbagai-bagai bentuk seperti bentuk landak, bentuk kucing kurap, nemtuk opah di kampung, dan macam-macam lagi.

Fifth, ais mampu memberi kesan lecur sama seperti kesan terbakar teta[I jangan sesekali membakar sampah dengan menggunakan ais. 





     Terasa nak aplikasikan logik jugak baca benda nie.. Dan yang nie pulak, aku try aplikasi logik masa baca dan keputusannya, pening kepala daa… Apakata korang pulak cuba fahamkan intisari cerita dalam nie..

99 kali putus cinta..
“Pehal ko ni? Cam cipan berak kapur je atau kau yang tertelan kapur kasut?” usik Fail yang melihat Mancis termenung.
“Kau jangan nak buat lawak! Aku tengah frust ni! Karang ada yang makan gelas cicah dengan kuali karang!” tempik Mancis sehingga berterbangan kerusi meja kopitiam Wak Cavalera sampai ke rumah Lionel Messi di Argentina. Tetiba aje Mancis naik minyak lantas habis dinding dan tiang kopitiam dikunyahnya seperti orang memakan cup cake perisa udang galah.
“Sesapa yang tanya lagi apasal aku termenung maknanya alam barzakhlah tempat korang!” Mancis mewarning para pengunjung kopitiam sambil mentaekwando ekzos motornya hingga putus tiga. Memang Mancis ketegaq. Cakap kenkawan tak nak dengar. Hendakkan awek terkam sesuka hati. Patutnya risik merisik pada integriti mulia. Marjerin, Norfish @ Nor Ikan, Rasa Impiana, Umpana dan Lamani antara puluhan 99 awek yang meracuni empangan jiwanya. Sudahnya dia frust tidur berbantalkan tayar kereta.
*****************************************************
“Sorila Fail, itu hari aku megamuk kat kopitiam. Masa tu suhu badan aku tengah menggelagak. Dah melebihi suhu lahar Gunung Pinatubo.”
“Sejuk la, Mancis. Ketiak mana yang tak berbau. Tandas mana yang tak ada ointu. Semua orang buat salah. Dah la tu.” Pujuk Fail sambil membelai rambut Mancis yang bercabang seperti dahan Manggis. Beberapa ekor katak gurun yang melihat aksi tersebut muntah merah kuning.
“Ambik nombor henset ni. Aku rekomen cargas punya. Mamalia ni bakal membawa kau ke orbit satelit cinta yang hakiki. Kau ayatla awek ini sebelum dia diayatkan oleh kuda laut lain!” kata Fail lalu menghilangkan diri di sebalik kabus kismis ungu.
“Aa.. Alza Rina.” Bisik Mancis. Terkedu seketika apabila melihat nama dan nombor henset yang tertera. Entah mengapa tetiba, liang-liang stomanya bergetar. Alza femininnya namamu. Izinkan aku beradu versamamu di pangkal planet Marikh, andainya dirimu kumiliki abadi forever.. Badi 99 kali frustasi mungkinkah berlalu? Barangkali percintaan yang ke 100 ini bakal menciritkan helium rindu. Seterusnya kondensasi wap kasih kan berlaku tatkala nitrogen cinta bertaut dengan ammonia sulfuric setia. Oh indahnya  pemejalwapan percintaan.
“Helo, boleh cakap dengan Alza tak?” Mancis mengayat.
“Dia tak ada, dia dah tidur.” Kedengaran suara halus di hujung talian.
“Ok, nanti saya call lagi.” Mancis mengangguk. Takkan lari iguana kudung dikejar.
“Macam  mana dengan Alza? Kau dah ayat belum?” Tanya Fail.
“Asal aku phone, dia dah tidur. Pelik gak.” Jawab Mancis sambil memberi dua ekor hamster bukit peliharaannya makan burger kicap.
“Kau tipon kul berapa?”
“Kul 10-11 malam waktu Malaysia, takkan waktu Brazil pulak.”
“Cuba kau call pukul 8 pulak ke?”
“Dah try pun, dia tidur jugak.’
“Itulah tanda-tanda awek solehah, tidur awal. Tak merayap sampai memalam buta. Tengoklah sape yang rekomenkan! Try call petang ni pulak!” cadang Fail.
“Hello, boleh cakap dengan Alza tak?”
“Awak lagi. Awak ni sakit tenat ke? Anak aku ni baru umur 5 bulan. Cakap pun tak reti.”
“Err.. Err.. Sori.. Sori mak cik!” Mancis mematikan talifon bimbitnya.
“Penipu panau! Cilamat kau Fail! Sampai hati kau rekomenkan awek yang baru keluar dari perut!” Mancis menjerit ketensenan.





     Amcam??? Penin-penin tak?? Hiburan semata-mata.. Tu pun kalau terhibur laa… Adios amigos!!...

p/s:> kalau dah boring sangat.. Bawak-bawakla berzikir.. Kadang-kadang hati kita “kosong” tak terisi bukan sebab takder GF/BF… tapi sebab makin jauh dari sang pencipta..






Gratisan Musik