Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Sabtu, Jun 18, 2011

Bersedia Dengan apa jua....

     Dalam hidup ni.. kita seringkali menganggap atau lebih tepat lagi, menginginkan sesuatu yang dirasakan terbaik untuk kita.. (kalau korang tak macam tu, mungkin aku jela kot.. huhu).. tapi itu jugak la yang buat kita kadang-kadang terlupa yang hidup ni tak semudah yang kita impikan..

     Andai kata kita berada di dalam kesusahan, namun den kerana hubungan kita dengan oraang ramai kebanyakkan baek-baek belake, mereka sering menolong kita.. tapi sampai bila ia akan berlanjutan???  adat manusia.. hari-hari makan ikan goreng.. sekali sekala nak jugak merasa ayam madu berempah.. kebiasaan yang terlalu lama diamalkan boleh mendatangkan perasaan jemu.. orang takkan selamanya nak tolong kita.. kita pulak sampai bila nak harapkan pertolongan orang??

     Masa ni lah kita kena bangkit.. bertanya itu tak salah, bahkan pepatah melayu ada berkata, "malu bertanya , sesat jalan.." tapi banyak bertanya kadang mampu mengudang kita menjamu "lempeng" untuk hari tersebut,, kenyang sampai esok!!

     Bagi yang menolong, ikhlaskan hati anda.. Ikhlas itu tak nampak di mata tetapi melekat di jiwa penerima.. usah mengharapkan balasan, kerana jika tidak mendapatnya, anda akan lebih mudah cepar rasa jemu, ibarat menanam padi di tanah sawah, daunnya masih menghijau, sudah mahu menampi buah, manakan dapat..

      Dalam hidup kita saling perlu memerlukan..... berbeza itu lah yang menentukan kita... namun tak salah untuk menerima jika ia releven .. sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan