ADDIN..
Salamun alaik, posting kali ni, ana copy dari seorang shot . sama-sama kita renungkan dan fikirkan ia mana yang betul dan yang buruk..
Khas buat dirimu..
Pernah satu ketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Duduk dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak join diorang kata saya menyibuk..
Ada juga yang kata saya kuat emosional..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnya saya nak tegur diorang dari buat salah..
Lepas tu saya cuba buat lawak..
Konon nak tarik perhatian orang lain..
Saya paling gembira bila orang gelak dengan lawak saya..
Especially budak perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya mat capap..
Tapi saya tak kisah..
Asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah Manusia..
Seorang lelaki akan tertarik pada wanita..
Macam tu lah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yamg couple..
Kat dorm SMS-SMS sampai pagi..
Ada yang call awek sampai satu malam
Boleh habiskan sepuluh ringgit..
Saya mula berfikir..
Adakah aku perlu BERCINTA?
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan empat itu..
Saya pun mula menanam tekad untuk bercouple..
Dam masa tu lah saya kenal awak..
Saya rasa saya dah jumpa orang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisa.. nak bali jugak!
Huhu.. first-first pendek cerita saya pun mulalah
BERCINTA..
Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat..
Apa orang minang kata.. ALL OUT lah!
Huhu~~
Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya..
Gayut malam-malam, kadang-kadang saya pun habis sepuluh ringgit satu malam..
Tapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa tu..
Tak terasa pun kehilangannya..
Masa bercinta memang indah..
Semuanya indah,,
Sikit-sikit gurau-gurau dan gelak-gelak..
Kalau merajuk main-main pujuk-pujuk..
Kalau birthday main wish-wish..
Untuk diri ini, terasa amat bahagia..
Sebab masa tu lah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah fikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam dan kata
Saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar saya banyak buat dosa..
Dan saya kena berubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..
Inginkan kebaikan..
Semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu sembahyang berjemaah..
Selalu dengar tazkirah..
Saya tak nak jadi baik sorang-sorang..
So saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
Saya ajak kejut awak bangun subuh.. (calling)
Saya ajak awak bagi-bagi tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak eberhenti couple..
Saya kata kita bukan buat salah..
Bercinta kerana ALLAH..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple jiwang-jiwang..
Ada yang siap buat maksiat lagi..
Pegang-pegang tangan and so on..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara’k..
Tak nak guna ayat-ayat jiwang..
Janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat..
Dan awak terima perubahan saya tu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awak pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk dengan teguran saya tu..
Awak tak dapat nak adapt..
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya..
Saya mula sedar, Dakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan pada orang tentang kebenaran..
Kalau tak..
Kita akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH
Di akhirat kelak..
Sesuaidengan firman-Nya dalam surah Al-A’raf,
Surah ke-7, ayat 164..
“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara
mereka berkaata: “mengapa kamu menasihati kaum yang Allah
akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan
azab yang amat keras?” mereka menjawab: “agar kami
mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu) ,
dan supaya mereka bertakwa”.
Pastu saya mulalah bagi tazkirah pada kawan-kawan..
Adik-adik..
Tegur diorang apa-apa saja yang diorang buat silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat silap / dosa..
Saya mesti nak tegur..
Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya
nak jadi orang kuat iman..
apa lagi, tegur je direct..huhu~~
selepas itu, suatu masa..
saya terbaca pasal couple..
“COUPLE HARAM”
Saya tak percaya..
Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
Macam betul pula..
Huhu~~
Tapi biasalah kan..
Kalau kita suka suatu benda tu..
Kita tetap akan cari alasan untuk meneguhkan pendapa kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
Dan teruskan saja hubungan kita..
Kita tak buat maksiat..
Kita tak jalan-jalan pegang tangan..
Tak jiwang-jiwang..
Just saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tazkirah-tazkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda-benda macam ni kan?..
Huhu~~
Tak kisahlah..
Masa terus berlalu..
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
Lagi tiga minggu rasanya nak trial..
Entahh.. lupa lah..
Tak catat dalam diari..
Sebab saya takde diari pun..
Huhu..
Dalam masa tu, saya memang rajin ajak-ajak kawan..
Pada masa yang sama bagi tazkirah dekat diorang..
Ada yang respek..
Ada yang prospek.. (pandang slack)
Kadang-kadang bila tegur..
Saya kena marah balik..
Macam-macam lah..
Ada kata tegur tak berhikmah..
Ada yang kata saya poyo je..
Tapi takpe..
Saya ada tempat mengadu..
Huhu~~
Suatu masa..
Ketika saya mentadabbur Al-Quran seorang diri..
Saya terjupa ayat ni..
“mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan)
Kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)mu
Sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
Al-Baqarah ayat 44
Saya pun terfikir..
Selama ni aku duk tegur orang je..
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan..
Cepat marah, suka buang masa..
Ada gak dosa-dosa kecil yang masih dilakukan..
Macamana ye?..
lepas tu terjumpa pula ayat ni..
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan
Yang bahtildan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu).
Sedang kamu mengetahui.”
Al-Baqarah, ayat 42
Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..
“alah kau tu.. cakap berasap.. gaya alim.. tapi
Couple gak..sama je kau dengan kitorang.. nak
Tegur prang konon..”
Berfikir sejenak..
Sebenarnya couple ni boleh ke tak?..
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Dah tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
Tau saya selalu contact perempuan?
Dan kadang-kadang rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..
Saya ke pulau pinang untuk mengikuti satu seminar
Dakwah..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya
Mengenai dakwah akan lebih mantap..
Sebelum pergi seminar tu..
Saya still message-message lagi dengan awak..
Tanaya khabar..
Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Quran hari ni..
Dalam fikiran saya..
“Ni dikira dakwah ni.. saling ingat-mengigati..”
Majlis malam tu berakhir dengan sesi Ta’aruf..
Pukul sepuluh semua orang dah bebas nak buat apa-apa..
Lagipun kitorang penat..
Takkan nak panjangkan program sampai tengah malam..
Pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati nak berkongsi masalah
Dengan fasilitator yang ada kat situ..
Saya rasa inilah msa terbaik untuk tanya pendapat
Dia pasal bercouple..
Tapi saya teragak-agak..
“kalau betullah couple tu salah.. habis tu nak buat macamana?
Aku kena clash ke? Aaah, buat apa fikir macam tu, Tanya je la.
Kalau tak buat salah, kenapa nak takut..”
Lalu saya menghampiri brother fasilitator tu..
Masa tu dia tengah belek-belek terjemahan Quran
Dia sorang-sorang..
“Assalamualaikum, bang, saya nak Tanya sikit boleh?”
“emm, boleh,, duduklah,, anta nak nak Tanya apa?”
“Er.. amcam ni, saya nak Tanya sikit. Sebelum saya terlibat
dengan dakwah ni, saya ad kenal la sorang kawan ni,
perempuan la. Tapi bukanlah kawan biasa, rapay jugaklah,
bukan rapat biasa, tapi rapatla..”
“Bercinta ke?”
Saya malu nak cakap yang saya couple. Karang
apa pula brother tu kata..mesti dia pandang slack
nanti. Saya angguk jelah. Pastu saya Tanya..
“sebenarnya..couple tu boleh ke tak bang?”
“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan
Tertarik pada perempuan. Begitu juga
Perempuan akan tertarik pada lelaki. Tapi dalam
Islam, perasaan tu perlu ada batasnya.
Pergaulan perlu dijga, kerana Allah berfirman
Dalam surah Al-Israa’, surah ke-17 dalam ayat yang ke 32
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu
Adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
“Tapi bang, saya tak Nampak pun menghampiri zina.
Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya
Mengawal perhubungan kami.. SMS-SMS pun takdelah
Jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah. Kami selang-selang
Bagi..hari ni saya, esok dia.. kan ke baik tu?”
Saya tak nak mengalah..
“memang betul anta baik. Tapi ingat,
Niat tak pernah menghalalkan cara. Yang bathil tetap bathil,
Yang hak tetap hak. Cuba tengok ayat ni,.”
Sambil brother tu buka Quran dia dan tunjuk ayat ni dekat saya:
“Dan (juga) kaum ‘Aad dan Tsaamud, dan sungguh telah nyata
Bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat
Tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik
Perbuatan-erbuatan mereka. Lalu ia menghalangi mereka
Dari jlan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang
Berpandangan tajam.”
Surah Al-Ankabuut surah ke 29, ayat 38.
“Akhi, kalau anta tengi=ok ayat ni, syaitan telah buat anta
Pandang indah benda buruk yang anta
Lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya
Anta berilmu tinggi, memanglah pada mualanya
niat anta baik , tapi ingat, syaitan licik.
Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus
Ke dalam kemaksiatan..”
Saya pun cakaplah..
“Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa
Lagi. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak
Bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama
Menjaga diri. Takkan ia boleh membawa kepada zina
Juga bang?”
“Em, betul. Anta dah janji tak nak jumpa dengan dia
Lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan,
Zina kaki. Kalau anta janji tak nak
Call dia selalu, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah.
Tapi akh.. masih ada zina yang tetap
Anta tak dapat elak bila bercouple..”
“Zina hati?” saya mencelah..
“Betul, zina hati. Semua inilah yang
Rasulullah dah jelaskan dalam hadithnya
Bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh
Check dalam Riyadhus Solihin, bawah bab
Larangan melihat wanita. Rasulullah
Bersabda, mata boleh berzina dengan melihat,
Lidah boleh berzina dengan kata-kata, tangan boleh
Berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina
Dengan berjalan kea rah tempat maksiat, hati pula
Boleh berzina dengan merindui, mengingati,
Membayangi si dia, hakikatnya,
Macamana pun anta buat, anta tak dapat lari
Daripada zina hati.”
saya terdiam.. kelu.. tak tahu nak kata apa-apa..
semua yang brother tu kata tak Nampak apa yang
salahnya,, lepas tu dia sambung..
“Ana dulu pun couple juga, lagi lama daripada anta..
Sejak sekolah sampai dah masuk university, dekat nak graduate..
Tapi bila ana sedar pasal ni, ana terus
Tinggalkan dia. Ana siap dah fikir, dialah
Bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada
Anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana
Daripada anta..”
“Saya risaulah bang, nanti apa kawan-kawan dia kata..
Dulu saya selalu minta tolong diorang untuk rapat
Dengan di. Sure nanti diorang semua tak puas hati
Dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa=apa
Akan jadi dekat dia kalau dia tak dapat terima
Keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat-sangat..”
Masa tu saya dah mula sebak dah. Malu betul..
Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni.
Entah apa-apa. Nasib baik takde orang lain tengok masa tu.
Brother tu jawab..
“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, diorang nak
buat apa? Paling teruk pun,diorang akan mengata di
belakang anta. Anta tak kurang sikit pn, lagi pun,
dalam berdakwah ni ,kita nak cari redha ALLAH, biarlah
orang nak kata apa-apa sekalipun, yang penting redha ALLAH.
Kalau ALLAH tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”
Saya terdiam..
“Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif,
Mungkin dia akan terima keputusan anta secara
Matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk
Tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia tak akan buat perkara-perkara
Bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan
Tanggungjawab anta. Apa yang anta nak buat tu betul,
Menunggalkan maksiat, semua orang akan anggung
Balasan atas perbuatan sendiri..”
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa tu saya menangis,
Saya dah sedar yang saya kena berhenti couple
Dah jelas sekarang, couple tu haram..
“Jadi macamana nak buat bang?”
“Ana dulu hantar satu SMS je dekat dia, ana
Terangkan pada dia hubungan yang dibina tu salah.
Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong
Jangan cari saya lagi. Lepas tu ana terus tukar nombor telefon,
Dia tak contact ana langsung dah lepas tu..”
“Maksudnya, saya tak boleh contact dia lagi ke?
Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula
Saya contact diorang?”
“Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada sejarah
Dengan dia. Tapi kalau nanti di takdirkan anta satu
University dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula
Satu group discussion, masa tu anta hanya layan dia
Just sebagai group discussion partner.”
Tiba-tiba saya terfikir..
“Dia ni nak suruh aku clash malam ni juga ke?”
Sekarang juga? Tak ke awal sangat?”
Saya cakap..
“Saya belum ada kekuatan la bang..
Boleh tak saya tunggu sampai saya ada ekuatan baru saya
Tinggalkan benda ni?”
Saya bajet nak lari lah. Sekali dia jawab..
“Akh, anta kena ingat, kekuatan tu tak boleh
Di tunggu, tapi ia perlu dibina. ALLAH tak akan
Ubah keadaan sesuatu kam sehingga kaum
Itu mengubah keadaan dirinya sendiri, boleh
Rujuk surah Ar-Ra’du, surah ke-13 ayat 11,
Lagipun anta nak tunggu sampai bila baru nak
tinggalkan couple ni.. abang-abang kat sini pun ramai
yang pernah couple, bila masuk dakwah, diorang tinggalkan..”
Alamak.. tak boleh lari lagilah nampaknya.. saya rasa
Macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
“Semuanya dah jelas rasanya.. nampaknya saya kena tinggalkan
Benda ni juga ye.. macam tak larat rasanya nak tekan
Button tepon ni.. rasa tak sanggup.”
“Kalau tak sanggup, mari ana tolong tekankan.”
“Eh, tak apalah bang, biar saya taip sendiri.”
Teragak-agak saya nak taip masa tu..
Tapi saya gagahkan juga diri..
“Semuanya dah jelas, buat apa aku tangguh-tangguh lagi
Takut nanti hidayah ni ALLAH tarik. Susah pula nak
Tinggalkan. Kan aku selalu berdoa supaya
Dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya.. inilah masanya..”
Lalu perlahan-lahan saya taip SMS tu..
“Assalamulaikum..
Sebenarnya selama ni hubungan kita salah di sisi
Islam.. saya ingat dengan mengubah cara
Pergaulan kita, ia sudah dibolehkan.. tapi
Sebenarnya, ia tetap berdosa.. saya harap awak akan
Istiqamah teruskan perubahan yang awak dah
Buat, kerana ALLAH .. kalau ada jodoh
InsyaALLAH, akan bertemu jua..
Assalamualaikum?”
Berat betul nak hantar message tu dekat awak. Saya masih
Tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam SMS
Tu saya just akhirkan dengan ucapan salam..
Lepas beberapa ketika.. saya tekan juga button
[send]
Lepas tu tertera dekat skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya
Dah hilang. Macam tak percaya saja.. saya dah ahntar satu SMS
Dan clash dengan awak..
“Terima kasih abang..”
“Tak apa, dah tanggungjawab..”
Malam tu saya tidur dengan linangan air mata..
Tak sangka.. memang tak disangka..
Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi tu lah..
Yang terbaik untuk kita sebenarnya..
Teringat ayat ALLAH.. surah Al-Baqarah Ayat 216..
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal
Berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
Padahal ia amat baik bagimu, dan
Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
Padahal ia amat buruk bagimu, Allah
Mengetahui, sedanag kamu tidak mengetahui..”
Masa terus berlalu..
Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain..
Dalam usaha nak lupakan awak..
Bukan senang..
Tapi saya terus cuba..
Saya selalu bagi tazkirah..
Saya bagi taklim dekat masjid, cerita dekat orang..
Couple haram, tunjuk segala dalil..
Macam-macam yang berlaku..
Ada kritikan..
Ada juga yang setuju..
Tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni..
Dapat pula mesej dari awak..
Awak bagi gambar bunga..
Bawah tu ada ayat..
“seindah gubahan pertama..”
Saya rasa awak still tak boleh lupakan saya..
Saya pun fikir.. kena tegaskan rasanya..
lepas tu saya hantarlah SMS ni..
dan rasanya itulah yang terakhir..
“Tiada yang lebih indah daripada mendapat
Keredhaan Ilahi.. seindah manapun gubahan
Pertama tu.. selagi tak mendapat keredhaanNya..
Tetap tak berguna..”
Assalamualaikum.. saya tahu dulu saya cakap, kalau
Ada jodoh, insyaALLAH akan bertemu juga..
Tapi saya tak nak awak tunggu, lupakan saya, biar
ALLAH yang menentukan..
Lagi satu, jangan cari cinta manusia..
Ia penuh dengan penipuan..
Kekecewaan
dan tak kekal..
tapi carilah cinta ALLAH
tiada penipuan..
tidakkan pernah mengecewakan..
itulah cinta abadi..
cinta yang diredhai..
-Yang terakhir~”
[send]
[SENDING]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan..
Saya pasti apa yang saya buat ni betul..
Saya yakin ALLAH akan sediakan yang terbaik..
Untuk saya..
Saya takkan berpatah balik..
Takkan.. buat selamanya..
Fikirkan ia sementara hati terbuka, berubahlah.. mungkin kita kehilangannya kali ini.. tetapi mungkin di masa akan datang.. ALLAH menggantikan yang lebih baik untuk kita.. insyaALLAH, sesungguhnya keredhaan ALLAH itu yang utama.. wallahhua’lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan