Tujuh Kategori Kaya
Dalam dunia moden ini kekayaan itu boleh dibahagikan kepada tujuh kategori.
KAYA DALAMAN
Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi.
KAYA KESIHATAN
Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.
KAYA PERHUBUNGAN
Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekeliling dalam keadaan baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti diutamakan karana disitulah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.
KAYA KERJAYA
Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini, kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.
KAYA LEGASI
Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara yang biasa-biasa sahaja tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kenudian setelah pemergian kita.
KAYA PENGALAMAN
Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktivit-aktiviti kemanusiaan, sukan, pelancongan, dan lain-lain akan memberikan kita “rasa” kejayaan yang sukar untuk digambarkan.
KAYA EKONOMI
Wang walaupun bukan perkara yang terpenting dalam hidup, tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup.
Inilah tujuh elemen yang perlu ada untuk mencapai kekayaan realiti. Tanpa ketujuh-tujuh elemen itu manusia hanya akan mendapat kekayaan ilusi. Begitulah mengikut kajian manusia berdasarkan pengalaman nasib dan realiti yang meninpa kehidupan manusia yang kaya- raya. Mengikut kajian barat memiliki wang yang banyak bukanlah syarat utama untuk menjadikan seseorang itu kaya dalam erti kata yang sebenar.
Majalah Solusi Isu 37 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan