Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Jumaat, Januari 20, 2012

Jawapan Yang Bakal Dijawab Dengan Penampar..!!





     Assalamualaikum dan salam sejahtera buat adek-adek maneessss…. Sama abang-abang machaa yang merasa diri anda handsome tahap tak ingat sekalian!! Today is 20/01/2011.. bersamaan hari Jumaat… Dan yang paling penting.. Aku tengah syok mengadap laptop di Teratak Usang tercinta sambil-sambil lepak hirup teh ‘O’ berasap bersama my beloved the most handsome daddy and my dearest brother yang suka bahan aku 24 jam tanpa henti, tapi takpa… Adek tetap sayang abang… Ngaaa…. ( Kalau abang aku baca, 4 tahun tak habis kena bahan nieh!!) 


        I was just received a text message by my BFF Anis saying this:


+As salam? Beb! Mu sapa ganu doh ker? Aku sangkut dalam jam ar.. rasa macam tengah jadi pelarian dari Jakarta nak seludup gi Malaysia!


     Understand that?? Motif?? This week kan CNY (Chinese New Year) so KL cuti 4 hari tu start from hari Sabtu until Selasa so.. Memang tak logik la kalau jalan nak keluar KL tak jam kan.. So, What did I reply to my BFF??


-Wasalam.. Aku blah pagi tadi ar beb, so memang clear + smooth.. Gi la turun cari roti nape2 lu.. Roti jala ke.. boleh gop makan ngan jam tuh!..



        Jawapan standard yang aku dapat bayangkan kalau si Anis tu duk lepak sebelah aku time nie, Confirm tangan aku tengah bersilat menepis tangan dia dari meng’karate’ aku tanpa segan silu.. 






      So. Bercakap pasal jawapan kepada persoalan yang boleh menyebabkan korang sesaja nak kena penampar Australia ala-ala maut seolah-olah baru lepas pergi kedai runcit dan cakap macam nie kat tuan kedai:


     “Bang! Maut sekilo! Bungkus elok-elok…. Takut meletup!”



      Yup! Memang Nampak sangat nak kena silat lepas tu dengan pak cik kedai kan.. So, jom kita intai-intai jawapan-jawapan yang bakal dijawab dengan penampar yang seterusnya,,,



PEMBERI PENAMPAR: “Kau buat apa tu?”

PENERIMA PENAMPAR: “Buat bodoh!”






( Kalau aku jadi pemberi penampar tu, agak-agak kejam tak kalau lepas dia jawab macam tu, aku pula jawab.. “Tak payah buat… Kau memang dah B*d*h…”…… Kejam tak???) seterusnya…



PEMBERI PENAMPAR: “Nak minum di mana?”

PENERIMA PENAMPAR: “Kat mulut!”





( Kalau aku jadi pemberi penampar kali nie… Memang tak minum 2 minggu insan tersebut kena simbah milo panas….. Tak kejam kan… )



PEMBERI PENAMPAR: “Mamak! Kira semua berapa?”

PENERIMA PENAMPAR: “Satu, dua, tiga………..”


( Agak-agak lepas mamak tu kira sampai 10.. Apakah mungkin yang seterusnya adalah jack, queen, king???)


PEMBERI PENAMPAR: “Kau dah mandi ke belum?”

PENERIMA PENAMPAR: “Cow (Lembu) mana mandi..”








(Sah! Ada yang jadi mangsa korban Raya Haji tahun nie…)


PEMBERI PENAMPAR: “ Kau tahu tak..?”

PENERIMA PENAMPAR: “Tauhu kat kedai..”


( bak kata kawan aku Razak (bukan nama sebenar) 2 minit kemudian, si penerima penampar menjadi tempe yang boleh digoreng tanpa segan silunya….)

                     
PEMBERI PENAMPAR: “Kau tau tak dengan sape awek aku keluar semalam?”

PENERIMA PENAMPAR: “Tau.. Dengan aku laa..”






(Carik awek lain!!!!!)


PEMBERI PENAMPAR: “Lama tak jumpa, Mana kau pergi?”

PENERIMA PENAMPAR: “Pergi mampoosssss!!”


( Okeyh! Jumpa kat tanah perkuburan 2 jam lagi… Aku balik ambik Yassin jap!!)


      Amacam? Menepati kriteria tak?? Boleh la tu kan untuk latest entry nie…. Ngeh3… Moralnya… Bila orang Tanya betul-betul.. Cuba jawab betul-betul.. Ada saat dan ketika… Gurauan kita tak kena pada tempatnya.. Ada orang boleh terima gurauan secara spontan.. Namun tak semua begitu my dearest readers… That’s why.. Dalam serius perlukan gurauan,… Dalam gurauan perlukan serius.. mix and match keyh… nite frenz!!!


p/s> To Anis… Sampai rumah nanti report aku!! Kita gi rempit!
          To Chinese Friends.. Happy Chinese New Year!!
          To Malaysian Friends… Aku sayang korunk semua kedap padat!!




 







Gratisan Musik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan