Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my sweet readers who had already smile dengan penuh keikhlasan untuk hari ini.. Smile that comes from heart keyh.. Bukan senyuman tayang gigi iklan colgate yerk…
Like always… Today is Saturday!! Love this day so much laa… Sape tak suka hari Sabtu?? Motif tak suka?? Sebab kena kerja walaupun orang lain dengan bestnya bergelumang dalam selimut?? Ehem!! No comment…. Takpe… Asalkan rezeki halal keyh.. Di Hari sabtu yang best ini.. Aku sangat yakin begitu ramai teenagers di luar sana yang “tak jumpa pagi” hari ni kan..
Bukan setakat teenagers rasanya.. yang dah resign dari dunia teenagers pun agak lebih kurang jerk rasanya.. Especially for those yang masih single mingle and tak terikat dengan mana-mana pakwe makwe versi kaki “ukur jalan” di hujung minggu.. Confirm tak lari punyalah dari menikmati “branch” ( breakfast + lunch ) untuk hari ini.. As a student.. Aku faham… Don’t worry…
The topic for the day is.. “College Life!!”..
Bermula dari aku berumur 18 tahun.. Aku dah start merasa keluar dari rumah atas tujuan “futher study”.. Korang pun mesti lebih kurang macam tu jugak kan.. and now.. I’m in my last final sem to finish.. Lagi la banyak kerjanya.. Assignment tahap patah jari.. Waktu tidur mengalahkan zombie.. and the most things yang tak boleh dielakkan bila dah up to sem six ini ialah.. “melakar peta di atas meja di dalam dewan kuliah”,, pergh! Makin menjadi-jadi pak tan bergayutan kat kelopak mata.. worse! One of my senior’s told me this..
“Ang taw dak lecturer kita nie sebenaqnya boleh diklasifikasikan sebagai antuu?”kata dia.
“Isyyh.. tak baek la kata camtu.. cekguu tuuu…. “ Aku membalas dengan penuh skema tahap budak tingkatan 1.
“Ang jangan duk pikiaq laen chek.. Aku kata lagu tu paseipa ang nak taw? Disaat mereka membuka mulut untuk berbicara.. Pada saat dan ketika itu jugalah kita menutup mata..”
Papp!! Aku tepuk dahi. Takley blah laa abang nie.. Seb baek pointer ang mantap.. aisehhh.. Kaki tidur pun boleh Grad dengan jayanya nie..
Itu… Isu normal di dalam dewan kuliah..
Bila balik hostel pula… Situasi yang tak boleh ditolak ketepi walhal menggunakan jentolak sekalipun ialah.. “Hantar couple sampai depan pagar hostel”. Actually aku just ignore this kind of thing until one day bila aku baru je balik from practical and I was walking with my friend Che Shim at that time.. From cafeteria heading to hostel and all the way long time of walking, we’ve seen a lot of couples were dating in front of hostel yard.. then suddenly Che Shim told me this..
“Aku pelik la Mas.. Bakpo ehh puok-puok nie duk ngataa gewe yo kelik? Padahaa bukenyo gewe yo tok kenaa jale balek.. Aku sero bobo dale ostel doh nie tok sesatnyo gewe yo sapaa tok jupo jale balek asrama..”
Korang faham tak apa yang aku tulis tu? Tak faham?? Sila cari kawan korang dari Negeri Kelantan sekarang untuk translit.. Dia cakap..
“Kenapa ekk pakwe-pakwe ni still nak hantar makwe diorang balik kat hostel? Padahal aku rasa takkan sesat punyalah makwe diorang tu setakat dalam kawasan hostel nie..”
Korang biasa tengok tak situasi macam nie..?? Then aku Tanya one of my friends yang guys..
“Kau ni hantar makwe balik hostel macam la makwe kau tu akan sesat nak balik.. Kalau sem satu tu boleh la diterima akal waras lagi.. Ni dah sem 6 kot weh…!”
Then he said this….
“Hish! Bahaya la Mas kalau dia balik sorang-sorang..”
Aku jawab..
“Apa ke bahaya yang wujud dalam hostel nie? Kau agak-agak laa.. Bukan ada peragut ke perompak ke dalam kawasan asrama nie pun..”
Dengan senyuman takley blah level kelapan Mr. Crusher dia jawab..
“Bahaya kot kalau ‘hati’ dia kena curi dengan orang lain.. Ngee”
Aisehh… Mata aku dah berpusing 360’ darjah dan telinga aku tetiba berlubang saat mendengar kata-kata itu.. But………
~A great man don’t make his girlfriend jealous toward him but make other girls jealous toward his girlfriend… ~
Sendiri mau fikir la kan maksud dia apa.. Sweet what….. Tahap Diabetes Melintus punya laaaa…. Semoga berkekalan la hendaknya wahai sahabat-sahabatku sekalian yerp…. Harapan agar aku menerima Kad Jemputan korang yang VVVVVVVVVVVVIP tahap bila bukak jer ada lagu Selamat Pengantin Baru.. Cam kad raya tu.. Baru mantap,, Terasa nak frame kad korang!!
Dari isu kelas membawa ke hostel.. Bila dah sampai Hostel.. Yang terbayang cuma katil empuk ( konon empuk ).. So, Masa untuk “Buka Kilang Buat Peta Malaysia”… Bantal tu macam sedap jerp.. Nite You Allzz…..!! Assalamualaikum!
p/s:> Tido awal penting untuk mencipta entri baru….. Ngeee…
Gratisan Musik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan