Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Sabtu, Mac 03, 2012

Rasa Macam Nak Give Up Jer Dalam Life Nie...


         




       Assalamualaikum and salam sejahtera buat kekanda-kekanda dan adinda-adinda yang sedang mengurangkan kerdipan mata anda semasa membaca entry ini… Sayanglah kat korang!! A lovely day to spend time writing this during the mid sem holiday and the worst is.. I’m still at my hostel.. Not at home... Argh!! That was a very horrible facts to be believe… Kenapa aku tak balik?? Erkkk… Susahnya soalan… Kalau masuk final exam nanti soalan tu, baru aku jawab… 


           Our topics for today… “Don’t Say You CAN’T, When You Still CAN!!”.. Sape yang tak faham ayat di atas?? Sila daftar di pusat tuisyen “MasMusfy Tuition  Centre” yang akan dibina bila ada yang mendaftar.. (Kununnyaaaa)…  Dalam peribahasa Melayunya… “Nak seribu daya… Tak nak seribu dalih”… Or…. “When there’s a will… There’s a way”… Atau… Adnan sempit pun ada bagitau kan.. “Dimana ada jalan.. Disitu ada highway!!”.. apa lagi perumpaan yang aku nak include nie…. Hopefully korang faham what I mean erk….. Tolong laaaaaaa.. 


          Aku nak includekan beberapa fakta di sini.


(1)          Tahukah anda?? Orang yang tidak berusaha untuk mencapai apa jua di dalam hidupnya ibarat tanah kontang yang tidak mampu untuk memberi kebaikan kepada orang lain malah yang paling merugikan ialah dia tidak mampu mendatangkan kebaikan buat dirinya sendiri.


(2)         Tahukah anda?? Orang yang berkata tidak padahal sebenarnya dia mampu untuk melakukan adalah individe yang penakut untuk menghadapi risiko dalam hidup.


(3)         Tahukah anda?? Orang yang tidak berbuat apa-apa namun mengharapkan segalanya datang sendiri kepadanya adalah pemalas


(4)         Tahukah anda???  Syaitan tak pernah berputus asa untuk menghasut manusia supaya ingkar kepada Allah s.w.t. walaupun kerapkali kalah kerana tebalnya iman manusia sedangkan manusia mudah benar berputus asa walaupun hanya ditimpa dugaan kecil yang sebenarnya jika dia mampu mengharunginya, pasti dia beroleh kejayaan insya-Allah..


(5)         Tahukah anda?? Semua fakta-fakta di atas direka oleh aku secara spontan tanpa merujuk apa-apa laman web kecuali fakta yang keempat.


      Adakah korang bersetuju dengan fakta-fakta di atas.. sila bersetuju… Terima kasih..


     Dalam mengharungi kehidupan sehari-hari, mesti banyak masalah yang korang kena hadapikan? Bukan korang jer.. Aku pun sama.. Hmm.. Ada yang berkata “Aku takde masalah pon!!”??... Well, my dear.. Frankly speaking, Anda bermasalah sekiranya anda tidak mempunyai masalah..  Jangan marah aaaa..  Memetik post kawan aku Wan Miaa (Bukan nama sebenar) di Facebook.. 


“Masalah dunia sentiasa ada.. Cuma fikir bagaimana kita nak atasi dan selesaikannya, lepas usaha tawakal dan berdoalah.. Tu kan senjata Orang Mukmin..”


       I agreed with that.. One more fact yang aku pernah baca, masalah biasanya dikaitkan dengan stress kan.. biasanya kalau stress mesti serabut.. kalaulah rambut tu boleh berubah mengikut mood.. Mesti dah jadi macam nie..









       Read this:>


        “Sebenarnya, Allah mencipta stress untuk manusia bagi meningkatkan tumpuan minda terhadap sesuatu tugasan. Ia juga satu mekanisme yang berlaku dalam tubuh manusia untuk bersedia menghadapi sebarang situasi yang mencabar dari luar.
         Secara saintifik, apabila berlaku stress, medulla oblongata akan merembeskan hormon adrenaline dan kelenjar adrenal akan mengeluarkan hormon  kortisol. Bekalan darah lebih akan dihantar ke otot berbanding ke sistem penghadaman.  Ya, begitulah sistematiknya pengaturan Allah pada tubuh manusia. Begitu kompleks tetapi sangat teratur, ini membuktikan bahawa misinya sebagai hamba Allah dan khalifah menyebabkan manusia dikurniakan pelbagai keistimewaan yang tidak diberikan kepada makhluk lain.
         Apa yang akan berlaku jika hidup manusia sunyi daripada stress?? Telah terbukti tanpa stress hidup manusia akan menjadi bosan. Sekiranya itu  berlaku, prestasi kerja akan menurun. Hanya dengan stress yang terkawal, prestasi kerja akan mencapai tahap optimum. “

                                                                                        
          Now, apa yang korang boleh simpulkan dari kenyataan di atas dengan kaitan tajuk kita Don’t say you can’t when you still can.. Mereka yang berputus asa  sebenarnya menolak stress dari kehidupan mereka. Kalah sebelum berjuang. Kata pakat Psikologi, bebas daripada stress secara total adalah mati!! Kita nak ke jadi macam tu??? Cuba pikiaq dalam-dalam dulu chek…. Memetik kata-kata hikmah dari sumber yang sama seperti di atas,


       “Sekiranya sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh  menggembirakan atau menyedihkan kita, maka pada waktu itu kita hanya umpama “bangkai” bernyawa apabila tidak ada apa-apa lagi yang hendak kita perjuangkan dalam hidup.”


      Jangan mati sebelum benar-benar mati!!


       Aku biasa didatangi oleh individu-individu yang memerlukan “telinga” dan “bahu” aku.. I’m not saying that aku pro. Dalam nasihat menasihat keyh.. kalau Prosak tu betol la kot.. Just sometimes bila mendengar kisah-kisah diorang ni, aku dapat simpulkan banyak perkara, contohnya, 


      Individu A datang bercerita tentang dia gaduh besar dengan BF dia sebab tak nak keluar dating hujung minggu nie sebab dah dekat nak exam, dan, 






 
      Individu B datang bercerita tentang tahap kesihatan ayahnya di kampung yang kian merosot dan betapa dia sangat takut jika kehilangan ayahandanya itu. 






      Perbezaaan situasi adalah individu A memerlukan tisu semasa bercerita dan Individu B pula kelihatan tenang sambil memandang redup ke langit biru. Persamaan situasi, kedua-duanya akan menghadapi exam dalam masa terdekat.


      Pada pendapat korang, masalah siapa lagi besar? Individu A atau B? Jawab dalam hati dan minda.  Lepas mendengar cerita mereka berdua nie, aku dapat simpulkan yang tahap penerimaan individu terhadap stress dalam kehidupan itu adalah berbeza. Individu yang sudah terbiasa menghadapi pelbagai dugaan di dalam hidupnya kerapkali mampu melalui segalanya walaupun ia kelihatan sukar buat individu lain, mungkin apa yang dihadapi oleh orang lain dianggap sukar untuk diri sendiri dan begitulah juga sebaliknya. Apa pula penyelesaian yang individu A dan B ambil untuk mengatasi masalah mereka? Di sini wujud dua pilihan iaitu:


(1)          Mereka boleh terus bersedih dan menangis sampai bengkak mata kerana memikirkan BF dan ayah masing-masing, dan hanya berkurung tak buat apa-apa yang sama makna dengan give up.


(2)         Gunakan kesedihan mereka untuk study sampai bengkak mata dengan tujuan individu A dapat keluar dating dengan BF nya denga hati yang gumbiraa sebab dah settle berjuang dan individu B pula dapat balik ke kampung menjenguk ayahandanya bersama kejayaan yang juga merupakan harapan ayahnya sekaligus membawa kegembiraan pada ayahnya. 


        Ini boleh dikategorikan sebagai pegendalian stress yang baik la pada aku. 


        Di dalam Surah Al-Hadiid ayat ke 22 dan 23 yang bermaksud:
       “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Manfuz) sebelum Kami menciptakannya, Seseungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (22) (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadapapa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangga diri.(23)”


         Setiap apa jua yang berlaku dalam kehidupan ni tidak sia-sia sebenarnya. Cuma penerimaan kita yang menentukan pilihan yang akan kita buat. Salah seorang kawan aku Helmi (bukan nama sebenar) pernah bagitau aku satu frasa nie.. Time kitorang duk lepak-lepak isi masa senggang.. “Orang selalu cakap, Allah bagi ujian sebab nak tengok sekuat mana iman kita, tapi sebenarnya, Allah uji kita sebab Dia nak kita sendiri tahu setebal mana iman kita, Allah tu kan Maha mengetahui, Dia lebih tahu apa yang kita tak tahu” 

  
        Kerana itu dugaan yang datang adalah untuk dilalui dengan jayanya bukan dilalui dengan cara berlari untuk menyelamatkan diri dari menghadapi dugaan tersebut. 


     Di dalam Surah Adh-Dhuhaa ayat 1 hingga 8 yang menceritakan tentang beberapa nikmat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.  yang bermaksud:> 


        “ Demi waktu matahari sepenggalahan naik. (1) dan demi malam apabila telah sunyi. (2) Tuhanmu tidak meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu. (3) dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan. (4) dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. (5) bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim,  lalu Dia melindungimu. (6) dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. (7) dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. (8) “


     Cuba aplikasikan ayat di atas pada diri kita, Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-hamba-Nya yang bersabar. Oleh itu, janganlah mudah benar berputus asa wahai sahabat-sahabatku sekalian. Lihat tafsiran ayat ketiga di atas.. “Tuhanmu tidak meninggalkan kamu dan tidak (pula) benci kepadamu.”. Teringat lagu nasyid yang batch aku persembahkan masa Majlis Malam Penghayatan Islam.. Lebih kurang macam ni.. Cintakan bunga.. Bungakan layu.. Cintakan manusia.. Manusiakan mati.. Cintakan Rasul… Cinta sejati.. Cintakan Allah… Cinta yang agung… kerana Allah tidak melupakan kita hamba-hamba-Nya tetapi kita sering melupakan-Nya.. 


       Adakah aku membawa tajuk yang heavy untuk entry kali nie?? Nope! I don’t think so… kan kan kan..  


      Aku pun tengah stress sebenarnya nie.. Stress dengan study.. huhu Dari sekolah menengah memang tak pernah ambil kimia tapi bila futher study boleh tersasar secara sopan masuk aliran sains.. tapi Alhamdulillah.. Mungkin Allah perkenankan doa ayah aku untuk anak dia nie berjaya dalam hidup fiddunyaa wal akhirah… Berkat ibu bapa itu sangat penting ya adik-adik.. Dan aku bukanlah anak yang baik 24 jam… kalau nak bandingkan aku dengan abang aku.. hehehehehehe tak payah cakaplaaa.. sogan den!.. Berbalik kepada punca stress aku tadi.. ni la dia…



      This is my Pharmaseutical chemistry question.. It’s became quite hard cause I didn’t have any  basic about this things!! Fortunately I have a friends to guide me.. Sayanglah kat korunk!!


(1)          50ml larutan H3PO4 dineutralkan oleh 120ml, 0.531 M NaOH. Kirakan kemolaran larutan H3PO4. (Berat atom: H=1, Na=23, O=16, P=31)

       H3PO4 + NaOH   -------à  H2O + NaPO4
       H3PO4 + 3NaOH  ------à  3H2O + Na3PO4
              H=4=6                 |            H=2=6
              P=1                      |            P=1
             O=5=7                  |           O=5=7
             Na=1=3                 |           Na=3
 Formula: Ma Va    =  a
                Mb Vb       b
           
                50ml x Ma          =  1
                120ml x o.531 M    3
         
         Ma = 1 x (120ml x 0.531 M)
                 3 x (50ml)

          Ma = 63.72
                     150

          Ma = 0.4248






       So, inilah punca nya… mantap tak? Aku berjaya buat kawan aku yang ajar benda nie kat aku hampir migraine sebab aku tanya macam-macam.. malu bertanya sesat jalan kan.. keh keh keh.. jangan give up sekali boleh buat!!

      
        Adios mi amigos..!!


p/s:> Sedang sambung menserabutkan kepala dengan kimia lepas post entry nie.. 








Gratisan Musik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan