Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Ahad, Februari 05, 2012

Adakah Kita Menyayangi Rasulullah S.A.W. Sebenarnya????


         



 Assalamualaikum dan salam sejahtera to my dearest readers, very pleasure to meet all of you again in my new entry selepas berehat seketika dari situasi tertentu yang tak dapat dielakkan yang memaksa aku “MC” dari ber’blogging’ actually.. Nie pun kira nasib baik “doktor” tu tak tahu aku ada blog.. Kalau tak sah-sah aku kena tengok beliau geleng kepala sebab aku tak dengar cakap.. ( Yer, saya mengaku saya seorang kanak-kanak yang degil…… Biasalah budak-budak…. Peace!! )

                Hari ni adalah hari yang agak boring semasa aku duk menaip entry ni cause semua geng-geng kamceng telah mem’blah’kan diri balik ke tanah air masing-masing sempena cuti Maulidur Rasul.. so, for this entry, specially tribute sempena Maulidur Rasul juga.. Semester lepas aku sempat menonton rancangan Halaqah Sentuhan Kalbu semasa tengah buat kajian rancangan-rancangan menarik di televisyen semasa hampir-hampir berjaya menambah bilangan warga obesiti di Malaysia, and suddenly tajuk Halaqah hari  tu menarik aku untuk stay on tanpa tukar ke channel cartoon.

               Sesetengah manusia nie, sifat dia lagi senang nak fokus pada pembacaan berbanding mendengar atau melihat, dan ada juga yang jenis membaca lantas mendengar dan melihat untuk lebih memahami, itu bergantung kepada individu tu sendiri, everybody’s different, right?.. For today, I’ll wrote in my entry what did I heard on that day and hopefully korang semua dapat faham dan TAHU betapa Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sangat-sangat sayangkan kita umatnya.  Korang also boleh refer to my older post at :


           Bawah ni adalah tesk yang aku rewrite balik dari rancangan tu, penceramah nie from Indonesian, so, bahasa agak bukan melayu la keyh.. try to understand it very well.. it’s not so hard dear.. Jom baca!!

       “Tuan puan yang kami hormati, para penonton semuanya, hari ini, malam hari ini, kami ingin berkongsi dengan tuan puan semuanya,  bukan hanya kita seperti tadi yang ustaz sudah sampaikan, bagaimana sepatutnya kita harus menghormati, mencintai Baginda Nabi Muhammad s.a.w. tapi ada sebuah kajian tuan puan, ada sebuah research yang dilakukan oleh seorang penulis buku, dia melakukan kajian, real research sepanjang zaman, siapa saja orang-orang  yang sukses menjadi pemimpin yang memberikan pengaruh luar biasa kepada kehidupan dunia ini,

        Tuan puan sekalian, kami yakin sudah mengetahui buku berikut, Michael Heart, dia bukanlah seorang Muslim tuan puan, tapi dia kaji, dia lihat bagaimana para pemimpin-pemimpin dunia mampu membuat pengaruh yang luar biasa membangun kejayaan tamadun dunia, dan dalam buku ini, kita pun sudah mengetahui bagaimana Michael Heart meletakkan Baginda Rasulullah s.a.w. menjadi orang pertama yang ertinya Baginda adalah orang yang paling kuat pengaruhnya sampai saat ini.

         Tuan puan yang kami hormati, para penonton semuanya, kami yakin sudah banyak kisah tentang Baginda yang tuan puan dengarkan selama ini, sudah banyak buku-buku yang menjelaskan tentang bagaimana kehidupan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dan sebagai manusia, tentu kita harus menjadikan seseorang menjadi ikon, menjadi teladan dalam kehidupan kita,

        Tentu tuan puan di studio punya anak-nak di rumah, betul? Kalau tadi kita lihat pada video awal, bagaimana artis-artis, para pemain bola sepak, merekalah yang menjadi ikon anak-anak kita, saudara-saudara kita atau mungkin termasuk diri kita sendiri, pertanyaannya.. siapa yang sepatutnya menjadi ikon itu tuan puan? Siapa yang seharusnya benar-benar kita menjadikan sebagai ikon teladan kehidupan kita? Maka izinkan tuan puan, malam hari ini kita akan mendengarkan sebuah kisah yang menjelaskan yang memberikan jawapan tentang bagaimana cintanya Baginda Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita semuanya. Mari tuan puan kita baca bismillah terlebih dahulu, Bismillahhirahhmannirrahim….

         Dalam sebuah riwayat hadis dikisahkan, ketika itu Baginda tengah duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya, di antara para sahabat, ada Saiyidina Umar, Uthman, Ali, Abu Bakar dan yang lainnya. Lalu kemudian Baginda bertanya kepada para sahabatnya;
                                     
“ Wahai sahabatku.. Tahukah kalian, siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah?”

         Para sahabat terdiam, lalu kemudian ada salah seorang sahabat berkata;

“ Para Malaikat Ya Rasulullah, merekalah yang mulia.”

         Baginda berkata;

“ Ya, para Malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih, beribadah kepada Allah, tentulah mereka mulia, tapi bukan itu yang ku maksudkan.”

         Para sahabat kembali terdiam, tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata;

“ Ya Rasulullah, tentulah para Nabi, merekalah yang mulia itu.”

        Nabi Muhammad tersenyum, Baginda berkata;

“ Ya para Nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, mereka mulia, tapi ada lagi yang mulia.”

       Para sahabat terdiam tuan puan, tertanya siapa lagi orang-orang yang mulia, hingga kemudian salah seorang sahabat berkata;

“ Ya Rasulullah, apakah kami sahabatmu Ya Rasulullah? Apakah kami yang mulia itu Ya Rasul?”

        Bayangkan tuan puan, Baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu, Baginda tersenyum melihat para sahabat, Baginda berkata;

“ Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia, tentulah kalian mulia tapi ada lagi yang lain yang mulia.”

             Para sahabat terdiam semuanya, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi, lalu bayangkan tiba-tiba Baginda Nabi Muhammad s.a.w. merundukkan wajahnya, bayangkan tiba-tiba Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menangis di hadapan sahabat-sahabatnya, para sahabat pun tertanya;

“ Mengapa kau menangis Ya Rasulullah?”

           Lalu bayangkan Baginda mengangkat wajahnya, terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya, Baginda berkata;

“ Wahai saudaraku, sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu? Mereka adalah manusia-manusia, mereka akan lahir jauh  setelah wafatku nanti, mereka begitu mencintai Allah, dan tahukah kalian, mereka tidak pernah memandangku, tidak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian, tetapi mereka begitu rindu kepadaku, saksikanlah wahai sahabatku semuanya, aku pun rindu kepada mereka, mereka yang mulia itu, merekalah ummatku!”

           Bayangkan saat itu Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menitiskan air matanya, semua para sahabat menangis, tolong katakana tuan puan, siapa yang dirindukan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. ? siapa yang sentiasa didoakan oleh oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w setiap waktu? Demi Allah, sekarang tolong tanyakan diri kita masing-masing tuan puan, silakan tuan puan rundukkan wajah, pejamkan mata dan Tanya ke dalam hatimu tuan puan,

       “Sudahkah aku mencintai Baginda Nabi Muhammad s.a.w.?”

       Tolong bayangkan siapa ikonmu selama ini tuan puan? Siapa ikon anak-anakmu selama ini tuan puan? Siapa idola saudara-saudaramu, anak-anakmu saat ini? Lihatlah bagaimana anak-anak kita yang sudah melupakan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. mereka lalai kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. mereka tak ada lagi rasa cinta kepada Baginda, mereka bangga dengan ikon artis-artis mereka, para pemain bola sepak yang mereka banggakan, tolong katakana tuan puan, sudah berapa lama kita lalai hidup di dunia ini? Sudah berapa lama kita tidak mendidik anak-anak kita untuk mencintai Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

        Kalau kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w., tolong tanya diri sendiri tuan puan, sudahkah kita mencintai Nabi Muhammad? Sudahkah ada air mata yang berlinang kerana rindu kita kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w.? sudah berapa lama kita lalai? Sudah berapa lama kita leka hidup di dunia ini? Sudah berapa lama kita melupakan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. maka mari malam hari ini, tuan puan, kita hadirkan, kita hidupkan rasa cinta ini dalam hati, semoga kelak di hari kemudian di padang masyar, kita akan berkumpul bersama Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Hayati lagu ini tuan puan, bayangkan kita hidup bersama Baginda s.a.w. mari bersama-sama menghayatinya.


Ya Rasulullah-Raihan.

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir air mataku,
Kerna pancaran ketenanganmu,
Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku kucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dalam diriku,
Untuk mengikut jejak langkahmu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Kami rindu padamu,
Allahhummasolli a’la Muhammad,
Ya robbi solli a’laihi wassallim,
Allahummasolli a’la Muhammad,
Ya robbi solli a’alaihi wasallim,
Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku dakap dirimu,
Tiada kata yang dapat aku ucapkan,
Hanya Tuhan saja yang tahu,
Ya Rasulullah, Ya habiballah,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Kami rindu padamu,
Ku tahu cintamu kepada ummat,
Ummati, ummati,
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami,
Syafaatkan kami,
Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir air mataku,
Kerna pancaran ketenanganmu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Kami rindu padamu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Terimalah kami sebagai umatmu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Kurniakanlah syafaatmu,
Allahhummasolli a’ala Muhammad
Ya robbi solli a’laihi wasallim,
Allahhummasolli a’ala Muhammad
Ya robbi solli a’laihi wasallim,
Allahhummasolli a’ala Muhammad
Ya robbi solli a’laihi wasallim,


         Berselawatlah sebagai tanda cintamu kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. ajarkanlah anak-anak mencintai Baginda Nabi Muhammad s.a.w., didiklah anak-anakmu mulai hari ini menjadikan Baginda sebagai ikon kehidupan, ingatkanlah suamimu wahai puan, ingatkanlah isterimu wahai tuan, jadikan Baginda sebagai teladan hidup kita, ingatkanla juga keluarga kita, ingatkanlah rakan-rakan di pejabat, Baginda cinta kepada kita, Baginda rindu kepada kita, terlalu sayang Baginda kepada kita, terlalu rindu Baginda kepada kita, semoga kelak kita berkumpul bersama-sama anak isteri suami ibu bapa dengan barisan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

      Wallah hua’lam….
       






Gratisan Musik

Ya rasulullah

2 ulasan:

  1. nice post.kadang2 kita pun terlupa dan leka untuk ingat rasul junjungan kita. entry ni sgt berguna =)

    BalasPadam
  2. thank you... ingat mengingatkan sebelum terleka lantas terus terlupa atau lebih jelas melupakan.. thanks for the view..!

    BalasPadam