Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Sabtu, Januari 28, 2012

Bab Tiga:> Kisah Antara Kita



Bab 3:> Kisah Antara Kita






        “Wa’alaikummusalam warohmatullah….” Sedaya upaya Izdihar cuba memaniskan wajah dengan senyuman yang sememangnya sangat tawar walaupun diletakkan sekilo gula sekalipun.

        “Dah lama tunggu?” khuzairi bersuara sekadar cuba melegakan suasana yang kelihatan agak kekok.

       “Tak jugak, baru je sampai dalam sejam lepas..” Izdihar tetap kekok mengeluarkan suara. Mereka bukannya selalu berjumpa sejak masing-masing dah dewasa. Khuzairi sudah mempunyai kerjaya sendiri dan dia sibuk dengan pelajarannya. Jika berjumpa sekalipun bukanlah dalam suasana yang mengizinkan mereka untuk berbual mesra sesame sendiri, lebih kepada suasana kekeluargaan di kala ada majlis keramaian. Itupun jika kedua-duanya kebetulan mempunyai masa lapang untuk menghadiri.

        “Awal datang..” kelihatan senyum sumbing tercipta tatkala ayat itu dilontarkan,

        Izdihar hanya memandang sekilas dan terus beralih pandangan pada rakyat Malaysia yang sedang lalu lalang di sepanjang koridor, sempat ‘cuci mata’ seketika. Terasa wujud suasana tegang disitu. ‘Aku dah rasa macam tiang boleh bercakap pulak berdiri kat sini’ desis hati Izdihar.

        I don’t think this is a great place to talk about our issue, let’s just make a move to the food court. Lagipun  abang tak sempat nak breakfast tadi. You don’t have any problems with that don’t you?” khuzairi berkata penuh bersahaja.

        No, I’m not.” Kata Izdihar sambil menggayakan tangannya seolah-olah seorang penyambut tetamu di Restoran. Khuzairi melangkah terlebih dahulu diekori rapat oleh Izdihar dari belakang. Rapatlah sangat.. Jarak macam kalau boleh nak jarakkan sampai satu kilometer je. Mana taknya, berjalan sambil baca novel, yang peliknya, tak ada pula si Izdihar ni buat ‘langgar lari’ dekat sesiapa sepanjang perjalanan ke food court sehinggalah…. Bukk!! Terasa sengal sebelah kanan badannya melanggar tiang food court yang seolah-olah invisible dari pandangan sebentar tadi. Jatuh tergolek novel di tangan. Nasib baik novel, kalau tuannya yang tergolek mengalahkan nangka busuk, memang sebulan pakai beg kertas kat muka masa keluar rumah. Cepat-cepat dia tunduk mencapai novel yang sudah terdampar cantik di lantai marmar.








        Tapi, ada keanehan pada tiang ini, ‘tiang kat sini memang dipakaikan kasut ke? Atau aku dah langgar replika model baju mana ni, tapi takkan tiang dengan replika model baju boleh bergerak main hentak-hentak kaki berirama bagai, pelik!’ Serentak sambil bermonolog di dalam kepala, Izdihar memanggung kepala melihat ke atas. ‘Aku dah agak dah! Arwah la lepas nie!’ desis hati kecilnya bersama reaksi wajah pucat ditoreh tak berdarah. Bukan tiang.. Orang!!

         Sorry abang Zairi, tak sengaja, tak nampak tadi.” Terkulat-kulat Izdihar meminta maaf pada Khuzairi yang berwajah serius tahap kalau tampar pun confirm tangan sendiri yang sakit, reaksi muka dia takkan berubah punyalah.

         “Lain kali jalan tengok depan, bukan baca buku, bukan ada GPRS pun dalam novel tu yang boleh tunjuk jalan.” Kedengaran tegas kata-kata yang dilontarkan oleh Khuzairi. ‘Sikap tak berubah langsung dari dulu budak nie.’ Monolog Khuuzairi.

       “Maaf…” Itu sahaja yang mampu dikata. Kata lebih-lebih karang jadi debat perdana pula tengah-tengah food court nie. Khuzairi memang pandai berhujah dan dia sendiri kuat melawan orangnya.

       “Hmm.. Yelah.. Diha pergi duduk dulu dekat hujung sana, Abang nak pergi order kejap, Diha nak apa?” Khuzairi melembutkan intonasi bertanya.

       Horlick suam. Kejap Diha ambil duit.” Segera Izdihar menyeluk tangan ke dalam beg sandang ingin mengambil purse.

       “Tak apa, Abang belanja, tak nak makan ke?”
       
        “Tak, Kenyang lagi.” Izdihar kurang senang bab-bab belanja sebegini. Dia sudah mengagak yang pasti Khuzairi akan membayarnya. Seingatnya tidak pernah lagi Khuzairi merasa ‘dibelanja’ olehnya, sebab itu dia bertindak mudah, minum cukuplah, tak nak terhutang budi banyak-banyak, tak terbayar nanti dibuatnya. Izdihar kembali menatap novel yang masih  tidak terlepas dari genggamannya sedari tadi.

      Lima minit kemudian dia mengangkat wajahnya kerana ada bunyi seperti sudu berlaga dengan pinggan betul-betul berhampiran dengannya, agak kaget tatkala terpandang Khuzairi sedang memandang tepat ke wajahnya sambil mengunyah nasi lemak yang kelihatan jelas sudah terusik sekian lama, ‘ lama sangat ke aku baca novel sampai nasi dia dah luak’ monolog Izdihar masih terkebil-kebil memandang Khuzairi yang juga tidak mengalihkan pandangannya.

        “Dah lama ke abang Zairi duduk?” kata Izdihar seakan separuh berbisik.

       “Adalah dalam setengah jam.. Bak sini novel tu..”Tegas suara Khuzairi sambil menghulurkan tangan kanannya sejurus meletakkan sudu di pinggan yang hanya tinggal separuh sahaja isinya.

        “Tak apa, Diha simpan sendiri dalam beg.” Ringkas Izdihar membalas sambil membuka zip beg sandangnya.

        “Abang pegangkan dulu.. Bak sini.. Tengok gaya macam lagi sanggup tengok novel tu dari tengok muka abang ni. Sini! Nanti dah habis bincang, minta balik dengan abang.” Khuzairi tetap berkeras tidak mahu berkompromi dengan Izdihar.

        Dengan gaya seakan-akan mahu melepaskan anak kesayangan ke tangan orang lain, Izdihar menggosok perlahan kulit novel sambil meletakkan penanda buku ke mukasurat yang tertunda. Dengan tangan yang hanya dihulur sedikit sahaja, dia akur menyerahkan ‘hartanya’ sehingga memaksa Khuzairi bangun sedikit dari kerusinya untuk mencapai novel itu. Nampak sangat tak ikhlas nak bagi! Izdihar mencapai gelas minuman agak kasar sebagai tanda protes, air Horlick suam itu diteguk tanpa perasaan.






        “Abang nak cakap sikit pasal plan mama dengan Pak Su, Diha setuju ke?” tanpa sebarang mukadimah Khuzairi terus direct to the point, cukup untuk membuatkan Izdihar terbatuk akibat tersedak air yang baru sahaja nak minta izin masuk dalam tekak, Khuzairi kelihatan terkejut melihat reaksi itu lantas menghulurkan tisu yang tersedia di meja, kelihatan ada senyuman tahan gelak terukir kemas di bibir. Izdihar masih membuntangkan matanya memandang tepat ke arah Khuzairi sambil cuba mengatur pernafasan agar kembali normal. ‘Rasa macam kena anaphylaxis jer aku nie, soalan tak tapis langsung mamat nih!’ desis hatinya memberontak.


(To Be Continue…… Tunggu..!!)




         

       
     





      





Gratisan Musik

Jumaat, Januari 27, 2012

Cara Bunuh Diri Paling Senang Tapi Kena Ada Banyak Duit!!!!



Membunuh Diri Dengan Rokok.







      Mungkin ada dikalangan masyarakat yang mempertikaikan dengan penuh yakin: 

          
         “Mengapakah rokok diharamkan? Tidak ada disebutkan dalam al-Quran dan hadis bahawa rokok itu hukumnya haram.”


       Namun, pernyataan ini seharusnya disusuli dengan pertanyaan berikut:

              
        “Rokok hukumnya makruh, tetapi apakah kesan rokok terhadap kesihatan? Adakah rokok termasuk dalam kategori barang yang memabukkan atau membahayakan yang dilarang dalam Islam?”


      Jawapannya, bacalah al-Quran dengan penuh perhatian dan keinsafan. Apakah yang anda fahami daripada firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nisa’ ayat 29 yang bermaksud: 


         “… dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri; sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kamu.”


        Firman-Nya lagi dalam surah al-Isra’ ayat 27 yang bermaksud:


        Sesungguhnya orang yang membazir itu ialah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar terhadap Tuhannya.”


          Seterusnya, apakah yang anda faham daripada hadis Nabi s.a.w. yang melarang setiap perkara yang memabukkan membahayakan dan menyakitkan? Dalam riwayat Ahmad daripada Ibn Abbas r.huma., Rasulullah s.a.w.  bersabda yang bermaksud: 


           Tidak boleh memberi mudarat dan membalas mudarat.”


           Dalam hadis yang lain iaitu riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah  bin Umar r.huma., Rasulullah s.a.w. bersabda  yang bermaksud: 








         “Sesiapa yang makan sayur ini (bawang), maka janganlah dia menghampiri masjid-masjid kami hingga hilang baunya.”

 
           Dalam riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


         “Sesungguhnya, (bau busuk itu) mengganggu para malaikat sebagaimana ia mengganggu manusia (kerananya).”









Islam Menolak Bahaya.


            Jika kita perhatikan dengan bersungguh-sungguh, terdapat pelbagai bahaya kesan daripada merokok. Kita akan menemui perkaitan rapat antara rokok dengan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. tersebut.








           Dalam ayat di atas, Allah s.w.t. melarang kita daripada membunuh diri. Persoalannya, mengapa diumpamakan merokok itu seperti membunuh diri? Jawapannya kerana tembakau yang ada di dalam rokok itu sendiri mengandungi nikotin yang secara ilmiahnya didapati lebih cepat membunuh manusia daripada arsenik atau racin tikus.








            Selain itu, Allah s.w.t. melarang kita daripada bersikap boros. Hakikatnya, merokok telah menghabiskan banyak harta untuk membeli rokok. Bahkan, mereka  mereka meletakkan rokok sebagai keperluan utama yang tidak boleh ditinggalkan. Justeru, mereka telah menghabiskan wang setiap hari dengan membeli rokok. Bukankah ini suatu pembaziran?








             Seterusnya, merokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malahan turut membahayakan orang lain ( perokok sekunder atau pasif ) yang berada di sekelilingnya akibat bahaya asap rokok mengakibatkan sakit kepala, pening, batuk, dan sakit mata serta sakit kerongkong. 


              Ini antara petikan dari laman sesawang http://halaqah.net yang bertajuk Rokok Antara Nikmat Dan Mudarat;


               “Apabila seseorang menghisap atau menghidu asap rokok, ia akan masuk melalui kerongkong terus ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu sepanjang perjalanan di ruang ini. Kesannya, ia boleh mengakibatkan penyakit mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus yang menyebabkan bronchitis iaitu penyakit di bahagian paru-paru.
                 Ia juga akan merosakkan pundi udara di dalam paru-paru (alveolus) dan menyebabkan penyakit emfisema. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esophagus, perut dan pancreas.
                   Racun dalam asap rokok yang larut dalam air akan memasuki salur darah dan dibawa ke seluruh badan. Nikotin bukan sahaja membuatkan seseorang itu ketagih, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.”











          Begitulah kesan-kesan bahaya akibat asap rokok kepada para penghisap dan orang sekeliling yang menghidunya.


           Dalam hadis berikut, Rasulullah s.a.w. memerintahkan kepada orang yang memakan bawang merah atau bawang putih untuk menjauhkan masjid agar para jemaah yang solat tidak terganggu oleh bau mulutnya.  








            Hakikatnya, perokok akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dari mulut yang akan mengganggu orang lain sebagaimana para malaikat juga akan berasa terganggu kerananya.


             Bagi mereka yang berpegang dengan  fatwa yang mengatakan bahawa hokum merokok adalah makruh, ketahuilah bahawa hukum perkara makruh apabila terus-menerus dilakukan adalah  haram. Para ulama telah mengemukakan fatwa-fatwa berdasarkan kaedah-kaedah syarak serta berlandaskan al-Quran dan sunnah. Sementara itu, para doktor telah menemukan pelbagai bahaya yang menakutkan akibat merokok sebagaimana yang telah disenaraikan sebahagiannya di bawah.


KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA.


Muzakara Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37
Yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan
Tentang hokum merokok. Muzakarah memutuskan bahawa
merokok adalah haram mengikut pandangan Islam kerana
kemudaratan yang ditimbulkannya. Berikut antara hujah
-hujah yang menegakkan hokum tersebut.



Pertama: Rokok mengandungi Pelbagai Jenis Racun
Fakta-fakta daripada kajian-kajian perubatan telah
membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi
6mg  hingga 8mg nikotin dan pelbagai bahan kimia yang
lain. setiap sedutan asap rokok samap seperti seseorang
menghidu  sebanyak 4000 jenis bahan kimia yang
boleh memudaratkan badan. 



Kedua: Faktor Risiko Bagi Penyakit Serius.
Rokok bukan sahaja menimbulkan masalah
kepada perokok, malah ia berada pada ranking
keempat dalam senarai faktor risiko penyakit
serius yang menular di seluruh dunia seperti
risiko barah, penyakit jantung dan masalah
pernafasan. Antara penyakit lain ialah kanser
kerongkong, kanser mulut, katarak ( sejenis
kerosakan mata yang menyebabkan kanta
mata berselaput dan rabun ). Ulser perut
, strok dan penyakit paru-paru.



Ketiga: Fatwa Imam al-Syafi’i
Imam al-Syafi’I telah mengeluarkan fatwa
dalam kitabnya al-um iaitu: “sekiranya mereka
mengambil sesuatu (makanan, minuman, atau
sesuatu yang boleh dihisap, dihidu dan disedut)
yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu
jelas haram. (ini termasuklah) yang mengandungi
racun yang menyebabkan kematian. Saya tetap
memfatwakan ia adalah haram. Allah .s.w.t.
mengharamkan (apa jua jenis) pembunuhan kerana
membunuh bererti membunuh diri sendiri.



 Korban Rokok


                  Mengurangkan kesuburan, putus haid lebih awal dan terdedah kepada kanser antara risiko yang bakal dihadapi oleh perokok wanita. Isteri seorang perokok, pula berisiko mendapat barah paru-paru yang lebih tinggi berbanding isteri bukan  perokok. Bagi perokok wanita yang sedang hamil, mereka akan melahirkan bayi yang kurang berat badan atau pramatang. Asap rokok boleh merencatkan pertumbuhan bayi di dalam rahim ibu.







           Manakala mudarat bagi anak perokok antaranya mudah mendapat penyakit asma, jangkitan paru-paru, pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu serta mempunyai kecenderungan menjadi perokok apabila mereka dewasa kelak.


           Kalau kita perhatikan bahaya rokok sangat besar kerana rokok tidak dikira sebagai barang haram dan tidak ada larangan untuk memperdagangkannya. Di samping itu, perokok berada di mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika korban akibat rokok semakin meningkat hari ke hari. Sudah tentu keadaan ini menyebabkan kerajaan membuat pelbagai jenis kempen dalam usaha mengajak masyarakat untuk berhenti merokok. Sekiranya kempen ini Berjaya, rakyat sediri akan menikmati udara yang bersihdan bebas daripada asap rokok serta kesihatan akan lebih terjamin.








(Majalah Solusi – Mohd Wahid Abd. Hanif) 












     








Gratisan Musik