Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Rabu, September 14, 2011

Waiting Time!


        Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sihat ke semua? Hopefully “yes” la kan.. kalau ada yang “no” tu.. anggaplah ia sebagai satu hikmah kifarah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita.




         Okey! The story for today! Nak cerita yang mana ek.. Hmm.. Sekarang aku ditempatkan dekat In-Patient-Department.. means kena uruskan ubat untuk patient yang discharged la normally and banyak lagi tugas lain. Tempat sekarang agak kecil especiallu ruang menunggu. Cuma ada 9 atau 10 buah kerusi sahaja yang dipeeuntukkan di ruang menunggu, semuat-muat kawasan dah tu. So, kisahnya, bila ada patient datang serahkan slip diorang, tapi tempat menunggu semua dah penuh, patient tu pula agak berusia, what should I say to them?
         
            “Makcik berdiri kat hujung tu kejap yer sementara kami sediakan ubat.”




    
          Adakah itu ayat yang sesuai? Sanggup ke suruh makcik yang berusia 80 something berdiri tepi dinding padahal dia baru jer di=discharged-kan dari ward. Agak kejam kot. Or we should say like this?

             “Duduk dulu yer!”

           Dengan jelas dan terang kerusi semua dah penuh and kita suruh dia duduk. Buatnya patient tu jawab.

            “Nak duduk kat mana nak? Atas lantai?”

           Atau dia jawab.

           “Lain kali sediakan tikar, baru mak cik boleh duduk.”





            Sangat la haru biru kalau patient jawab macam tu. Tapi ada jer kadang tu, Cuma rare case la. So, apa yang sepatut yang benar-benar patut dikatakan? Emm.. kalau aku, aku prefer use yang ni rasanya.

           “Mak cik tunggu kejap ye, kalau ada kosong nanti, mak cik duduklah dulu sementara tunggu nie.”






            
        Jelas dah rasanya tu.  So kesimpulannya, kadang-kadang, bahsa tak mampu menjelaskan segalanya tapi bahasa mampu diungkai dengan jelas walaupun bukan dengan panjang lebar. Macam mana? Renung-renungkan..  okey semua.. nite-nite dreams!!