Aksara Di Permulaan kata...
pandangan mengadah tinggi ke langit..
,erenung langit kelam dengan pandang redup..
bulan yang jauh di cakerawala..
masih mampu menerangi alam semesta..
kala mentari seakan-akan malu untuk menjelma.. angin lembut itu melurut mesra wajah..
seakan bertanya. "sedihkah dikau wahai pemuja?"
"mengapa senyummu seakan pudar?"
"mengapa sinar wajahmu tidak gemilang cahayanya?"
"mengapa lidahmu tidak lagi bersenandung melagukan irama?"
"mengapa bening wajahmu seakan menunggu sinar..?"
ku balas ringkas wahai angin..
tidak mahu kau pergi menjauh..
aku tidak berrsedih..
senyumku bakal merungkai seribu makna..
wajahku akan gemilang bila tiba saatnya..
lidahku akan bersenandung bila ada yang ingin mendengar..
aku menunggu sinar bahagia..
bersama si dia..
syabab fi qalbu.. uhibbuka fillah..
p/s: masih mampu tersenyum......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan