Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Rabu, Jun 29, 2011

8 Pembohongan Mak Pada Saya...


8 pembohongan mak kepada saya.....

 Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!

Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!



01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.

Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.

Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.

Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.

Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.

Saya sedih melihat mak seperti itu.

Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."



03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.

Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.

Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.

Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."


04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.

Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."



05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.

Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.

Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.

Anehnya, mak menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.

Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.

Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.

Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.

Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."
07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya 

melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.

Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.

Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.

Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.

Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.

Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."



08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.

Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.

Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.

Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.

Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!



Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafas yg terakhir......

petikan dari iluvislam.com


Memo Untuk Si Belangkas.. Anda Sudah Berpunya??

MEMO UNTUK  SI BELANGKAS

     Menyorot dasyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat mnular di sana sini. Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut maerata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya.

   Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!



   Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.



   “Ingat nikah tu senang?!” Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu fikiran anak muda yang sedang bercinta. Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap psangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya.  Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!

   Ku nasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan, buatllah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawwarah (berbincaang). Andai disana Nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah. Fikirlah dengan optimis.

   Ambil langkah yang diizinkan oleh Allah seterusnya, iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang dibina. Awas! Hindari perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.

   Khusus buat pemuda-pemuda yang sedang dilamun cinta,

   Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta,. Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai  priority sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau bekerja atau mengejar cita-cita.

   Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) kenapa tidak segera berzaujah (bernikah), mereka amat risaukan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

   Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selaluny bimbang jika tak mampu memberi  nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya  syabab?
 
 Kerisauan ini lumrah… ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-auka tapi penuh tanggungjawab. Sestengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar dibiayai apatah lagi membiaayai hidup orang lain?

    Faktor ini menyebabkan sang pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

   Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupaan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin.

   “Dan nikahkanlah orang yang sebdirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak nikah diantara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaan-Nya, dan AllAH Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Nn-Nur:32)

   Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai? 

   Umar Al-Khattab, sahabat agung pernah berkata, sebagaimana dikutip dari Al-Qurtubhi: ”Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah  kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya.

    Nabi Muhammad S.A.W. juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah R.A. “Makanan tiga orang dapat mengcukupi  empat orang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

    Tidak haairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata, “Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan,” kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

   Buat kaum Hawa,

    Yakin dan percayalah pada insan yang ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya, sama ada masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

    Buat syabab,

    Rezeki Allah amat luas, jangan risaukan sangat, walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah S.A.W.  beliau bersabda, “Pekerjaan terbaik dalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik.” (Riwayat Ahmad , Baihaqi dan lain-lain)

   Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincang dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, di pegang Allah, dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak . percayalah!

    Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan)

     Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari segala perbuatan yang menghampiri zina.

   Laksanakanlah ikatan dengan apa yang paling memudahkan lelaki. Aisyah R.A. menjelaskan, “Sesungguhnya diantara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (Riwayat Ahmad)



    Oh, kaum Hawa,

    Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

    Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin,. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala  persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.



    “Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah.” (Riwayat Bukhari)

 
     CATATAN FATIMAH SYARHA NORDIN
-SOLUSI ISU PERDANA 2008 | PP 15048/05/2009 (021511) |

Karakter ku.. Jom jawab

Karakterku…

        Aku dapat soalan nie masa pergi kem PLKN zaman muda-muda dulu. So sekarang, apa kata korang plak test try tengok. Cukup mudah, just answer question kat bawah nie. Owh ya, kalau ada persamaan  dengan karakter korang, just anggap ia Cuma kebetulan. Mungkin ia sama dengan apa yang kita buat sebelum nie.. tapi future… who know’s right?.... here’s the question..

(!) Anda sedang berada di dalam sebuah helicopter untuk satu journey , pemandu   bertanya kepada anda, di mana anda mahu mendarat, anda mempunyai 3 pilihan iaitu:

a)    Padang yang dipenuhi rumput hijau yang rata dan luas.


b)   Padang yang luas tetapi sedikit semak samun melatarinya.

c)    Padang belukar yang dilatari pokok-pokok renek.



(2) Anda sudah mendarat di kawasan yang anda pilih, pilih seekor binatang untuk menemani anda dalam perjalanan yang akan anda lalui sebentar nanti.

(pilih jer sekor binatang yang korang rasa leh teman korang)




contoh -contoh haiwan.. boleh jer nak selain dari haiwan-haiwan nie..


(3) Anda sedang memulakan perjalanan memasuki sebuah hutan bersama haiwan pilihan anda, dalam perjalanan tersebut anda terjumpa sebuah meja, pilih bentuk:

a) Bulat
b) Empat segi

(4) Anda meneruskan perjalan lantas terjumpa satu pemandangan yang indah, pilih pemadangan yang anda suka:

a) Tasik
b) Sungai
c) Air terjun

(5) Tindakan anda selepas melihat pemandangan tersebut,

a) hanya menikmatinya sahaja.
b) melihat seketika, kalau line clear, terjun!!
c) rasa teruja, terjun!!

(6) Sekarang malam pun menjelma, anda kena cari tempat untuk berlindung, anda terjumpa sebuah pondok yang ditinggalkan. Disebabkan gelap, anda perlukan lilin, berapa batang lilin yang anda mahukan  untuk menerangi pondok tersebut?

a) 1
b) 2
c) 3 dan ke atas

7) lilin telah dinyalakan, anda ternampak sebuah kotak di atas meja yang berkunci, anda perlu membuka kotak tersebut. Anda memilih untuk:

a) cari sendiri kunci sampai jumpa
b) tunggu jerk at situ sampai ada sesape bagi.
c) anda jalan-jalan survey rumah tu dan terjumpa kunci tersebut.

      Okey, now, for the result!!  
   
(1)          A) anda seorang yang tidak bersedia untuk menerima dugaan, anda lebih senang berada di dalam zon selesa berbanding melakukan sesuaut yang berisiko.

B) anda seorang yang fleksibel, anda mampu merubah diri anda untuk menerima dugaan sekiranya ia datang secara mendadak, anda mampu mengawalnya namun jangan mudah mengalah sekiranya anda jatuh,

C) anda seorang yang tabah!!

(2) cari sifat negative dan positif pada haiwan pilihan anda, itulah sifat yang anda suka dan tidak suka pada bakal pasangan anda.

(3) meja bulat: kitaran hidup anda adalah normal, ada naik dan ada turunnya.
      Meja empat segi: kehidupan anda mudah berubah secara mendadak. Seperti anak tangga.

(4) a) anda seorang yang pasif. Perlukan perubahan.
     b) anda seorang yang tenang namun dalam tenang sungai jangan didangka tiada buaya.
     c) anda seorang yang terburu-buru.

(5) a) anda seorang yang kurang bernafsu.
     b) nafsu anda sederhana.
      c) anda seorang yang bernafsu!!
       (boleh dipandang dari pelbagai sudut dan kategori)

(6) melambangkan kesetiaan.. kalau korang pilih lebih dari 1.. sendiri faham-faham la yerk..

(7) cara korang nak cari bakal peneman hidup korang.
a) korang nak carik sendiri
b) korang nak saper-saper tolong carikkan
c) korang tak nak tercari-cari, kalau ada, ada la, korang terima jer.

So, how;s your result friends??



Isnin, Jun 27, 2011

Tribute To That Pakcik...

     Pak cik tu buat aku belajar something yang valuable untuk hari tu..

    Bas Mara Liner membelok perlahan memasuki Perhentian Bas Kuala Terengganu. Jam di tangan ditatap seketika, 5.37 petang ‘alhamdulillah, cepat jugak sampai’ desis hati. Buku dan  selimut di ribaan dimasukkan ke dalam beg sandang. Bas berhenti di lorong 7. Dengan bibir yang mengukir senyuman aku berbisik perlahan, cukup untuk aku sorang jer dengar.. “Terengganu.. I’m back!!”

      Seperti biasa, turun je dari bas, akan ada pakcik-pakcik yang buat freelance macam driver teksi akan berebut-rebut cari customer . aku belum jejak terminal bas pun dah ada yang, “dik, nak ke mana dik?”, “nak, nak ke mana, pakcik hantar.” Aku geleng kepala je. Bukan tak nak, tapi beg lagi 2 biji yang gedabak dalam perut bas tu tak dikeluarkan lagi. Takut gak kalau cakap nak awal-awal, nanti diorang tengok beg yang besau ( Melaka style ) tu, geleng kepala nanti. 

gambar hiasan

   Nah! 2 biji beg yang gedabak dah aku keluarkan, geleng kepala pakcik-pakcik tu tengok.. haha biasa lah, cuti semester, ni kira baik la aku tak angkut hostel tu sekali balik Terengganu.. Ngee

     Sebaik je angkat muka, Nampak sorang pakcik duk terpacak depan beg aku, umur cam area akhir 40-an la kot.
    + “Pindah rumah ke nak?” Tanya pak cik tu, cuba bergurau kot, al maklumlah, hati customer kena jaga. Aku senyum jer.

     -“Lebih kurang la pak cik.” Aku balas gak pendek. Penat tak hilang gi nih. Pak cik tu senyum.

    +“Nak ke mana?” Tanya pak cik tu lagi.

     -“Losong berapa pak cik?” aku jawab.

     +“RM10 jer, boleh?” dia jawab.

     -“Boleh la tu.” Aku lak jawab.

     +“Ok, kereta pak cik hujung sana, jom.”

     Aku menganggukkan kepala, lantas mengekori langkah pakcik tu.. ‘mak aih.. kereta cantik cam nie, mesti orang baru kat sini, tak pernah Nampak pun’. Sebab kereta dia agak smart and still new.  Maka sepanjang perjalanan tu bermula lah dialog antara kami. 

      +“Awak nie belajar kat mane?”

     -“Selangor pak cik.”

    +“Jauh jugak tu.”

    -“Dah rezeki saya dapat kat sana pak cik.”

     +“Yelah, rezeki Tuhan ni luas, Cuma kita kena pandai cari, dan mintak moga-moga dipermudahkan, betol tak?”

    -“Betol tu pak cik, terima selagi Dia maasih sudi memberi.”
     
     +"Ke bawak diri nie?"


      -"Eh! tak lah.." tapi sebenarnya ada betulnya tu.. bawak diri jauh-jauh.. nak lupakan kenangan...

     +“Maaflah kalau awak tak senang, pakcik nie suka bercakap sket.. hehe”

     -“Takper pakcik, No hal. Pak cik orang baru ke kat stesen tu?

     +“Taklah, dah dekat 2 tahun pak cik buat keja nie.”

     -“Tak pernah pulak saya Nampak pak cik kat sini, tu Tanya.”

     +“Owh, pak cik buat keja nie petang jer, subuh-subuh pak cik tak de. Lagi pun, pak cik suka-suka je buat keja nie, orang kata dari bersembang kosong kat kedai kopi, better la pak cik buat macam nie kan, still  dapat berbual dan jumpa macam-macam jenis orang jugak kan. I love meet a lot people coz from them, I also canlearn a lot about life, mesti awak tengok kereta pak cik kan, ni kereta anak pak cik, dia nak bawak kereta pak cik, pakcik cilok la kereta dia.. dia pun baya-baya awak jugak. Masih belajar lagi.

     Mak aih, speaking London pak cik nih, confirm bukan orang biasa ni. Dalam hati jela aku cakap nie. Tetiba rasa segan.

     -“Anak pak  cik berapa orang?”

     +“Sorang je.”

      -“Saya pon 2 orang je adik-beradik pak cik.”

     +“Owh, yeke, habis awak nie sulung?”

     -“Bongsu pak cik.”

     +“Owh tak Nampak macam bongsu. yang atas abang ke kakak?”

      -“Abang.”

      +“Keja apa?”

     -“Keja biasa-biasa je pak cik.”

     +“Semua orang keja biasa la nak, yang keja tak biasa tu keja jual jin, hah! Yang tu memang luar biasa la kan..”

     -“ngee maksud saya, yela kan, biasa kalau orang Tanya pasal pekerjaan nie, mesti ingat keja besar-besar.”

     +“Tu lah orang kita, terlalu memegang pada kebiasaan, keja besar pon kalau hati tak bahagia tak guna, pakcik dulu pon pernah keja hebat, bukanlah hebat mana, tpi boleh lah.. and then sampai satu tahap.. pak cik rasa,, money is not everything in life, duit banyak family terabai nak buat apa kan.

     -“betul tu pak cik.” I’m speechless actually ngan kata-kata pak cik tu.

     +“Dah ada pakwe? Pak cik tengok macam dah ada, ke jual mahal?”

     Gulp! Soalan killer yang amat pak cik nih.. gugur jasntung aku.

     -“Sejujurnya takde.”

     +“Tapi pak cik tengok macam dah ada nie.. “

      Hahahahahahahahahaha…. Camner nak explain kat pak cik nie..

     -“Saya tak minat couple la pak cik. Boring.” Nah! Jawapan jujur!!

     +“Awak lahir bulan berapa?”

     -“2.”

     +“Awal ke tengah ke akhir bulan?”

     -“11.”

    +“Patotlah..”

     -“Kenapa pak cik?”

     +“Awak nie, kuat berpegnag pada prinsip, apa awak nak awak akan cuba capai, keras hati, ber’character’ tegas tapi lembut. Right?”

     -“Emmmmm…. Agak ar..” aiseh.. macam nujum daaaaa….

     +“Pak cik bukan tukang tilik.. kalau betul mungkin pada yang dah berlaku kan.. masa depan kita takkan pernah tahu.. semua tuurusan Dia.”

      Waaaaaaaaaa…… dia dengar ker aku cakap dia nujum??? ( ‘ _’ )??

     -“Saya nie biasa-biasa je pak cik.”

     +“Kita semua biasa nak, orang suka merendahkan diri kan.. kita tak tahu seseorang tu macamana kalau kita tak kenal dia. Macam sekarang.. awak duk sebelah pak cik, awak tahu dalam wallet kita sape lagi banyak duit? Mungkin secara zahirnya awak tengok pak cik ada kereta, so of course la Nampak macam pak cik lagi banyak duit kan.. tapi selagi pak cik tak bukak wallet pak cik, awak tak bukak purse awak, kita berdua takkan tahu sape lagi banyak duit dalam wallet kan.. mungkin awak ada RM50.. dan pak cik Cuma ada RM20. Dan sekarang pak cik hantar awak mungkin sebab pak cik nak cukupkan jadi RM30 untuk isi minyak supaya pak cik dapat balik rumah. Awak Nampak tak apa yang pak cik nak sampaikan? Zahir bukan segala-galanya.”
    Dalam diam aku memang setuju 100% ngan pak cik tu.

     -“Saya setuju ngan pak cik.. life is worth when we know how to appreciate it.. kan?”

     +“yup! I agreed with you too!.” 

     And we both smile.. but maybe in different vision of view..

    +“Ayah keja apa?”

     -“Tak keja.”

     +“Pencen dah?
     -“Tak, ayah OKU.”

     +“Mak keja apa?”

     -“Mak dah meninggal.”

     +“Owh……………..”

      -“Ok pak cik, masuk kanan..” menunjukkan simpang masuk ke kawasan rumah.

    +“Depan tu?”

    -“Ya.”

    Kereta berhenti, beg dalam bonet kereta dikeluarkan.

     -“Nie pak cik RM10, terima kasih pak cik hantar saya.”

     +“Sama-sama, belajar rajin-rajin, jaga ayah.”

    - “Baik pak cik, terima kasih.”

gambar hiasan-RoyHim Photo

   
Perbualan tu mungkin di anggap biasa bagi orang lain, tapi ia cukup untuk membuatkan aku berfikir, kita kadang-kadang merasakan yang kita dah terima segala ketentuan yang diberikan oleh-Nya kepada kita, tapi kita jugak memandang tinggi pada kelebihan orang lain, adakah kita benar-benar bersyukur dengan pemberian-Nya pada hakikat yang sebenar? Sebab kita lagi suka cakap “bestnye dia dapat macam tu.” Apabila tengok orang lain dapat sesuatu yang hebat atau bagus dan kita berkata “mungkin ni je yang layak untuk aku.” Apabila kita dapat sesuatu seadanya. Memang Nampak macam dah bersyukur tapi masih membandingkan. Then are we have been thankful to Allah?  Bukan hak kita untuk menilai sebenarnya. Berbuat sesuatu ikhlaskan hati, serahkan pada=Nya yang menilai niat di sebalik niat.. Allah sentiasa menyayangi hamba-hamba=Nya.. bagaimana kita nak membalas rasa sayang itu? Tepuk dada, Tanya iman,  Wallahhua’alam bissawwab.. 

(Gambar hiasan semata-mata..)