Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Selasa, Ogos 28, 2012

Raya Yang Rare Year..


       Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada penjejak blogger yang segak bergaya dan cun melecun mengalahkan orang nak pergi kenduri kawen di pagi raya yang mulia ini.. Berbaju melayu siap bersampin ditambah pula dengan songkok.. Anak jiran sebelah tengok pun boleh cair 100 darjah celcius.. Tapi sila pastikan anak jiran itu adalah perempuan yerp.. Melainkan jika yang memakai baju melayu itu adalah perempuan maka tidak mengapalah jika yang memandang itu adalah lelaki. Berbesan dengan orang sebelah rumah nie pun okey jugak iye dak…



       So,  how’s your raya?? Berapa riban duit raya dapat atau berapa riban duit raya dihabiskan ke atas anak saudara, anak sepupu, sepupu, anak sepupu tiri sebelah mak jiran, anak kepada anak-anak jiran, anak kepada jiran-jiran anak-anak yang buat rombongan ke rumah anda? Pastinya ringan poket bila diserbu kan kan kan kan.. Teringat empat sekawan yang datang rumah beraya pagi tadi.. Umur dalam 9 ke 10 tahun macam tu.. Dijemput naik, makan kuih sebijik sorang, minum air seteguk pastu sengih-sengih tengok muka aku, bila suruh makan la kuih tu, diorang jawab.. “Kenyang da kak”.. Time tengok angpau kat tangan abang aku.. Kemain lebar senyum korang yer.. terasa nak ‘mengkrenat’ (menganiaya) bagi angpau kosong jerp.. Tapi aku tak adalah sejahat tu.. Kurang-kurang biar diorang melopong sejam dua baru bagi angpau tu kira standard la kot.. Kan.. 

       Raya tahun nie tak berapa nak semangat sket.. Mood raya tu tak datang… Tertinggal tiket bus mungkin.. Ditambah pula dengan rumah yang sunyi sopi macam takdo penghuni yo aa… Mana taknya.. tinggal aku dengan abang aku jer terkontang kanting kat rumah.. Buat macam rumah sendiri kat rumah ayah kitorang nie.. Al-maklumlah.. Nak beli rumah sendiri tak mampu lagi.. Alaaahhh.. Korang pun sama.. Ziarah pusara arwah mak dah raya kali nie.. I miss her    very much much laa.. Pagi-pagi raya confirm salam, cium tangan, dua-dua belah pipi dengan dahi mak.. Suka buat macam tu.. Rasa macam mak I tu I sorang je yang punya.. Tamau share dengan abang.. Kedekut kan.. Biar laaaaa… Mak aku jugak….

     This year raya menu is Laksa Penang!!.. First trial nie.. Naseb baik menjadi.. Alhamdulillah.. So, dengan bangganya nak share dengan korang nie.. Sharing is caring maaa… Nak buat benda nie pun dekat 3 orang jugak aku menuntut ilmu nak bagi jadi.. Iaitu.. Mak saudara kak June merangkap supervisor kat tempat kerja aku, Mokmah, and mak kepada my wonderful pak cik.. SO, here it is..



Bahan-bahan:

1 kilo Laksa
8/9 ekor ikan selayang/kembung
Secekak Daun kesom (betul ke eja macam nie?)
 2/3 kuntum Bunga kantan
8/9 keping Asam gelugor
3 biji Bawang merah
1 keping hirisan Halia
 2 keping hirisan Lengkuas
Sebesar ibu jari baby 3 bulan Belacan
2/3 sudu cili kering yang dah blender
Garam secukup rasa
Gula sesedap jiwa raga
Air mengikut keperluan

Da tulis ke??

 


Cara-cara:

Mula-mula baca bismillah.. Niat nak buat sedap-sedap.. Nanti nak jadi darah daging orang yang makan masakan kita nie..
Lepas tu. Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam gelugor sekeping.. Air sikit jer letak tau.. Ikan tu tak tenggelam pun.. Apatah lagi mampu berenang di dalam periuk anda.. lepas air dah kering.. Kira dah masak la.. Asingkan isi ikan dan tulang ikan.. Jangan buang tulang ikan tu tau.. Tulang tu lah yang bakal memberi kesedapan kepada kuah laksa korang.. How?? Macam nie.. Tulang ikan tu korang tumbuk bagi hancur lumat seperti hati seseorang yang baru putus cinta lepas tu korang rebus bagi mendidih.. Lepas tu tapiskan dan air tapisan tadi akan digunakan untuk buat kuah laksa tu nanti.. Isi ikan tu pulak korang tumbuk jugak bagi lumat..
Bunga kantan boleh potong kecik-kecik atau kalau aku buat.. Belah empat ja.. bergantung kepada individu.. bawang, halia, lengkuas dan belacan pulak ditumbuk bagi lumat jugak..
Seterusnya.. Didihkan air rebusan tulang ikan tadi, masukkan isi ikan yang dah ditumbuk, masukkan bawang, halia, lengkuas, belacan yang dah ditumbuk, cili kering, kacau sebati, bila dah mendidih masukkan asam gelugor, bunga kanta dan daun kesom, kacau sebati, masukkan garam, gula secukup rasa dan siap!
Untuk laksa pulak, basuh bersih-bersih, pastu boleh pilih nak kukus atau rebus, toskan.. untuk garnishing laksa pulak boleh letak, hirisan bawang besar, hirisan cili besar, hirisan nenas, hirisan daun salad, hirisan limau nipis dan sesetengah tempat macam pantai timur akan letak telur rebus.



.

   Simple kan.. kan.. kan…  Selamat mencuba!!

p/s:> Jika resepi yang sedia diketahui adalah berbeza.. Sila lakukan mengikut cita rasa.. ^_^




Gratisan Musik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan