Assalamualaikum dan
salam manis untuk saudara-saudari sekalian.. Dah lama tak guna bahasa Melayu
sempurna nie.. Terasa nak berwacana bersayembara pulak kat blog sendiri..
Hohohoho Mana tau boleh jadi bahan rujukan untuk peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah ke Ujian Penilaian Menengah Rendah ke Ujian Sijil Pelajaran Malaysia ke…
Hah.. Cukup tak untuk jadi reference untuk adik-adik di luar sana??
Sebut pasal
adik-adik.. Sedikit selingan.. Dulu dan sekarang, ada satu benda yang tak
pernah berubah.. Mana-mana aku pergi, confirm orang panggil aku “kakak”..
Eventhough that person is more older than me.. Nak lagi parah?? Salam siap cium
tangan aku lagi tuh.. Haru sungguh..
Parents I senyum jer you.. I??? Kelip-kelip mata pastu cakap dalam hati.. “Aku
nak kesian kat diri sendiri ke aku nak kesian kat budak yang salam aku nie??”….
Tapi sekarang dah berusia.. So, dah tak kisah orang nak panggil apa… Dah dapat
title “aunty” and “mak” pun..
Entry kali ni
adalah untuk mengisi masa lapang yang amat lapang jer sebenarnya..
Alhamdulillah, dah settle habiskan Diploma aku 21 Jun 2012 hari tu. And
sekarang tengah giat cari dan buat part time. Seriously.. Amatlah seram nak
habiskan 3 tahun buat Diploma tu.. Kalau orang lain bawak kain baju pergi sana,
aku bawak dua pihak yang utama, parents aku and my family angkat also.. Terlalu
banyak pahit manis dalam proses study nie.. Jatuh bangun, tersandung,
tergolek-golek tak disangka-sangka sampai tersauk tangan orang, yang mampu buat
aku rasa macam nak pakai beg kertas untuk beberapa minggu sebab malu beb..
Hohohoho.. Banyaknya kenangan…. Rasa macam nak nyanyi lagu Kenangan Terindah”..
Sementelah dah grad
nie.. Kerja sementara adalah mengkaji siaran-siaran kartun kat TV setiap hari..
Spongebob Squarepants, Cat Dog, Wonderpets, Doraemon, Sin Chan, Pokemon, Power
Rangers, BoboiBoy, Upin Ipin dan sebagainya.. Aku tak tahu kenapa aku fikir
logik tiap kali tengok kartun.. Macam mana?? Macam nie..
“Macam mana
ayam ngan itik boleh bercakap nie?? Siap ada kuasa cam power rangers plak
tuh!!”
“Kenapa
watak jahat tu tak serang jer masa hero tengah wat aksi tukar baju kuasa? Kalau
serang masa tu kan senang, Confirm kalah.”
“Isyh,
Camana bernafas pakai tu? Takde lubang pernafasan pun kat topeng”
“Mr. Crab
kawen dengan spesies apa sampai boleh dapat anak ikan paus?”
“Macam mana
bot wonderpets boleh terbang masuk dalam gambar?”
“Macam mana
ikan boleh minum air dalam air?”
“Sponge
makan burger???”
“Apasal bot
terbang Wonderpets ada layar?? Kan terbang kat udara.. fungsi layar tu nak wat
apa.? Kenapa tak letak sayap jerk at bot tu? Isyh apsal sama saiz jer haiwan
yang diorang selamatkan ngan diorg punya
size..???”
Amacam? Okey tak aku
punya aplikasi logik?? Siapa boleh jawab soalan-soalan di atas??? Hohohohoho
Bila dah tahap boring sangat, time untuk
khatam komik pulak.. I want to share some facts that I’ve read just now. Here it is
PERIHAL AIS
First, ais
atau air batu adalah satu-satunya entiti yang dikenalpasti boleh menukarkan
dirinya menjadi air dan selepasnya menjadi wap dan kemudiannya menjadi ais
semula.
Second,
hipotemia boleh terjadi jika korang terdedah dalam jangkamasa lama pada suhu
paras beku seperti ais. Oleh itu, jangan kunyah ais, eh, macam takder kena
mengena jer??...
Third, ais
adalah antara bahan yang boleh digunakan dalam berbagai-bagai cara seperti contoh
ais kepal kecuali digunakan untuk menyanyi kerana ais yang boleh menyanyi cuma
Aisyah.
Forth, Ais
juga boleh diubah menjadi berbagai-bagai bentuk seperti bentuk landak, bentuk
kucing kurap, nemtuk opah di kampung, dan macam-macam lagi.
Fifth, ais
mampu memberi kesan lecur sama seperti kesan terbakar teta[I jangan sesekali
membakar sampah dengan menggunakan ais.
Terasa nak
aplikasikan logik jugak baca benda nie.. Dan yang nie pulak, aku try aplikasi
logik masa baca dan keputusannya, pening kepala daa… Apakata korang pulak cuba
fahamkan intisari cerita dalam nie..
99 kali
putus cinta..
“Pehal ko
ni? Cam cipan berak kapur je atau kau yang tertelan kapur kasut?” usik Fail
yang melihat Mancis termenung.
“Kau jangan
nak buat lawak! Aku tengah frust ni! Karang ada yang makan gelas cicah dengan
kuali karang!” tempik Mancis sehingga berterbangan kerusi meja kopitiam Wak
Cavalera sampai ke rumah Lionel Messi di Argentina. Tetiba aje Mancis naik
minyak lantas habis dinding dan tiang kopitiam dikunyahnya seperti orang
memakan cup cake perisa udang galah.
“Sesapa yang
tanya lagi apasal aku termenung maknanya alam barzakhlah tempat korang!” Mancis
mewarning para pengunjung kopitiam sambil mentaekwando ekzos motornya hingga
putus tiga. Memang Mancis ketegaq. Cakap kenkawan tak nak dengar. Hendakkan awek
terkam sesuka hati. Patutnya risik merisik pada integriti mulia. Marjerin,
Norfish @ Nor Ikan, Rasa Impiana, Umpana dan Lamani antara puluhan 99 awek yang
meracuni empangan jiwanya. Sudahnya dia frust tidur berbantalkan tayar kereta.
*****************************************************
“Sorila
Fail, itu hari aku megamuk kat kopitiam. Masa tu suhu badan aku tengah menggelagak.
Dah melebihi suhu lahar Gunung Pinatubo.”
“Sejuk la,
Mancis. Ketiak mana yang tak berbau. Tandas mana yang tak ada ointu. Semua orang
buat salah. Dah la tu.” Pujuk Fail sambil membelai rambut Mancis yang bercabang
seperti dahan Manggis. Beberapa ekor katak gurun yang melihat aksi tersebut muntah
merah kuning.
“Ambik
nombor henset ni. Aku rekomen cargas punya. Mamalia ni bakal membawa kau ke
orbit satelit cinta yang hakiki. Kau ayatla awek ini sebelum dia diayatkan oleh
kuda laut lain!” kata Fail lalu menghilangkan diri di sebalik kabus kismis
ungu.
“Aa.. Alza
Rina.” Bisik Mancis. Terkedu seketika apabila melihat nama dan nombor henset
yang tertera. Entah mengapa tetiba, liang-liang stomanya bergetar. Alza femininnya
namamu. Izinkan aku beradu versamamu di pangkal planet Marikh, andainya dirimu
kumiliki abadi forever.. Badi 99 kali frustasi mungkinkah berlalu? Barangkali percintaan
yang ke 100 ini bakal menciritkan helium rindu. Seterusnya kondensasi wap kasih
kan berlaku tatkala nitrogen cinta bertaut dengan ammonia sulfuric setia. Oh indahnya
pemejalwapan percintaan.
“Helo, boleh
cakap dengan Alza tak?” Mancis mengayat.
“Dia tak
ada, dia dah tidur.” Kedengaran suara halus di hujung talian.
“Ok, nanti
saya call lagi.” Mancis mengangguk. Takkan lari iguana kudung dikejar.
“Macam mana dengan Alza? Kau dah ayat belum?” Tanya Fail.
“Asal aku
phone, dia dah tidur. Pelik gak.” Jawab Mancis sambil memberi dua ekor hamster
bukit peliharaannya makan burger kicap.
“Kau tipon
kul berapa?”
“Kul 10-11
malam waktu Malaysia, takkan waktu Brazil pulak.”
“Cuba kau
call pukul 8 pulak ke?”
“Dah try
pun, dia tidur jugak.’
“Itulah
tanda-tanda awek solehah, tidur awal. Tak merayap sampai memalam buta. Tengoklah
sape yang rekomenkan! Try call petang ni pulak!” cadang Fail.
“Hello,
boleh cakap dengan Alza tak?”
“Awak lagi. Awak
ni sakit tenat ke? Anak aku ni baru umur 5 bulan. Cakap pun tak reti.”
“Err.. Err..
Sori.. Sori mak cik!” Mancis mematikan talifon bimbitnya.
“Penipu
panau! Cilamat kau Fail! Sampai hati kau rekomenkan awek yang baru keluar dari
perut!” Mancis menjerit ketensenan.
Amcam??? Penin-penin
tak?? Hiburan semata-mata.. Tu pun kalau terhibur laa… Adios amigos!!...
p/s:> kalau dah boring sangat.. Bawak-bawakla berzikir..
Kadang-kadang hati kita “kosong” tak terisi bukan sebab takder GF/BF… tapi
sebab makin jauh dari sang pencipta..
Gratisan Musik
tang bcinto ngn anak kocik org xley bla..hee
BalasPadambolum konal dunio lagi dak kocik tu ea.. tetibo yo kono ayat.. booking la mie.. ngee.. sajo yo den merapu nie haa.. tado kojo nak buek..
BalasPadam