Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Memaparkan catatan dengan label AkuBudakKampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AkuBudakKampung. Papar semua catatan

Khamis, Jun 07, 2012

Di Sebalik Sayap Yang Patah...


       Assalamualaikum and a very good day to all of you gorgeous out there…. A busy day for all of you?? Take a deep breath and bawak bertenang.. ( even sometimes it doesn’t work for me huhuhuhu ( !_! )… ) for this entry, I choose “white colour” to be the font colour, for the first time rasanya.. Why?? Sukar untuk dinyatakan sebabnya.. A bit depress kot.. huhu Don’t worry.. Jangan sape-sape berani pass borang Hospital Tanjung Rambutan dekat aku.. Silap step, korang yang masuk dulu sebelum aku.. Ngee..

       Satu kiasan yang mudah yang dapat aku coretkan untuk menyatakan situasi sekarang ialah.. “Di Sebalik Sayap Yang Patah”.. Pernah tengok burung merpati? Tak pernah?.. Macam dalam gambar kat bawah nie..



        Just presume burung itu adalah aku.. My condition right now is like the dove.. Bezanya.. I couldn’t fly.. Sayap patah.. and it impossible for a dove to fly without wings kan.. And serasanya.. I don’t have a lot of choice to be choose.. In the most simple word ever that I can say… I’M BADLY HURT.. And ini takde kaitan langsung dengan putus cinta.. Nope.. Okey.. Stop seketika tentang “kecederaan parah” aku neh.. Paling kurang pun bengkak mata jer sebab “banjir”..

         Hari ni.. Aku nak story pasal my beloved most handsome daddy in the world!! Encik Mohamad bin Omar ( Kan best kalau ayah dapat baca post nie.. Hmmm..) Ngee.. Sape lagi nak puji ayah sendiri kalau bukan anaknya kan kan kan… Korang pun.. Kot tak pernah puji ayah sendiri.. Sila-sila la buat.. Pergi duduk depan ayah korang.. Tengok muka ayah sambil buat muka comel.. Pastu cakap.. “Ayah nie handsome laaaaa”.. Cuba agak-agak apa reaksi ayah korang?? Kalau ayah aku confirm dia cakap.. “Nie nak bodek la nie.. Ada la tu benda nak minta tu..” hihihihi

         Siapa kat sini yang dari dia kecil sampai sekarang.. Kalau jalan or pergi mana-mana dengan ayah korang.. Korang akan pegang tangan ayah korang?? Sekali sekala tak aci okey.. Salam time hari raya pun tak termasuk dalam senarai pegang tangan.. Harap maklum.. Bagi yang selalu.. Alhamdulillah.. At least korang pegang tangan ayah korang.. kalau yang perempuan, confirm tak haram punya.. Better than pegang tangan pakwe yang dah sah-sah bukan muhrim tu kan kan kan.. Believe it or not.. Aku always pegang tangan ayah aku.. Dari kecil yang masa tu genggaman tangan aku hanya muat untuk pegang sebatang jari telunjuk kanan ayah.. Sampai sekarang aku boleh genggam seluruh tapak tangan ayah.. Why?? Teruskan pembacaan anda.. hihihi





        Masa kecil-kecil dulu, aku dengan abang aku cukup nakal untuk buat ayah naik darah dengan kitorang.. ( Sebab tu kot ayah ada darah tinggi.. hmmm.. ) Seriously, ayah sangat garang masa aku kecil-kecil dulu.. Kalau ayah mengamuk, satu-satunya penyelamat kitorang adalah arwah bonda tercinta.. Dengan ayah, jangan main-main, Sekali mengamuk, bisu kitorang adik beradik.. Paling sekejap pun seminggu jadi budak baik.. Ngee..

      Antara peraturan ayah yang wajib dipatuhi:

1)    Bangun seawal 6 pagi, solat Subuh dan dilarang sama sekali untuk tidur semula sekalipun hari tu tak ada aktiviti kat sekolah. Kalau tidur atau bangun lambat… Siap!! Ayah punya tasbih yang ada 440 biji tu akan melingkar dekat badan.. Sangat cantik coraknya yer adik-adik..






2)   Sebelum azan Maghrib berkumandang, wajib dah siap mandi and solat.. No tengok TV time maghrib.. ( ayah pernah potong wayar soket TV sebab masa tu ayah pergi masjid, tapi balik semula sebab tertinggal apa entah, kantoi la aku dengan abang aku yang tengah mengadap Kartun.. Actually hampir-hampir nak kena kapak TV tu.. tapi arwah mak sorok awal-awal.. So, selamat la TV tu dari hancuss kena kapak.. Kan dah cakap, arwah mak penyelamat.. hihihi Dapat tengok balik pun sebab arwah mak yang buat sambungan dari soket lain.. Kreatif la my mother.. huhuhuhu)

3)   Tiada istilah “keluar pada waktu malam” selepas waktu maghrib untuk anak lelaki mahupun perempuan.. Main kat laman pun tak boleh.. Duk dalam rumah diam-diam. Abang aku pernah memberontak nak pergi pasar malam dengan kawan dia, masa tu dah lepas maghrib and of course ayah tak bagi, so abang aku pun masuk bilik hempas pintu, apa lagi, ayah aku pantang anak-anak melawan nie, hinggap pelempang sedas dua.. Nasib baik arwah mak ada.. Kalau tak… Huuuu.. Seram la haiizzzss ( yang nie berkekalan sampai sekarang pada aku.. Tapi tidak pada abang aku.. Logik la kan..)

4)   Lepas solat zohor adalah waktu untuk mengaji Naskhah suci Kalamullah al-Quran.. Yang nie ayah ajar sendiri dekat rumah.. Sebab ayah pernah hantar kitorang adik beradik mengaji dekat rumah Mak Engku Aji.. Tapi disebabkan rumah Mak Engku dekat dengan sungai.. So faham-faham la… Bila kantoi.. Berbirat la badan.. Kan dah bagitau kitorang nakal…

5)   Setiap hari Jumaat kena bangun awal.. lepas breakfast Nasi goreng Kampung My mother yang delicious tu, ayah akan ajak pergi ziarah pusara arwah atuk, tok, and arwah abang aku yang meninggal time baby dulu.. Ayah pernah bagitau, “kalau ada anak yang meninggal masa kecil, jangan sedih, sebab nanti anak nie la yang akan bagi syafaat pada ibu bapanya di akhirat kelak.” Lepas join ayah baca yassin and doa-doa yang lain, kitorang akan menapak ke pasar.. ( masa tu jalan kaki jer.. kalau jauh sangat baru la naik bas, takde kenderaan sendiri.. ) Time pergi pasar nie best.. Dulu kalau dapat roti canai kosong 2 biji sorang pun dah bersyukur amat dah.. Kalau dapat roti canai telur lagi la lebar senyuman anak-anak.. Ayah tak manjakan anak-anak dengan bagi macam-macam… Ayah manjakan anak-anak dengan cara yang kami adik beradik jer faham.


    Tu serba sedikit life aku masa kecil. Ayah memang tegas dengan anak-anak.. Dan ketegasan tu la yang ajar kitorang berdikari. Kalau nak kan sesuatu, kena usaha sendiri. Abang aku masa kecil dulu, kalau nak extra pocket money, dia kana pergi tangkap ikan-ikan macam sepat, duri, haruan, ikan laga, belut and macam-macam ikan apa lagi untuk dijual kat pasar tani time hujung minggu.. Dan aku pula akan jual penyapu lidi dengan asam gelugor.. Round keliling kampung pastu jerit kuat-kuat “penyapu lidi! 50sen satu berkas! Asam gelugor, Kelantan mari! Singgit sebungkus!!”.. ( arwah mak raut lidi kelapa untuk buat penyapu lidi, and arwah mak orang Kelantan, so bila balik kelantan.. confirm bawak balik asam  gelugor untuk jual kat kampung. ) Masa kecil mana la nak malu sangat.. Yang penting dapat komisyen pastu boleh beli aiskrim.. Tu kira nikmat dah tu.. Family bukan orang senang.. So, dari kecil ayah dah terapkan ilmu kehidupan. Yang paling ayah pentingkan adalah pelajaran,susah macam mana pun, anak-anak kena sekolah, hantar pergi belajar.. Tapi ayah tak pernah tekankan, anak-anak kena dapat banyak A.. Kena dapat markah tinggi-tinggi.. No.. Yang paling banyak ayah pesan..




        “Ayah takde harta nak tinggalkan dekat kamu adik beradik, yang ayah mampu sekarang bagi kamu pelajaran, belajarlah sungguh-sungguh, jadi orang berguna, bina masa depan baik-baik, esok-esok yang senang kamu jugak, ayah nie entah sempat merasa entahkan tidak jasa anak-anak.. Tapi takpe la.. Sekurang-kurangnya esok-esok bila dah Berjaya, kamu boleh berdikari, tak menumpang orang.. Ingat pesan ayah..”

        Lepas arwah mak meninggal.. Ayah dah tak garang macam masa kecil dulu.. Ayah lebih banyak berkompromi dengan anak-anak tapi anak-anak still nakal jugak neh.. Cuma paras kenakalan tu berkurang sedikit,, Yela masing-masing dah besar panjang boleh fikir buruk baik kan.. Ayah pernah cakap masa arwah mak baru meninggaal.. “Ayah rasa kehilangan.. 25 tahun mak kamu ada dengan ayah..) pastu tengok ayah lap mata.. Aku apa lagi.. Join laa “banjir” sekali.. hohoho Tugas-tugas rumah aku ambil alih tapi disebabkan masih bersekolah, yang mana ayah mampu buat dia, dia akan cover dulu, balik sekolah barulah aku ambik alih.. kalau part masak, ayah dah tanak nasi awal-awal, and lauk yang nak dimasak dah siap bersih and letak rencah semua, so, bila aku balik just masak jer.. kalau bab kain baju, ayah basuh siap-siap, balik sekolah aku jemur and malam-malam lipat sambil ayah teman borak.. begitulah seterusnya hidup time arwah mak baru-baru takde. Bulan puasa pertama tanpa kehadiran bonda tercinta. Ayah akan bangun awal-awal masak nasik and prepared barang untuk masak makan sahur, pastu baru ayah kejut aku untuk bangun masak.. Kenapa macam tu? Sebab ayah cakap.. “Nanti kat sekolah tak mengantuk sangat nak belajar..”.. that’s the way ayah tunjukkan kasih sayang dia kat kitorang adik beradik.






        Masa dapat tawaran pergi IIUAM dulu.. Lebar senyuman ayah.. kebetulan pulak dapat masuk sama dengan my close friend Cik Anis SummerSmile.. Lagi la berkobar nak pergi.. Dapat pula course Psychology.. Nah.. Sonyum den… kikiki masa ayah hantar pergi IIUM.. For the first time tengok tears ayah.. Aku jarang tau buat ayah nangis.. Sebab selalu buat ayah marah jer sebab suka sangat memberontak, tak dengar cakap, nakal, semua ada cukup pakej jadi budak nakal.. Duduk IIUAM dua hari.. Dah call ayah gitau nak balik…. Hahahahahaha dasar budak yang tak pernah berenggang dengan family.. ginila gamaknya.. huhu ( psstt.. ayah pun nangis tau masa angkat call tu.. Sampai dua-dua tak boleh cakap.. hihihihihi).. and satu benda yang ayah sorok sampai sekarangtapi aku tahu Cuma ayah jer yang tak tahu aku tahu.. apadia?? Hmm.. Masa aku dapat pergi IIUAM tu.. Ayah Cik Anis ada call suruh datang rumah sebab diorang ada buat kenduri kesyukuran sebab Cik Anis dapat IIUM.. aku pun macam.. “Eh, ayah tak buat pun”… Tapi seriouslu tak kisah masa tu sebab dah faham style ayah macam mana.. Silent type.. Then 1 hari tu masa aku duk packing barang.. Ada someone datang bagitau..






       “Ayah ada buat majlis doa selamat sebab adik dapat masuk U.. Tapi ayah tak buat dekat kampung kita la.. And ayah tak bagi orang bagitau adik.. so, diam-diam je tau… “ ~Tangisan dalam senyuman~

       Duk IIUM dekat sebulan, ayah call suruh balik.. waaaaa.. menangis tamau time tuh.. Best tau duk IIUM.. kenapa ayah suruh balik?? Emm sebab aku dapat offer SPA.. Aku dapat interview tu dua minggu sebelum offer IIUM sampai.. so, ayah suruh pergi interview.. Tapi orang cakap SPA susah nak dapat sebab tu la bila dapat offer IIUM ayah suruh pergi IIUM dulu.. Tapi tak tersangka-sangka pulak dapat offer SPA.. believe it or not.. Aku hanya isi borang keluar IIUM selepas abang aku datang pujuk suruh keluar… Macam-macam keluar time tuh, tazkirah tarbiyah, kemrahan pun masuk dalam senarai.. Ayat femes abang aku.. “ko nie dari kecil sampai besar degil!”… Lepas kena basuh dengan abang and buat istikhrah.. Baru la keluar dari IIUM.. and sekarang in final sem buat Dip. Pharmacy.. ( Psychology transfer pharmacy…. Amat jauh bezanya……..)

        Just for sharing.. Keredhaan Allah adalah bergantung pada keredhaan ibu bapa.. Pandai macam Jimmy Neutron pun kita.. Tak dapat berkat mak ayah.. Meaningless.. Tu aku punya style of thinking la..

      Kalau nak cerita pasal pengorbanan ayah.. Takkan habis tujuh hari tujuh malam pun.. That’s why.. Ayah is everything to me.. And.. Saya sayang ayah saya sangat sangat sangat sangat…… Special dedication to my dad…

“Tika berjauhan..
Masih ku rasa.. Hangat kasihmu ayah..
Betapa ku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku..
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan..
Bagaikan tiada keresahan..
Walau hatimu sering terluka..
Tika diriku terlanjur kata..
 Tak pernah sekali engkau tinggalkan..
Diriku sendirian..
Ketika ku dalam kedukaan..
Kau mendakap penuh pengertian..
Disaat diriku kehampaan..
Kau setia mengajarku erti kekuatan..
Terpancar kebanggaan dalam senyummu..
Melihatku Berjaya..
Bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa..
Dengan kata azimat..
Engkau nyalakan semangat..
Restu dan doa kau iringkan..
Tak dapat ku bayangkan hidupku ayah tanpa engkau disisi..
Semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat di hati…
 Maafkan diri ini kerana terlalu banyak mengguris hatimu dalam diam… Sayang ayah dunia akhirat..”

p/s: kenapa aku selalu pegang tangan ayah aku dari kecil?? My father is blind.. Kekurangannya adalah kelebihannya.. He is the most perfect person in my heart…


          

    






Gratisan Musik

Khamis, Mei 24, 2012

Macam Mana Nak Berlari Kalau Tak Nak Berjalan??...


“Sometimes we didn’t see the moon luminous light cause we’re too busy counting the stars that would disappear from the view when the rain comes…”




     
     Assalamualaikum and a very good day to the person who’s reading my entry right now.. Be my pleasure by being a guest to this blog.. ( wiping tears……).. Lama rasanya bercuti dari menconteng blog sendiri.. Aku tunggu punya tunggu punya tunggu.. Itu ilham tara juga timbul-timbul.. Haiizzz…. Actually, baru saja selesai pergi berperang.. Kat mana? Nope…! Bukan Syria, not even Palestin, Afghanistan pun idak… Berperang dengan diri sendiri sahaja.. Menang atau kalah semuanya diri sendiri yang tentukan..

          As a student, perang yang paling biasa kena lalui is “EXAM”… So, baru sangat meng”settle”kan LAPAN PAPER yang sememangnya memerah otak sampai kecut… Bertambah “semangat” bila semester ni adalah semester akhir.. Suddenly terbayang-bayang muka my beloved most handsome daddy kat rumah di tanah air terchentaa yang ambil masa 8 jam setiap kali nak kembali… Hati sangat-sangatlah berharap untuk lulus exam kali nie sekaligus menamatkan status student buat sementara… ( Ada rezeki insya-Allah sambung lagi… My dad wish…)

         Selesai sesi merapu di atas.. Hari ni entry just sempoi sahaja seperti angin sepoi-sepoi bahasa di pagi hari saat buka tingkap… Sebelum tu, Ada sesiapa di sini yang lahir pada tahun 1991, 1990, 1989. 1988, 1987 and so on?? Okey.. Tak perlu jerit, aku tak dapat dengar your lovely voice my dear.. Masa kecil-kecil dulu pernah tak main baling tin? Bola bayang? Konda kondi? Dam aji? Dam ular? Sorok-sorok? Polis sentry? Perang-perang pakai pistol kayu buatan sendiri? Tangkap ikan laga? Main belut? Mandi sungai? Terjun lumpur? Kena kejar dengan mak sebab ponteng pergi mengaji gara-gara kawan ajak mandi sungai? Tu kira permainan jugak ke… Takkkkk… 













     
          Aku pernah lalui tu semua time kecil-kecil dulu.. kecuali yang last.. sebab yang kejar tu ayah.. Bukan mak… Hehehehehe… Aku just ada seorang abang ( seibu sebapa.. Yang tak seibu sebapa pun ada.. keh.. keh.. keh..), So di zaman kecil banyak dihabiskan dengan mengekori abang aku ke mana sahaja.. Time tu rambut pun pendek macam lelaki jugak… ( Arwah mak tak bagi simpan panjang time tuh)  Sekarang bila dah besar jer baru jadi perempuan pure.. (Sape gelak sah nak kena sekeh!!)..

            Fokusnya sekarang adalah…. Dam Ular… For those yang tak pernah main benda nie.. Meh nak explain secara ringkas macam mana nak main.. kenal tak dadu? Macam gambar kat bawah nie.. kat Terengganu kitorang panggil “dice”.. 





             Ni pulak tempat nak main dam ular.. Kertas jer.. 





           Dulu masa sekolah rendah, senang jer.. Tak perlu beli semua nie.. Just buat sendiri.. Dadu tu pakai jela pemadam dan kertas tu pula lukis sendiri pakai buku matematik yang ada petak besar tuh.. Zaman dulu kanak-kanak kreatif maa… Mak ayah bukannya berduit sangat nak belikan mainan banyak-banyak so main jela apa yang ada.. Getah pon boleh jadi tali skipping.. Budak sekarang ada main lagi ke? AMAT JARANG KELIHATAN…. Even anak saudara aku yang sekolah rendah pun boleh buat muka blur tahap petala kelapan bila mak su diorang tanya “Kenapa tak main kat padang?” Siap jawab “Kat padang mana ada Dota”… Sudah!.. ( Pap!! Tepuk dahi )


           Berbalik kepada dam ular tadi.. Nie la susah kalau lalu ikut jalan kampung.. banyak lorong.. Macam-macam tempat boleh sampai..  Nak balik rumah sendiri pun kadang boleh ada sepuluh jalan..

           Masa main dam ular, kita akan baling dadu untuk tahu berapa tapak kita boleh pergi, dari angka 1 hingga 6.. atas nasib la dapat langkah berapa jer.. kalau bernasib baik, dari tapak ke-3 terus boleh naik ke tapak ke-23 sebab jumpa tangga.. kalau nasib tak baek pulak dari tapak ke-34 kena turun ke tapak ke-2 sebab jumpa tangga rosak… Huhuhu.. Sape habis dulu, dia la pemenang untuk game tu. Anyway, pernah tak korang semua aplikasikan semua nie dalam hidup korang? Macam mana nak aplikasikan? By this way my dear..

SITUASI SATU

         Ibarat kita mebaling dadu, semata-mata nak dapatkan angka 6 iaitu angka terbesar, sedaya upaya kita putar menggunakan usaha yang banyak, siap jampi bagai, sampai kawan-kawan sebelah pun elak ke tepi takut kena siku.. and then, Yes!! Kita dapat angka 6.. Malangnya, sebaik sahaja kita memulakan langkah, rupa-rupanya tapak yang bakal kita duduki atas usaha kita tadi menyebabkan kita terpaksa turun ke tapak yang lebih rendah.. Agak-agak time tu rasa berbaloi tak dengan usaha kita tadi? Rasa tak berbaloi kan.. Daripada situasi nie.. Apa yang boleh dikonklusikan? Kadang-kadang apa yang kita fikirkan terbaik untuk kita itu bukanlah yang terbaik sebenarnya.. Cuma mungkin kita terlalu menginginkan yang terbaik.. sehingga mengabaikan apa yang mungkin lebih baik untuk kita..


SITUASI DUA

           Ibaratkan pula, selepas terpaksa turun dari tapak asal kita tadi, kita mula berputus asa dan untuk cubaan kali ini, kita hanya mengenakan usaha yang sedikit sahaja dan kita mendapat juga angka yang sedikit, katakanlah angka 3, sepadan dengan usaha kita yang sedikit tadi, kita mengorak langkah dan berada di tapak tersebut, kemudian kita perasan, “uishh! Kalau aku dapat angka 4  tadi, sah-sah aku kena balik ke tapak 1.. fuhh nasib baik..”Apa pula yang boleh dikonklusikan di sini?.. Sedikit bukan bermakna tidak bernilai.. perbezaan angka 3 dan 4 hanyalah 1.. Tapi ia menyelamatkan kita dari kena balik berada di tapak apling bawah.. Begitu juga dalam kehidupan kita.. Usaha yang sedikit tidak bermakna ianya sia-sia.. Kerana masa hadapan kita tak pernah tahu macam mana yang akan kita hadapi..

           My “pak cik” pernah cakap.. Sambil buat muka serius tak beriak.. “Just percaya pada usaha kita.. Kalau kita usaha banyak, tak mustahil kita dapat banyak, dan kalau kita usaha sikit, tak mustahil juga kita dapat sikit.. Tapi tak mustahil juga, kita usaha banyak, bersekang mata, tapi dapat sikit, just bersangka baik, maybe our effort is not enough to cover up all those kind of things that we will get soon.. Dan, if kita usaha sikit tapi tiba-tiba dapat lebih dari jangkaan kita, maybe that’s our luck.. Bersyukurlah.. But always remember.. Nasib tak selalu menyebelahi kita.. So, Di situ perlunya what we call “USAHA”..”

Surah Adh-Dhuhaa ayat 4 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan”..

   
       Mengharapkan sesuatu  tanpa sebarang usaha itu sia-sia… mendapat sesuatu tanpa sebarang usaha itu lebih sia-sia apabila kamu tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya….

Surah Al-‘Ashr ayat 1 hingga 3 yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.”

p/s:> Say Alhamdulillah cause you still got your eye sight to read this.




Gratisan Musik

Jumaat, April 27, 2012

~Baik-baik Sayang...~


     






     

  
    Assalamualaikum w.b.t…. & a very good day to all dear readers, terasa sangat lama tak meng”update” blog nie.. Hanya mampu merapu di alam realiti sahaja bersama sahabat-sahabat tercheentaa.. Thanks guys untuk kesudian anda melayan kanak-kanak ini.. Untuk bulan April 2012 nie.. There’s so many things need to be handle.. Since aku pun dalam semester akhir in my diploma, that’s not a very weird things that should be happen I guess… But honestly, sometimes terasa la jugak nak terbang jer pergi mana-mana untuk hilangkan burden for at least just for a while only.. Tapi melarikan diri is not the way to settle all those kind of things.. Masalah yang hadir perlu ditangani untuk dihapuskan.. Bukan untuk dielakkan.. That’s the concept of solving a problems..


        Teringat something masa nak buat entry nie.. One day masa tengah tunggu masuk waktu zuhur dekat surau kolej, there’s my junior sedang bagi sedikit tazkirah.. Itu panorama biasa di surau kolej.. Tazkirah hari tu is quite interesting for me.. Tajuknya, “Bersangka baik, VS Bersangka Tak Berapa Nak Baik”.. she starts her stories by giving a sample of a situation.. 


         Bayangkan sahabat-sahabat sekalian bangun di pagi sabtu yang sangat membahagiakan sebab subuh tak burned pagi tu, lepas tu pergi buka tingkap bilik luas-luas nak hirup udara pagi, dan suddenly terpandang seorang gadis sedang berjalan perlahan-lahan menuju ke pagar asrama. Baju, seluar, shawl semua sedondon.. mekap cun! Dan bawak sebijik helmet, sahabat-sahabat semua tercari-cari, mana motorsikal dia?? Eh! Dia keluar macam tu jer.. bawak helmet tapi motor tak ada… Persoalannya.. Apa yang dalam kepala sahabat-sahabat masa tu??? 









       
        Satu surau diam masa tu including aku. Dia menyambung bicara..




          Kalau saya teka, ada tak kat sini yang berfikiran, “Nie mesti nak keluar dengan pakwe nie, isyh.. isyh.. isyh..” tak pun ada yang fikir, “muka jer cantik tapi keluar dengan lelaki naik motor, elok sangat la tu”, betol tak?



          Masa tu ada suara-suara halus yang bersetuju dengan pentazkirah tadi, aku? Senyum jela.. hihihi then dia sambung..


        Mesti tak ada yang fikir macam tu kan kat surau nie, yang kat luar sana semua tu yang fikir macam tu, yang kat sini mesti fikir macam nie kan, “Owhh.. Adik nie mesti nak pergi jumpa abang kandung dia ke, yang mahram dengan dia la tu, baiknya dia, dah la cantik, subhanallah, Alhamdulillah..”


        Dalam hati aku, terbaeekk punya sindiran budak kecik nie.  Tapi itu kenyataan, jarang daripada kita nak bersangka baik dengan sesuatu perkara dengan sekali pandang. Ada memang ada, tapi rasanya boleh hitung berapa kerat yang macam tu kan. Kalau just dalam minded sendiri, that can be consider lagi tapi benda tu tetap tak elok untuk diamalkan. Yang paling tak boleh consider ialah, menyebarkan fitnah. Kepada yang suka “bercerita”.. ingatlah…..

Surah al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud: “Fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.”

        Dan kepada mereka yang suka “mendengar”… ingatlah…..

Surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa kamu ketahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

           Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.. dalam satu sesi tazkirah lain, tentang topik yang seakan-akan sama, my junior also yang jadi pentazkirahnya..

         Kalau ternampak seorang kanak-kanak kecil menangis kerana tak dapat mainan di sebuah pasaraya sehingga memalukan ibu bapanya, janganlaj mencerca kanak-kanak itu, kerana dia masih jahil tentang dunia, dan tidak mustahil pada masa akan datang, dia boleh menjadi seorang yang lebih mulia dari kamu.

        Jika kamu melihat remaja-remaja berpeleseran di ibu kota tanpa hala tuju, janganlah kamu terus mencerca, kerana mereka mungkin sedang mencari siapa mereka sebenarnya, mereka melakukan dosa dalam kejahilan mereka sedangkan kamu mungkin melakukan dosa yang sama walhal kamu lebih mengetahui akan halal haram perbuatan kamu. Siapa yang lebih mulia pada eaktu itu?

        Jika kamu melihat seorang yang sudah berusia, janganlah kamu menganggap dia akan menyusahkan kamu, kerana tidak mustahil pahala yang dikumpul olehnya sepanjang usia itu lebih banyak dari kamu dan siapa kamu untuk menilai sedangkan kamu juga sedang dinilai oleh-Nya..

        Konsep di sini mudah, bersangka baik itu lebih baik. Tapi kalau tengah jalan sorang-sorang kat lorong yang gelap, lepas tu nampak seorang lelaki tengah pegang pisau tengok jer ke arah kita, takkan la masa tu nak fikir, “Ni mesti nak tolong masak nie..”….  memang “masak” la korang kalau fikir macam tu..  tengok situasi jugak la kan..  





   

        p/s:> Aku biasa guna perkatan “dear” pada semua orang, tak kira baru kenal or dah lama kenal, lelaki or perempuan, for me, perkataan tu sangat universal. 









Gratisan Musik