Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..

Rabu, Oktober 10, 2012

Sang Kancil Bukan Mukmin Profesional..



     Assalamualaikum & salam sejahtera to all penjejak blogger sekalian.. When this entry were written.. The time is 10.32 pm.. I don’t have anything to do in none real words at this time but a lot of work need to be settle immediately.. A very not good attitude I guess.. Suka tangguh kerja.. Haiisszzz.. Bila entah nak berubah… While my ears were listening to my headphone.. A song by Timbaland ft. Katy Perry.. If We Ever Meet Again.. I don’t even knew when did I start to listen to this song.. My eyes were concentrating on “Aku, Dia.& Tong Sampah” drama at television.. And guess what.. I don’t even think that I’m doing anything… Really wasting a time right..

    Then.. I found something that I think I can shared it with all of you aut there.. Artikel dari Buku karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, “Bercinta Sampai Ke Syurga”.. Under topic.. “Sang Kancil Bukan Mukmin Profesional ~Mukmin Profesional Ialah Orang Yang BAIK dan CERDIK~”.. Lets have a view on it.. 




      
       “Kancil tu berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba  dia terjatuh ke dalam lubang. Aaaaa … Kancil jatuh jauh ke dalam,” saya bercerita.
    “Macam dah dengar je cerita ni?” kata Saif.
    “Aik, nak dengar tak cerita ni?” ugut saya.
    “Nak, nak, nak … “ jawab Saif dan Naurah.
     Imad juga macam faham-faham sahaja. Beriya-iya membetulkan baringannya sebantal dengan saya. ‘pillow talk’ kami sesekali seronok dibuatnya. Tutup semua lampu, sembang dalam gelap sementara menanti lelap.
     “Kepala kancil terus berfikir … Macam mana saya nak keluar dari lubang ni?”
   “Lepas tu?” Saif menyambung lagi.
   “Tiba-tiba lancil terdengar bunyi tapak kaki sesuatu yang besar. Hah, ini mesti sang gajah. Naurah, macam mana bunyi gajah?” saya mencucuk perut Naurah.
    “Eeeekkkkkk!” Naurah menggayakan bunyi gajah.






    “Macam sakit perut aje gajah ni. Tak sembuh-sembuh lagi gajah ni.” Saya ketawa.
     “Lepas tu Abi?” Saif tidak berpuas hati sebab carita saya menerawang ke sana sini.
     “Lepas tu kancil menjerit memanggil gajah. Wahai gajah! Langit nak runtuh. Tengok di atas sana tu. Hitam .. Awan jahat!” saya bercerita lagi.
       “Gajah tu dengar tak?” Tanya Saif.
      “Dengar. Dia bertanya kepada kancil macam mana dia nak selamatkan diri?”
      “Kancil cakap apa?” Tanya Saif.
      “Kancil kata, ‘Wahai gajah! Kalau kamu nak selamat, masuklah ke dalam lubang ini. Macam saya;.”






     “Gajah tu lompat ke?” anak saya sudah tidak sabar-sabar dengan cerita yang perlahan ini.
     “Tentulah … eeekkkkkkk .. DOMMMMM! Berdentum dia masuk ke dalam lubang. Dan apa lagi, kancil pun terus naik ke atas badan gajah dan melompat keluar dari lubang itu.” Saya menyudahkan cerita.
      Saif ternganga.
    “Pandai tak sang kancil?” saya bertanya.
     “Kancil penipu. Tipu jahat.” Kata Saif.
      “Tak cerdik ke macam tu?” saya menduga lagi. Setahun selepas cerita yang sama diceritakan dahulu.
     “Cerdik tapi tak baik.” Balas Saif.
      “Gajah tak baik?”
      “Baik.. tapi tak cerdik,” kata anak saya.
      “Haa.. itulah ‘Mukmin Profesional,” sampuk saya.
     “Haaa?” terlopong anak saya.
     “Baik, tapi tak cerdik, jadi mangsa penipuan macam gajah. Cerdik, tspi tak baik, jadi penipu macam sang kancil. Allah benci penipu dan orang yang mudah ditipu. Mukmin Profesional ialah… Orang yang BAIK dan CERDIK.” Saya membuat kesimpulan.
     “Hmm… Abi… Yop mengantuk laa.” Kata Saif, Naurah dan Imad sudah pun terlelap.
     “Okey.. Jom tidur semua.. Bismikallahumma ahya wa Amoot!” Kami berdua.
     Tidurlah anak-anakku, esok bangun ke dunia yang penuh tipu daya ini sebagai anak-anak yang cerdik dan baik-baik .… Ameenn…






p/s:> Jangan jadikan ‘tipu’ sebagai satu keperluan untuk hidup di dunia ini kerana bahananya jelas nyata di akhirat kelak.. –Syifaa Musfirah.



Gratisan Musik