Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Jumaat, Januari 13, 2012

Bab Dua:> Kisah Antara Kita



Bab Dua:> Kisah Antara Kita





        “Kau biar betul Diha? Serius ke kau kena paksa kahwin? Dengan siapa?” Laju Hanis bertanya mengalahkan polis yang baru pencen dua bulan.


        “Maknanya kau main serkap jarang jelah tadi ni ya? Takde apa-apa.. Saje nak buat kau takikardia lima saat.” Izdihar pantas mengambil langkah selamat menyembunyikan hal sebenar dari terus “dikorek” oleh Hanis.



      “Kau ni serius ke tak Diha..? Aku dah confuse tahap petala kelapan dah nie.” Hanis memandang Izdihar gaya seorang mak tiri yang sedang cuba mencari kesalahan.


       “Tak payahla buat muka calon mak tiri kau tu.. Aku saje je tadi.. nak test tahap keseriyesan aku masih menjadi ataupun tak, tu jer. Pergi mandilah kau! Sebelum blah baik kau kemas katil aku dulu sebelum aku ulang tayang perkara yang sama kat katil kau.”


        “Cover line la tu.. Dah la kau.” Hanis segera berlalu ke bilik air.


       Izdihar kembali merenung ke luar tingkap. Handphone yang sedia terletak di atas meja dipandang sepi. Sebenarnya dia baru sahaja menerima pesanan ringkas dari Khuzairi beberapa ketika sebelum Hanis memasuki bilik mereka tadi.



         +As salam? Chat? Abg nak jumpa Diha esok blh? Ada something yg abg nk discuss.


         -Wasalam. Alhamdulillah chat. Blh insya-Allah,kat mna?


        +Borders.. Kul 11.. Blh?


       -Ok. Insya-Allah.


 
        Kelihatan begitu mudah dan ringkas ayat yang dibalas, namun hakikatnya, jantung seakan terasa nak tercabut. ‘Ni kalau pergi check tekanan darah boleh masuk ward aku nie’ desis Izdihar perlahan.


**************************************************************

         Jam dipergelangan tangan ditatap seketika, pukul 10.30 pagi. Izdihar sudah sedia terpacak di hadapan kedai buku Borders. Matanya lincah menari-nari di helaian novel karya Siti Rosmizah bertajuk Lafazkan Kalimah Cintamu yang baru saja dibeli seminggu lepas dengan penuh rasa tak sabar langsung. Dasar hantu novel!



         Izdihar sengaja datang awal. Alasan paling logik yang boleh diguna pakai saat itu ialah ‘takut train delay’.. Yup! Alasan yang sangat logik la tu kan. Padahal, sebenarnya lebih kepada ingin menyedapkan hati sendiri. Nak jumpa dengan bakal tunang la katakan.. Apasal loya tiba-tiba tekak menyebut perkataan tu? Abah.. Diha rela kena hantar jauh-jauh dari kahwin dengan abang Khuzairi abah. Namun kata-kata itu hanya mampu dijahit kemas di dalam kepala sehingga terasa mencengkam kulit.



        “Assalamualaikum?” kedengaran jelas suara garau seorang lelaki menyapa dari arah belakang, cukup untuk membuatkan Izdihar hampir-hampir membuat balingan tepat mengenai batang hidung lelaki tersebut dengan novel setebal 808 mukasurat itu. Namun tubuhnya kaku seketika sebaik terpandang insan tersebut.


( To Be Continue… Tunggu..!! )







Gratisan Musik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan