Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Isnin, Disember 05, 2011

Orang Bujang Tak Pandai Masak?..

Simple… Mudah…. Ringkas…. Sedap……..

              Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan salam sejahtera to all my lovely readers…… Semoga berada dalam keadaan sihat dan aman sentosa… ( macam tulis surat daa..)  

             Semalam… Pagi-pagi lagi my beloved daddy dah ajak aku pergi Pasar Besar Kedai Payang… So, dengan tergesa-gesanya jugalah aku buat larian cari towel… hihihi awal lagi kot.. baru 7.30 pagi.. Arakian.. berangkatlah kami berdua menuju ke sana… yes?? Owh… Hari ni bukan nak cerita aku buat apa kat pasar tu.. dah pergi pasar takkan nak main bola kot.. confirm la angkut barang bukan main banyak tahap penuh raga motorsikal Modenas Kriss aku tuh!. Hari ni.. I nak share dengan you alls… Resepi Orang Bujang.. Yang dah kahwin pun tak ada salahnya nak praktikkan di rumah, di pantry, di rumah sewa mahupun di bilik asrama (kalau warden marah.. tanggung sendiri…) yer..

Bahan-bahan yang diperlukan:

*      1. Ayam yang dipotong sederhana besar .
*nota kaki:( kalau tak suka boleh gantikan dengan ikan, telur pun boleh, udang ke.. ikut la apa yang “wujud” dalam peti ais tu.)




      
5     2. 5 biji Bawang merah dimayang halus.

*      3. 3 biji  Bawang putih dimayang halus.





                4. 10 biji Cili padi ditumbuk lumat
*nota kaki: ( kalau tak ada lesung batu.. racik sampai halussss jerr… nak pedas lagi tambah jer okey..)




*     
5. Halia sebesar ruas jari kelingking ditumbuk lumat.




*     
6. Sos tomato 2 sudu makan.

*      7. Kicap lemak manis 5 sudu makan




*     
8.     8. Garam secukup rasa

*      9. Bahan perasa tambahan yang dibenarkan.

*nota kaki: ( tak suka, tak perlu letak.)

*      10. Minyak masak secukupnya.


( Bahan-bahan diatas tu boleh diubahsuai kuantitinya mengikut kesesuaian banyak mana nak masak tu.. cili padi tu kalau suka pedas tambah jer… tara masalah juga.. )

Cara-cara menyediakan:

1.    Cuci bersih ayam yang telah dipotong sederhana besar tadi, angkat dan toskan. kemudian perapkan dengan kicap lemak manis dan sedikit garam selama setengah jam.

2.  Goreng ayam tadi dalam minyak yang panas sehingga separuh masak atau masak sepenuhnya. Ketepikan seketika,

3.   Tumis cili padi yang telah ditumbuk bersama halia yang juga ditumbuk lumat sehingga masak, ini mampu mengurangkan sedikit kepedasan cili padi tadi.

4.      Masukkan bawang merah, bawang putih yang telah dimayang halus, goreng sehingga naik aroma.

5.     Masukkan kicap lemak manis dan sos tomato serta garam dan  bahan perasa, kacau sebati.

6.   Apabila (5) sudah kelihatan agak garing, masukkan ayam yang telah digoreng berasingan tadi dan kacau sebati.

7.      Sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi putih.





Simple kan??? Hehehe selamat mencuba ye…..







Gratisan Musik

2 ulasan: