Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers!! What a very nice morning today right?... setelah 5 hari berkerja dari isnin hingga jumaat… Akhirnys sabtu menjelma jua.. owh bahagianya melepak sakan bersama bantal busyuk masing-masing.. ( ni ada sapa-sapa terlepaih subuh tak nie?? Sila ganti ya… kalau hutang ngan manusia sanggup pi bayaq.. hutang ngan Tuhan takkan nak simpan diam-diam buat buku tiga lima kottt..)
Di pagi yang sabtu yang hening ini, kelihatan tiada sebarang kelibat manusia melintas di koridor asrama seawal jam 8 pagi.. Aku rasa ramai lagi koma time nie.. Aku pun kalau ikut kepala nak berselubung dalam selimut gak tapi tak boleh lena.. makan terciptalah entri ini!
My life lately nie agak serabut laa haiiiiizzzss… Syukur aku dah dapat naik semester 6 untuk diploma aku.. Kira final sem la nie.. And sekarang aku tengah menjalani praktikal di sebuah hospital di Selangor.. okey la tu.. ni pun lecturer yang pilih.. Kami yang menurut perintah ja… kalau nak diimbau kembali.. sem 1 aku praktikal selama seminggu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) , Kuala Terengganu, sem 2 pula 2 minggu di hospital yang sama.. sem 3 paling rileks sebab takde praktikal, so kerja aku kat rumah ialah “menambah bilangan warga obesiti di Malaysia”..
Tapi… bila masuk sem 4 dan sem 5.. aku dah tak boleh meneruskan “usaha” untuk menambah bilangan tersebut kerana kena pergi praktikal selama setahun di Hospital yang sama dan juga Klinik Kesihatan.. di HSNZ.. Patient dalam sehari dalam 1000 lebih.. dekat klinik pula, 300 keatas itu tak normal.. kalau lebih dari jumlah tu baru la jadi normal.. so, bila berkerja kenalah pantas tuntas.. memang merasa la kaki kurang oksigen.. tapi pengalaman tu penting..
So, now aku sedang berpraktikal untuk sebulan dekat Selangor.. sebab tu hari ni sangat bahagia cause cuti.. ngeeee… by the way.. hospital ni memang berbeza la.. And memang mampu membuatkan aku menguatkan lagi prediction aku terhadap bidang kerja nie.. first day kat situ aku Tanya..
+ “kak, sini dalam sehari paling ramai berapa orang patient ek?”
then that sis jawab..
-“500 lebih la dik.. paling sikit pun dalam 400 something jer..”
Terdetik dalam hati. ‘Terengganu lagi ramai 1000 lebih sehari.. tapi apasal kat sini macam busy amat jer, aneh’
Hmm.. isunya.. “Politik di tempat kerja”.. Tajuk ni takde kaitan dengan apa-apa urusan mengundi yer.. Jangan misunderstanding plak. Gap antara pekerja atasan dengan bawahan yang sangat ketara memang jelas la kat sini. Walaupun bukan semua tapi tetap ketara terutamanya yang sesetengah tu.. kebetulan pulak aku terjumpa seorang pegawai yang kebetulan dulu berkerja di HSNZ, so kitorang sempat kenal sebelum aku datang sini..
kebetulan jugak dia diposting ke hospital yang sama ngan aku.. that kitorang sempat berbual sambil buat kerja tu, and pendapat agak sama.. “hospital ni banyak bezakan dengan hospital kita dulu.” Totally agree la that time.. tapi seriously, aku respect Chinese kat situ, dengan kitorang yang trainee nie, ada certain yang tak pandang slack pun, siap tegur sapa ajak makan. Sempoi.
Yang slacknya.. yang sebangsa pulak tak berapa ok.. “Kenapa mesti wujud gap?????” aku tak paham.. what’s wrong if you are a boss and we all just a “trainee” over there.. tak boleh duduk semeja ekk? Kenapa? Takut jatuh standard? Atau tercalar sebab aura “trainee” kitorang nie?.. Alergik tahap anaphylaxis la aku dengan maknusia style ni.. Nak hormat sebagai boss pun dah kurang tahap peratusan..
Okey, memang tak salah, pekerja hormat boss.. Memang patut pun.. Tapi kalau duduk semeja pun jadi isu.. Ehem!! Saya mencadangkan supaya dibina sebuah bilik khas yang gedabak untuk boss-boss “Besaa” supaya tak “terganggu” dengan aura-aura orang bawahan.. Kesian gak kat diorang nak sapu acriflavine hari-hari sebab tercalar kan.. Dunia betul laaa.. Memang tak semua macam tu.. Tapi bak kata pepatah.. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Life is short for every day we get through it.. Appreciate every moment in life cause when Its already past the day.. there won’t be a second chance to get it back.. Harap-harap untuk settlekan sebulan nie segalanya akan berjalan lancar.. and semoga aku dikuatkan hati untuk sabar and tak meletup dengan situasi.. Cause aku nie kalau marah.. Memang api laaa..
Okey guys.. Have a nice day and always remember.. “Tidak dijadikan sesuatu ke atas mu itu sia-sia melainkan dengan bersebab dan hikmah,” so, bila ditimpa dugaan, bersyukurlah sebab Allah nak kita tahu, banyak mana iman kita ada..kalau sikit, kenalah “top up” bagi full kan..
Sekian.. wassalam….
Gratisan Musik
kadang2 kita yg berada dibawah lebih terasa.org yg besar2 ni kdg2 tak kisah pun.pernah tegur mereka untuk duduk semeja?atau tunggu mereka mengajak?
BalasPadamhmm dah besar sgt along... nak terasa camner... that day.. nak breakfast before start kerja.. masa tu dah letak pun bungkusan makanan atas meja.. tibe2 ada sorang org "besar" duduk sebelah kerusi next to me.. disebabkan agak sempit sbb org duk tgh2.. org pon bagi la signal kat kawan sebelah suh tepi sikit.. alih2 yg "besa" tu pulak "awak nak duduk sini ke? tepilah sikit!!" pergh... ingat org nk sgt ke duk sebelah dia.. dah la melayu.. wat panas tu depan yg chinese wat camtoh... org terus blah dari situ dengan bangganya!
BalasPadam