Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Sabtu, Februari 18, 2012

Seni Itu Subjektif.. Tiada A, B, C , D Untuk Menilainya. Perbezaan Membentuk Perwatakan..




        Assalamualaikum and a very good day to all my most very welcome readers!!.. Semoga sedang berada dalam keadaan yang membolehkan anda berjalan, berlari, dan buat apa saja dengan jayanya kerana sihat yerk!.. Having a nice moment in your life does make a very great style of living as a one of the way for having something sweet to be remembered right… 


        Hari ni just topic ringan-ringan jerp.. it was not a kind of a topic actually cause I just want to share something with all of you.. Just something that I think it can be put in a very simple entry to be share with.. I love to draw.. But not really fully expert with it.. Just for fun and to release a few kind of eemotional disturbance  during a very hard time to be handle by calm down instead of not doing anything to settle it.. At least I can think while drawing.. Cara yang sangat bagus untuk menenangkan fikiran kan.. huhu so.. Di bawah nie.. There are a few photos yang masih menjadi koleksi aku sebab sebelum nie.. Lukisan aku sentiasa hilang dengan dua sebab lazim dan satu sebab tak lazim iaitu:


1.     Lukisan potret kebiasaannya akan diserahkan kepada individu berkenaan.


2.    Masa sekolah dulu, kawan-kawan suka pow lukisan aku, paling tak boleh blah bila lukisan hilang dari dalam fail dan dijumpai semula dalm fail kawan-kawan.. Sah nak kena smackdown!


3.    Hilang sebab aku tak simpan elok-elok.. Ngeeee…



      Aku bukan budak kelas seni, bahkan sekolah aku takde ambil major pun untuk lukisan nie, memang tak, Cuma aku minat, tu jer.. Dari sekolah rendah membawa ke sokolah menengah membawa ke Universiti and so on until now, Cuma potret jer aku mula menceburkan diri pada tahun 2010, sebelum nie kartun-kartunjer pon.. ngeh3.

   So this is it……


Ni gambar kawan kepada kawan aku yang sampai sekarang aku tak tahu siapa apatah lagi nama dia... Yang nie buat masa sem 6....






Ni plak aku lukis time sekolah menengah sebab masa tu layan Kreko dengan Arena yang abang aku selalu beli...




Ni plak gambar budak kelas aku masa ambil Diploma Farmasi.. ada muka korea tak? yang nie sketching dia comot sket..(banyak kot..)yang nie masa sem6...




Ni masa aku sem satu.. Boring duk dalam bilik time nie..



Ni pun kawan sekuliah masa buat Dip. Farmasi.. kalau tak silap, gambar nie masa sem 2 atau sem 3.
 lupa dah..




Ni time sekolah menengah sekali dengan Gundam... Tapi yang ni Yakitate rasanya tajuk komik tu..


 j



Ni masa tingkatan 5.. Masa nie sama ada kelas Al-Quran dan As-Sunnah atau kelas Sejarah cikgu TJ.. aku tak ingat fakta tu.... Serius niat nak bagi hilang ngantuk jer.. Fully guna pen..




Ni masa form 4.. cun tak.....??




Nie pun sekali dengan Yakitate....




Ni masa dalam kuliah Sejarah dan Tamadun Dunia masa dekat UIAM.. fully pen..



Nie dalam kelas tutorial sem 5... Tengah tunggu Lect. tak masuk-masuk...




Nie budak kelas masa buat Dip. Farmasi gak, yang nie buat masa sem4..




     Amacam? Sebarang komen sila tinggalkan di ruang comment yerp.. sumbang saran, kutukan diterima dengan very open mind and broken heart.. Adios and as salam??......



....



Gratisan Musik

Rabu, Februari 15, 2012

Terima Kasih Kerana Menjadi Responden Saya..


          Assalamualaikum and Hello warga-warga yang terbaeekkk sekalian……..!! Saat dan ketika ini aku sedang menaip entry baru sambil melayan Thr.Fm secara online sebagai halwa telinga.. 4 hari cuti berlalu begitu sahaja…. Cukup sadis di situ..  Apatah lagi tatkala tangan merajinkan jari mendail nombor Phone my beloved most handsome daddy di Terengganu, soalan pertama yang ditanya oleh beliau; “Bakper dop balek kampong?”…. Aduhai ayah…. Ti orang selit-selit cari masa untuk balik yerk… ( Dalam hati “rasa baru je balik CNY ritu…” ) Akan menjejak kaki ke tanah air Insya-Allah…..


           Lately ni, agak ramai yang menegur “Weh, apasal muka kau pucat?” termasuk driver teksi yang hantar aku balik dari asrama hari tu.. Tak kurang juga ada sahabat-sahabat terchenta yang berkata “Apasal muka kau macam orang tak makan nie?”.. Okey.. Bila seorang dua je yang cakap macam tu, seriously aku ignored.. Tapi bila dah boleh buat ala-ala kaunter pertanyaan… Aku dah rasa something dah… Adakah ini disebabkan oleh beberapa ekor nyamuk yang tak minta izin masuk ke bilik aku?? Tapi.. Tak kurang juga ada adik-adik junior yang menegur sebegini “Kak Mas, makin berseri-seri la sekarang nie…” including my lecturer.. Ehem! Maaf sekiranya anda-anda di luar sana muntah hijau akibat membaca frasa itu sebentar tadi.. Sesungguhnya kebenaran itu kadang kala menyakitkan..  Hmm… Tapi hari ni bukan nak story pasal kepucatan atau keberserian muko den yo..



            Topik hari ni adalah tentang totally pasal my experience semasa buat satu research tentang Hypertension among Malaysian.. benda yang aku nak tahu is quite just a basic things like.


“Adakah rakyat Malaysia nie betul-betul tahu tentang tekanan darah tinggi??”


        Yang nie rasanya kalau tanya dekat budak sekolah rendah standard 4 pun dengan yakinnya boleh jawab.

 
Tahu!!”


     Walhal, rasanya kalau suruh explain gamaknya terlopong 90 darjah.. kecuali dia memang ada medic punya education.. Yang tu aku tak boleh kata apa…


      Disebabkan itu, soalan-soalan seterusnya adalah untuk uji responden whether diorang nie really knew or just nak penuhkan kotak-kotak kosong yang telah aku lukis cun-cun pakai shape tu. Antaranya…


“Habaq mai sket tekanan darah normal berapa?”

“Habes tu kalau tak normal pulak berapa?”

“Orang ada darah tinggi nie betoi ka buleh makan ubat suka hati depa?”

“Kalau kita demam, badan tu duk rasa sejuk panaih ja.. Kalau darah tinggi lagu tu jugak ka??”


       Hah! Nie bagi aku most common question la yang orang-orang bukan dari latar belakang medic pun boleh jawab kalau diorang betul-betul ambik berat pasal kesihatan diorang..  Kalau failed yang nie.. Memang sah la bukan jenis yang cakna pasal kesihatan.. 


         Aku punya supervisor tak minta ramai pun responden.. Cuma 100 ORANG SAHAJA……. Tak ramai kan.. kan.. kan… seriously sangat jenuh mencari cause bukan senang nak cari individu yang betul-betul komited nak jawab soalan soal selidik aku yang cuma berjumlah 4 muka surat dan tidak penuh… Belakang tu aku siap letak iklan lagi.. Dah rasa macam tengah buat Kempen Cegah Tekanan Darah Tinggi untuk pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.. Antara situasi-situasi yang memang tak boleh blah masa buat benda nie adalah…


         Mencari Excuse Untuk Mnegelak.


         Yang nie most commonly happen bila aku nak pass sheet tu pada warga yang berusia 40 tahun dan ke atas..


         “Assalamualaikum puan / encik? Saya tengah buat kajian sikit pasal tekanan darah tinggi, harap boleh jawab yer sementara tunggu giliran ambil ubat nie?” kata aku dengan senyuman Colgate dan mata bersinar-sinar mengalahkan kartun Spongebob. Kalau responden tu perempuan, biasanya dia akan jawab macam nie..






          “Mak cik tak pandai la nak jawab-jawab nie.. Nanti salah pulak jawapannya.”

   

         “Tak apa mak cik, kita cuma nak tengok jawapan mak cik jer.. Salah pun tak apa.” Jawab aku bersungguh.


          “Tapi mak cik tak tahu nak jawab apa.”


         “Macam ni la mak cik, saya bacakan, nanti mana-mana yang mak cik rasa itulah jawapannya, mak cik bagitau saya, boleh?’’ Masih mampu tersenyum.


          “Emm.. Aaaaa.. Hmmm.. Ummmm… Yelaaaaah.”


       Itulah situasi yang kerap berlaku, tapi berbeza dengan responden lelaki,



          Assalamualaikum Encik, Saya tengah buat kajian sikit pasal tekanan darah tinggi, harap boleh jawab yer sementara tunggu giliran ambil ubat nie?” kata aku dengan senyuman Colgate dan mata bersinar-sinar lagi.”


         “Owh.. Boleh-boleh.. Ada pen?”


         “Ada encik. Ni dia..” Penuh senyuman aku hulur pen..






                                           
        Don’t know why tapi inilah hakikatnya.. Pernah aku complain dengan kawan blogger aku, then dia jawab “ Alaa Mas.. Memang berlainan jantina lagi senang kot.. Aku pun macam tu, kalau yang perempuan senang jer nak dapat, maklumlah aku handsome kan, kalau yang laki… bukan main susah lagi… “ katanya.. (perkataan handsome tu aku sengaja tak nak off record..)



         Kurang Komitmen.


         Bila sebut tentang masa menunggu, confirm akan sampai saat untuk patient ambil ubat diorang kan. Masa ini lah kita akan tahu sama ada mereka sebenarnya memberi sepenuhnya komitmen atau sekadar memenuhi permintaan kita. Sepanjang proses aku buat research di sebuah Hospital di Terengganu, aku ada jumpa a few individu yang sememangnya komited and diorang nie memang aku solute sebab apa.. korang bayangkan ekkk.. 


         Tengah-tengah menjawab soalan tu, tiba-tiba nombor diorang dipanggil and terus diorang bangun dan cari aku di belakang ( menjadi satu polisi untuk anda tidak mengganggu responden yang sedang menjawab.. Privasi ).
              

       “Dik, kejap yer, abang / akak nak gi ambik ubat kejap, nombor dah panggil nie”


      Bila diorang berkata-kata sebegini, aku Cuma ada dua pilihan iaitu optimistik atau pesimis.. optimistik dengan berfikir, “owh.. Jap lagi dia datang balik nie.. Tunggu la kejap..” dan pesimis.. “Silap-silap terus blah lepas ambik ubat nie.. Haiiizzzsss…”


        Tetapi.. Mostly, mereka-mereka yang berpesan sebegini akan datang balik untuk jawab soalan tu dan….. Mereka yang just serahkan kertas soalan, pergi ambil ubat tanpa kata apa-apa.. Sah! Lepas tu terus lesap.. This is what we call.. 


Anda tidak komited…







      Those Who Make Me Smile.



       There are a few yang agak funny dalam bab menjawab soalan nie.. Seriously aku tak expect akan dapat jawapan yang macam tu.. Tak adalah.. Tak ada maknanya sampai diorang nak tulis nombor handphone diorang kat situ.. Cuma Dia jawab macam nie..







      Ngeeee…. Ni.. Memang aku tak tahu nak kata apa… senyum cukup la kot.. (Tapi aku macam tau jer sape yang buat nie.. macam budak yang kerja dekat…….. Haiiizzzss…)



      Yang Suka Bermain.

                                        
     Yang nie seriously buat aku ternganga.. Korang bayangkanlah.. Kalau dah jantina dia tanda dua-dua kotak.. (lelaki dan perempuan)… Ada yang tanda umur diorang dalam semua kotak.. Ada yang tanda bangsa dalam semua kotak ( kot ya pun mix.. takkan tak boleh pilih…… ) tapi serius.. dalam bab nie.. yang soalan jantina tu…. Ehem!! Takkan tak tahu kot… Payah tu….. Nak saya bawa anda ke bilik pengimejan diagnostic (X-Ray) ke?? Boleh jer….. Banyak kaki dan tangan kat situ yang boleh tolong……………




..



         Berhadapan dengan individu bergelar manusia sememangnya memerlukan pelbagai ilmu “pertahanan diri” dari segala sudut terutamanya psikologi dimana pada aku la.. Ilmu reverse psychology is quite useful in this kind of situation cause kalau tahu yang nie, it’s quite senang nak manipulate certain individu.. But, gunakanlah ke arah kebaikan bukan untuk korek gosip-gosip terkini lagi sensasi yerp..


       Untuk beberapa waktu nie, I’ll be busy with my research la nampak gayanya.. so, I’ll see you guys in the next coming soon entry keyh.. Adios mi amigos.. As salam… and good night!!


P/s:> Is thinking the best way to solve the thinking method.















Gratisan Musik

Ahad, Februari 05, 2012

Adakah Kita Menyayangi Rasulullah S.A.W. Sebenarnya????


         



 Assalamualaikum dan salam sejahtera to my dearest readers, very pleasure to meet all of you again in my new entry selepas berehat seketika dari situasi tertentu yang tak dapat dielakkan yang memaksa aku “MC” dari ber’blogging’ actually.. Nie pun kira nasib baik “doktor” tu tak tahu aku ada blog.. Kalau tak sah-sah aku kena tengok beliau geleng kepala sebab aku tak dengar cakap.. ( Yer, saya mengaku saya seorang kanak-kanak yang degil…… Biasalah budak-budak…. Peace!! )

                Hari ni adalah hari yang agak boring semasa aku duk menaip entry ni cause semua geng-geng kamceng telah mem’blah’kan diri balik ke tanah air masing-masing sempena cuti Maulidur Rasul.. so, for this entry, specially tribute sempena Maulidur Rasul juga.. Semester lepas aku sempat menonton rancangan Halaqah Sentuhan Kalbu semasa tengah buat kajian rancangan-rancangan menarik di televisyen semasa hampir-hampir berjaya menambah bilangan warga obesiti di Malaysia, and suddenly tajuk Halaqah hari  tu menarik aku untuk stay on tanpa tukar ke channel cartoon.

               Sesetengah manusia nie, sifat dia lagi senang nak fokus pada pembacaan berbanding mendengar atau melihat, dan ada juga yang jenis membaca lantas mendengar dan melihat untuk lebih memahami, itu bergantung kepada individu tu sendiri, everybody’s different, right?.. For today, I’ll wrote in my entry what did I heard on that day and hopefully korang semua dapat faham dan TAHU betapa Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sangat-sangat sayangkan kita umatnya.  Korang also boleh refer to my older post at :


           Bawah ni adalah tesk yang aku rewrite balik dari rancangan tu, penceramah nie from Indonesian, so, bahasa agak bukan melayu la keyh.. try to understand it very well.. it’s not so hard dear.. Jom baca!!

       “Tuan puan yang kami hormati, para penonton semuanya, hari ini, malam hari ini, kami ingin berkongsi dengan tuan puan semuanya,  bukan hanya kita seperti tadi yang ustaz sudah sampaikan, bagaimana sepatutnya kita harus menghormati, mencintai Baginda Nabi Muhammad s.a.w. tapi ada sebuah kajian tuan puan, ada sebuah research yang dilakukan oleh seorang penulis buku, dia melakukan kajian, real research sepanjang zaman, siapa saja orang-orang  yang sukses menjadi pemimpin yang memberikan pengaruh luar biasa kepada kehidupan dunia ini,

        Tuan puan sekalian, kami yakin sudah mengetahui buku berikut, Michael Heart, dia bukanlah seorang Muslim tuan puan, tapi dia kaji, dia lihat bagaimana para pemimpin-pemimpin dunia mampu membuat pengaruh yang luar biasa membangun kejayaan tamadun dunia, dan dalam buku ini, kita pun sudah mengetahui bagaimana Michael Heart meletakkan Baginda Rasulullah s.a.w. menjadi orang pertama yang ertinya Baginda adalah orang yang paling kuat pengaruhnya sampai saat ini.

         Tuan puan yang kami hormati, para penonton semuanya, kami yakin sudah banyak kisah tentang Baginda yang tuan puan dengarkan selama ini, sudah banyak buku-buku yang menjelaskan tentang bagaimana kehidupan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dan sebagai manusia, tentu kita harus menjadikan seseorang menjadi ikon, menjadi teladan dalam kehidupan kita,

        Tentu tuan puan di studio punya anak-nak di rumah, betul? Kalau tadi kita lihat pada video awal, bagaimana artis-artis, para pemain bola sepak, merekalah yang menjadi ikon anak-anak kita, saudara-saudara kita atau mungkin termasuk diri kita sendiri, pertanyaannya.. siapa yang sepatutnya menjadi ikon itu tuan puan? Siapa yang seharusnya benar-benar kita menjadikan sebagai ikon teladan kehidupan kita? Maka izinkan tuan puan, malam hari ini kita akan mendengarkan sebuah kisah yang menjelaskan yang memberikan jawapan tentang bagaimana cintanya Baginda Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita semuanya. Mari tuan puan kita baca bismillah terlebih dahulu, Bismillahhirahhmannirrahim….

         Dalam sebuah riwayat hadis dikisahkan, ketika itu Baginda tengah duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya, di antara para sahabat, ada Saiyidina Umar, Uthman, Ali, Abu Bakar dan yang lainnya. Lalu kemudian Baginda bertanya kepada para sahabatnya;
                                     
“ Wahai sahabatku.. Tahukah kalian, siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah?”

         Para sahabat terdiam, lalu kemudian ada salah seorang sahabat berkata;

“ Para Malaikat Ya Rasulullah, merekalah yang mulia.”

         Baginda berkata;

“ Ya, para Malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih, beribadah kepada Allah, tentulah mereka mulia, tapi bukan itu yang ku maksudkan.”

         Para sahabat kembali terdiam, tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata;

“ Ya Rasulullah, tentulah para Nabi, merekalah yang mulia itu.”

        Nabi Muhammad tersenyum, Baginda berkata;

“ Ya para Nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, mereka mulia, tapi ada lagi yang mulia.”

       Para sahabat terdiam tuan puan, tertanya siapa lagi orang-orang yang mulia, hingga kemudian salah seorang sahabat berkata;

“ Ya Rasulullah, apakah kami sahabatmu Ya Rasulullah? Apakah kami yang mulia itu Ya Rasul?”

        Bayangkan tuan puan, Baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu, Baginda tersenyum melihat para sahabat, Baginda berkata;

“ Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia, tentulah kalian mulia tapi ada lagi yang lain yang mulia.”

             Para sahabat terdiam semuanya, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi, lalu bayangkan tiba-tiba Baginda Nabi Muhammad s.a.w. merundukkan wajahnya, bayangkan tiba-tiba Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menangis di hadapan sahabat-sahabatnya, para sahabat pun tertanya;

“ Mengapa kau menangis Ya Rasulullah?”

           Lalu bayangkan Baginda mengangkat wajahnya, terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya, Baginda berkata;

“ Wahai saudaraku, sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu? Mereka adalah manusia-manusia, mereka akan lahir jauh  setelah wafatku nanti, mereka begitu mencintai Allah, dan tahukah kalian, mereka tidak pernah memandangku, tidak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian, tetapi mereka begitu rindu kepadaku, saksikanlah wahai sahabatku semuanya, aku pun rindu kepada mereka, mereka yang mulia itu, merekalah ummatku!”

           Bayangkan saat itu Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menitiskan air matanya, semua para sahabat menangis, tolong katakana tuan puan, siapa yang dirindukan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. ? siapa yang sentiasa didoakan oleh oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w setiap waktu? Demi Allah, sekarang tolong tanyakan diri kita masing-masing tuan puan, silakan tuan puan rundukkan wajah, pejamkan mata dan Tanya ke dalam hatimu tuan puan,

       “Sudahkah aku mencintai Baginda Nabi Muhammad s.a.w.?”

       Tolong bayangkan siapa ikonmu selama ini tuan puan? Siapa ikon anak-anakmu selama ini tuan puan? Siapa idola saudara-saudaramu, anak-anakmu saat ini? Lihatlah bagaimana anak-anak kita yang sudah melupakan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. mereka lalai kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. mereka tak ada lagi rasa cinta kepada Baginda, mereka bangga dengan ikon artis-artis mereka, para pemain bola sepak yang mereka banggakan, tolong katakana tuan puan, sudah berapa lama kita lalai hidup di dunia ini? Sudah berapa lama kita tidak mendidik anak-anak kita untuk mencintai Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

        Kalau kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w., tolong tanya diri sendiri tuan puan, sudahkah kita mencintai Nabi Muhammad? Sudahkah ada air mata yang berlinang kerana rindu kita kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w.? sudah berapa lama kita lalai? Sudah berapa lama kita leka hidup di dunia ini? Sudah berapa lama kita melupakan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. maka mari malam hari ini, tuan puan, kita hadirkan, kita hidupkan rasa cinta ini dalam hati, semoga kelak di hari kemudian di padang masyar, kita akan berkumpul bersama Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Hayati lagu ini tuan puan, bayangkan kita hidup bersama Baginda s.a.w. mari bersama-sama menghayatinya.


Ya Rasulullah-Raihan.

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir air mataku,
Kerna pancaran ketenanganmu,
Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku kucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dalam diriku,
Untuk mengikut jejak langkahmu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Kami rindu padamu,
Allahhummasolli a’la Muhammad,
Ya robbi solli a’laihi wassallim,
Allahummasolli a’la Muhammad,
Ya robbi solli a’alaihi wasallim,
Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku dakap dirimu,
Tiada kata yang dapat aku ucapkan,
Hanya Tuhan saja yang tahu,
Ya Rasulullah, Ya habiballah,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Kami rindu padamu,
Ku tahu cintamu kepada ummat,
Ummati, ummati,
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami,
Syafaatkan kami,
Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir air mataku,
Kerna pancaran ketenanganmu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Kami rindu padamu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Terimalah kami sebagai umatmu,
Ya Rasulullah, Ya Habiballah,
Kurniakanlah syafaatmu,
Allahhummasolli a’ala Muhammad
Ya robbi solli a’laihi wasallim,
Allahhummasolli a’ala Muhammad
Ya robbi solli a’laihi wasallim,
Allahhummasolli a’ala Muhammad
Ya robbi solli a’laihi wasallim,


         Berselawatlah sebagai tanda cintamu kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. ajarkanlah anak-anak mencintai Baginda Nabi Muhammad s.a.w., didiklah anak-anakmu mulai hari ini menjadikan Baginda sebagai ikon kehidupan, ingatkanlah suamimu wahai puan, ingatkanlah isterimu wahai tuan, jadikan Baginda sebagai teladan hidup kita, ingatkanla juga keluarga kita, ingatkanlah rakan-rakan di pejabat, Baginda cinta kepada kita, Baginda rindu kepada kita, terlalu sayang Baginda kepada kita, terlalu rindu Baginda kepada kita, semoga kelak kita berkumpul bersama-sama anak isteri suami ibu bapa dengan barisan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

      Wallah hua’lam….
       






Gratisan Musik

Ya rasulullah