Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Rabu, Jun 29, 2011

Memo Untuk Si Belangkas.. Anda Sudah Berpunya??

MEMO UNTUK  SI BELANGKAS

     Menyorot dasyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat mnular di sana sini. Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut maerata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya.

   Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!



   Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.



   “Ingat nikah tu senang?!” Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu fikiran anak muda yang sedang bercinta. Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap psangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya.  Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!

   Ku nasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan, buatllah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawwarah (berbincaang). Andai disana Nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah. Fikirlah dengan optimis.

   Ambil langkah yang diizinkan oleh Allah seterusnya, iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang dibina. Awas! Hindari perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.

   Khusus buat pemuda-pemuda yang sedang dilamun cinta,

   Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta,. Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai  priority sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau bekerja atau mengejar cita-cita.

   Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) kenapa tidak segera berzaujah (bernikah), mereka amat risaukan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

   Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selaluny bimbang jika tak mampu memberi  nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya  syabab?
 
 Kerisauan ini lumrah… ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-auka tapi penuh tanggungjawab. Sestengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar dibiayai apatah lagi membiaayai hidup orang lain?

    Faktor ini menyebabkan sang pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

   Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupaan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin.

   “Dan nikahkanlah orang yang sebdirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak nikah diantara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaan-Nya, dan AllAH Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Nn-Nur:32)

   Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai? 

   Umar Al-Khattab, sahabat agung pernah berkata, sebagaimana dikutip dari Al-Qurtubhi: ”Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah  kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya.

    Nabi Muhammad S.A.W. juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah R.A. “Makanan tiga orang dapat mengcukupi  empat orang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

    Tidak haairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata, “Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan,” kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

   Buat kaum Hawa,

    Yakin dan percayalah pada insan yang ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya, sama ada masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

    Buat syabab,

    Rezeki Allah amat luas, jangan risaukan sangat, walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah S.A.W.  beliau bersabda, “Pekerjaan terbaik dalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik.” (Riwayat Ahmad , Baihaqi dan lain-lain)

   Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincang dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, di pegang Allah, dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak . percayalah!

    Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan)

     Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari segala perbuatan yang menghampiri zina.

   Laksanakanlah ikatan dengan apa yang paling memudahkan lelaki. Aisyah R.A. menjelaskan, “Sesungguhnya diantara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (Riwayat Ahmad)



    Oh, kaum Hawa,

    Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

    Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin,. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala  persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.



    “Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah.” (Riwayat Bukhari)

 
     CATATAN FATIMAH SYARHA NORDIN
-SOLUSI ISU PERDANA 2008 | PP 15048/05/2009 (021511) |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan