Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Khamis, Januari 12, 2012

Bab Satu:> Kisah Antara Kita

Bab Satu “Kisah Antara kita”





    
     Borang permohonan ditangan ditatap dengan mata terkebil-kebil beberapa kali. Ruangan yang bertulis “NAMA TUNANG/SUAMI” masih kosong tidak terisi. ‘Boyfriend pun takde.. usahkan tunang.. Anak sape pulak aku nak pinang ni?’ desis hati kecilnya. Kata-kata abah semalam masih terngiang-ngiang di telinganya seakan dirakam dan sengaja di’replay’ berkali-kali oleh otaknya.


      “Kalau betul la letak nama tunang tu boleh sebabkan  Diha dapat minta kerja dekat dengan negeri sendiri. Abah ada je calonnya. Lagipun kalau boleh memang abah nak Diha kerja kat sini, senang, dekat dengan family.” Tutur kata abah yang begitu lancar membuatkan Izdihar menepuk dahi. Ayat yang last tu masih boleh diterima, tapi yang awal mukadimahnya tu membuatkan dia terasa seakan baru saja menghadapi cubaan menjerut leher sendiri.


       Sebenarnya, dia tidak kisah tentang isu pertunangan yang dibangkitkan oleh abah kesayangannya itu. Tapi yang dia kisah tahap nak lepak atas traffic light buat seketika adalah individu yang bakal ditunangkan dengannya. Tak pernah terlintas langsung hatta dalam mimpi sekalipun yang insan tersebut yang akan menjadi tunang a.k.a bakal suami. Termenung panjang Izdihar tatkala abah menyebut nama insan tersebut.


         “Khuzairi.” Perlahan kata-kata itu terbit seiring dengan keluhan kecil Izdihar.


        “Abah ni takde orang lain ke nak bagi kahwin dengan anak perempuan dia nie..? Punyalah banyak lelaki kat Malaysia ni.. Kenapalah mamat tu pulak yang abah berkenan, kot ye pun handsome, Alif satar pun ada cakap “memang tak ada lelaki yang setampan aku, tapi yang lebih tampan banyak..” so, kenapa mesti dia?? Aku dah anggap macam abang tu.. Adik mana boleh kahwin dengan abang!” Protes Izdihar.


         +”Tapi kau je yang anggap dia macam abang kau, dia tak semestinya.” Kata hati kecil membidas hujahnya.


        ‘Eh, kitorang bukan kenal sehari dua, dari kecil kot, dari aku berhingus tak pandai nak lap sendiri sampai aku dah besar tahap boleh kahwin, of course aku tahu dia suka ke tak kat aku. Cara dia treat pun macam adik-adik je. Tak lebih dari tu.’ Izdihar membidas kembali.


       +”Ye ke? Kau yakin 100%?” hati masih cuba menyangkal.
  

       ‘101 Peratus wa cakap lu…!!’ segera Izdihar bertindak juga menyangkal.


        “Weh! Kau apahal cakap sorang-sorang nie? Nak aku bagi Haloperidol ke? Macam dah kronik jer. Tahap aku masuk bilik bagi salam pun tak bersambut, nasib baik aku tak buat persembahan lagu Assalamualaikum ala-ala kumpulan Rabbani kat muka pintu tu. Apasal weh? Muka macam baru kena paksa kahwin jer.” Hanis teman sebilik Izdihar yang memang jenis “DJ Radio” bertanya non-stop. Langsung tidak mengetahui yang tekaannya tepat yang amat ibarat penembak tepat dalam pasukan komando, Izdihar dengan pusingan kepala gaya lipat maut memandang tepat rakannya itu yang selamba takde perasaan landing di atas katilnya.

        “Mana kau tahu aku kena paksa kahwin? Sape bagitahu kau? Ramai ke yang dah tahu nie?” Izdihar kalut tiba-tiba


( To Be Continue.. Tunggu..!! )







Gratisan Musik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan