Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Rabu, Februari 15, 2012

Terima Kasih Kerana Menjadi Responden Saya..


          Assalamualaikum and Hello warga-warga yang terbaeekkk sekalian……..!! Saat dan ketika ini aku sedang menaip entry baru sambil melayan Thr.Fm secara online sebagai halwa telinga.. 4 hari cuti berlalu begitu sahaja…. Cukup sadis di situ..  Apatah lagi tatkala tangan merajinkan jari mendail nombor Phone my beloved most handsome daddy di Terengganu, soalan pertama yang ditanya oleh beliau; “Bakper dop balek kampong?”…. Aduhai ayah…. Ti orang selit-selit cari masa untuk balik yerk… ( Dalam hati “rasa baru je balik CNY ritu…” ) Akan menjejak kaki ke tanah air Insya-Allah…..


           Lately ni, agak ramai yang menegur “Weh, apasal muka kau pucat?” termasuk driver teksi yang hantar aku balik dari asrama hari tu.. Tak kurang juga ada sahabat-sahabat terchenta yang berkata “Apasal muka kau macam orang tak makan nie?”.. Okey.. Bila seorang dua je yang cakap macam tu, seriously aku ignored.. Tapi bila dah boleh buat ala-ala kaunter pertanyaan… Aku dah rasa something dah… Adakah ini disebabkan oleh beberapa ekor nyamuk yang tak minta izin masuk ke bilik aku?? Tapi.. Tak kurang juga ada adik-adik junior yang menegur sebegini “Kak Mas, makin berseri-seri la sekarang nie…” including my lecturer.. Ehem! Maaf sekiranya anda-anda di luar sana muntah hijau akibat membaca frasa itu sebentar tadi.. Sesungguhnya kebenaran itu kadang kala menyakitkan..  Hmm… Tapi hari ni bukan nak story pasal kepucatan atau keberserian muko den yo..



            Topik hari ni adalah tentang totally pasal my experience semasa buat satu research tentang Hypertension among Malaysian.. benda yang aku nak tahu is quite just a basic things like.


“Adakah rakyat Malaysia nie betul-betul tahu tentang tekanan darah tinggi??”


        Yang nie rasanya kalau tanya dekat budak sekolah rendah standard 4 pun dengan yakinnya boleh jawab.

 
Tahu!!”


     Walhal, rasanya kalau suruh explain gamaknya terlopong 90 darjah.. kecuali dia memang ada medic punya education.. Yang tu aku tak boleh kata apa…


      Disebabkan itu, soalan-soalan seterusnya adalah untuk uji responden whether diorang nie really knew or just nak penuhkan kotak-kotak kosong yang telah aku lukis cun-cun pakai shape tu. Antaranya…


“Habaq mai sket tekanan darah normal berapa?”

“Habes tu kalau tak normal pulak berapa?”

“Orang ada darah tinggi nie betoi ka buleh makan ubat suka hati depa?”

“Kalau kita demam, badan tu duk rasa sejuk panaih ja.. Kalau darah tinggi lagu tu jugak ka??”


       Hah! Nie bagi aku most common question la yang orang-orang bukan dari latar belakang medic pun boleh jawab kalau diorang betul-betul ambik berat pasal kesihatan diorang..  Kalau failed yang nie.. Memang sah la bukan jenis yang cakna pasal kesihatan.. 


         Aku punya supervisor tak minta ramai pun responden.. Cuma 100 ORANG SAHAJA……. Tak ramai kan.. kan.. kan… seriously sangat jenuh mencari cause bukan senang nak cari individu yang betul-betul komited nak jawab soalan soal selidik aku yang cuma berjumlah 4 muka surat dan tidak penuh… Belakang tu aku siap letak iklan lagi.. Dah rasa macam tengah buat Kempen Cegah Tekanan Darah Tinggi untuk pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.. Antara situasi-situasi yang memang tak boleh blah masa buat benda nie adalah…


         Mencari Excuse Untuk Mnegelak.


         Yang nie most commonly happen bila aku nak pass sheet tu pada warga yang berusia 40 tahun dan ke atas..


         “Assalamualaikum puan / encik? Saya tengah buat kajian sikit pasal tekanan darah tinggi, harap boleh jawab yer sementara tunggu giliran ambil ubat nie?” kata aku dengan senyuman Colgate dan mata bersinar-sinar mengalahkan kartun Spongebob. Kalau responden tu perempuan, biasanya dia akan jawab macam nie..






          “Mak cik tak pandai la nak jawab-jawab nie.. Nanti salah pulak jawapannya.”

   

         “Tak apa mak cik, kita cuma nak tengok jawapan mak cik jer.. Salah pun tak apa.” Jawab aku bersungguh.


          “Tapi mak cik tak tahu nak jawab apa.”


         “Macam ni la mak cik, saya bacakan, nanti mana-mana yang mak cik rasa itulah jawapannya, mak cik bagitau saya, boleh?’’ Masih mampu tersenyum.


          “Emm.. Aaaaa.. Hmmm.. Ummmm… Yelaaaaah.”


       Itulah situasi yang kerap berlaku, tapi berbeza dengan responden lelaki,



          Assalamualaikum Encik, Saya tengah buat kajian sikit pasal tekanan darah tinggi, harap boleh jawab yer sementara tunggu giliran ambil ubat nie?” kata aku dengan senyuman Colgate dan mata bersinar-sinar lagi.”


         “Owh.. Boleh-boleh.. Ada pen?”


         “Ada encik. Ni dia..” Penuh senyuman aku hulur pen..






                                           
        Don’t know why tapi inilah hakikatnya.. Pernah aku complain dengan kawan blogger aku, then dia jawab “ Alaa Mas.. Memang berlainan jantina lagi senang kot.. Aku pun macam tu, kalau yang perempuan senang jer nak dapat, maklumlah aku handsome kan, kalau yang laki… bukan main susah lagi… “ katanya.. (perkataan handsome tu aku sengaja tak nak off record..)



         Kurang Komitmen.


         Bila sebut tentang masa menunggu, confirm akan sampai saat untuk patient ambil ubat diorang kan. Masa ini lah kita akan tahu sama ada mereka sebenarnya memberi sepenuhnya komitmen atau sekadar memenuhi permintaan kita. Sepanjang proses aku buat research di sebuah Hospital di Terengganu, aku ada jumpa a few individu yang sememangnya komited and diorang nie memang aku solute sebab apa.. korang bayangkan ekkk.. 


         Tengah-tengah menjawab soalan tu, tiba-tiba nombor diorang dipanggil and terus diorang bangun dan cari aku di belakang ( menjadi satu polisi untuk anda tidak mengganggu responden yang sedang menjawab.. Privasi ).
              

       “Dik, kejap yer, abang / akak nak gi ambik ubat kejap, nombor dah panggil nie”


      Bila diorang berkata-kata sebegini, aku Cuma ada dua pilihan iaitu optimistik atau pesimis.. optimistik dengan berfikir, “owh.. Jap lagi dia datang balik nie.. Tunggu la kejap..” dan pesimis.. “Silap-silap terus blah lepas ambik ubat nie.. Haiiizzzsss…”


        Tetapi.. Mostly, mereka-mereka yang berpesan sebegini akan datang balik untuk jawab soalan tu dan….. Mereka yang just serahkan kertas soalan, pergi ambil ubat tanpa kata apa-apa.. Sah! Lepas tu terus lesap.. This is what we call.. 


Anda tidak komited…







      Those Who Make Me Smile.



       There are a few yang agak funny dalam bab menjawab soalan nie.. Seriously aku tak expect akan dapat jawapan yang macam tu.. Tak adalah.. Tak ada maknanya sampai diorang nak tulis nombor handphone diorang kat situ.. Cuma Dia jawab macam nie..







      Ngeeee…. Ni.. Memang aku tak tahu nak kata apa… senyum cukup la kot.. (Tapi aku macam tau jer sape yang buat nie.. macam budak yang kerja dekat…….. Haiiizzzss…)



      Yang Suka Bermain.

                                        
     Yang nie seriously buat aku ternganga.. Korang bayangkanlah.. Kalau dah jantina dia tanda dua-dua kotak.. (lelaki dan perempuan)… Ada yang tanda umur diorang dalam semua kotak.. Ada yang tanda bangsa dalam semua kotak ( kot ya pun mix.. takkan tak boleh pilih…… ) tapi serius.. dalam bab nie.. yang soalan jantina tu…. Ehem!! Takkan tak tahu kot… Payah tu….. Nak saya bawa anda ke bilik pengimejan diagnostic (X-Ray) ke?? Boleh jer….. Banyak kaki dan tangan kat situ yang boleh tolong……………




..



         Berhadapan dengan individu bergelar manusia sememangnya memerlukan pelbagai ilmu “pertahanan diri” dari segala sudut terutamanya psikologi dimana pada aku la.. Ilmu reverse psychology is quite useful in this kind of situation cause kalau tahu yang nie, it’s quite senang nak manipulate certain individu.. But, gunakanlah ke arah kebaikan bukan untuk korek gosip-gosip terkini lagi sensasi yerp..


       Untuk beberapa waktu nie, I’ll be busy with my research la nampak gayanya.. so, I’ll see you guys in the next coming soon entry keyh.. Adios mi amigos.. As salam… and good night!!


P/s:> Is thinking the best way to solve the thinking method.















Gratisan Musik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan