Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Isnin, Disember 26, 2011

Tujuh Kategori kaya


Tujuh Kategori Kaya

Dalam dunia moden ini kekayaan itu boleh dibahagikan kepada tujuh kategori.


KAYA DALAMAN

        Memiliki set minda yang positif,  harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi.


KAYA KESIHATAN

        Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.


KAYA PERHUBUNGAN

       Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekeliling dalam keadaan baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti diutamakan karana disitulah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.


KAYA KERJAYA

       Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini, kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.


KAYA LEGASI

        Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara yang biasa-biasa sahaja tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kenudian setelah pemergian kita.

KAYA PENGALAMAN

         Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktivit-aktiviti kemanusiaan, sukan, pelancongan, dan lain-lain akan memberikan kita “rasa” kejayaan yang sukar untuk digambarkan.


KAYA EKONOMI

        Wang walaupun bukan perkara yang terpenting  dalam hidup, tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup.


         Inilah tujuh elemen yang perlu ada untuk mencapai kekayaan realiti. Tanpa ketujuh-tujuh elemen itu manusia hanya akan mendapat kekayaan ilusi. Begitulah mengikut kajian manusia berdasarkan pengalaman nasib dan realiti yang meninpa kehidupan manusia yang kaya- raya. Mengikut kajian barat memiliki wang yang banyak bukanlah syarat utama untuk menjadikan seseorang itu kaya dalam erti kata yang sebenar.


Majalah Solusi Isu 37 2011.

Sabtu, Disember 24, 2011

Apa Lebihnya Mereka?? Apa Kurangnya Kita??



Apa lebihnya mereka?? Apa kurangnya kita??..... 


      Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers..!! Hari ni sangat memenatkan der… because?? Okey.. I’m volunteering myself to do some charity work today at Society of the Blind in Malaysia sempena Hari Keluarga.. Yang nie Cawangan Negeri Terengganu yang handle and turut menjemput ahli-ahli cacat penglihatan dari Negeri Sembilan sebagai tetamu khas.. Did I sounds very Formal over here?? Lekks arr..  



      So, the event start at 9 a.m. semua dah mula mai dah… Tugas sukarelawan or lebih dikenali sebagai ahli bersekutu kat situ  ialah tolong ler mana yang patut.. cause.. Bila melibatkan event macam nie dengan kehadiran ahli OKU yang ramai.. Kesukaran untuk kebergantungan keoada diri sendiri tu wujud secara langsung.




         Apa yang aku maksudkan disini, bila mereka berada di dalam kelompok yang kecil, mudah bagi mereka contohnya untuk pergi ke bilik air sendiri, cari makan sendiri, masuk dewan sendiri dan lain-lain tugas normal macam yang kita selalu buat jugak la.. Tapi bila dah ramai dekat 100 lebih yang hadir, sekalipun diberikan ruang yang luas, pergerakan masih boleh menjadi sukar. Ingat senang ke jadi orang yang diambil pancaindera penglihatan nie? Tempatkan diri anda di tempat mereka dan hayati.. Berada dalam kegelapan untuk seumur hidup.. Bayar bil TNB juta-juta pun tak guna dah masa tu der.. 



        For your information my readers, aku suka gitar.. Suka dengar orang main gitar dan kadang-kadang tu.. Dengan orang yang main gitar tu sekali aku suka.. Ehem!! Tetibe sakit tekak tahap melampau… But frankly speaking, I don’t know how to play guitars.. Kenyataan yang pahit disitu.. 




         Why I’m telling you this?? Cause semasa majlis ni nak dirasmikan oleh Dato’ Haji Nasir, majlis dihiburkan oleh satu indi band. They have guitar, gendang yang pukul pakai tangan punya.. Bak kata Ajis  dalam filem Pendekar Bujang Lapok.. “Bonggho”.. and yang bulat ada cincin-cincin tu nama apa aa?? Aduhai.. Nampak sangat failed bab nama instrument… Back to the story, that Indi band dianggotai oleh ahli-ahli cacat penglihatan itu sendiri… Bayangkan.. Orang buta main gitar.. mana nak dapat.. And lebih membanggakan.. Diorang nie pernah terbitkan Album.. Apa rasa dalam hati sekarang?? Tak kagum pun? Hilang hati korunk nie…… Pergi balai polis buat report sekarang……!!



         Dalam hidup ni.. Kita sebenarnya diberi banyak kelebihan tapi kita persiakan.. Lebih teruk lagi.. Kita tak sedar yang kita sia-siakan semua anugerah tu. Kalau bab mata contohnya, semasa anda masih boleh melihat nie, lihatlah ke arah kebaikan, jangan gunakan mata tengok benda yang sia-sia. Tengok filem blue, yellow, pink, white laa.. tengok awek / balak cun / hensem sampai tak berkelip lah.. cucuk mata tu karang!. Bersyukurlah anda masih dikurniakan penglihatan yang sempurna oleh-Nya.. hari ni dah baca al-Quran belum? Guna mata yang Allah bagi tu untuk sesuatu yang diredhai-Nya.. bukankah itu lebih baik wahai sahabat-sahabatku sekalian.. 




           Bayangkan.. suatu pagi, anda bangun dari tidur dan semuanya gelap.. ingatkan black out, on suis lampu pun gelap, bukak tingkap pun gelap, bukak pintu bilik pun gelap, pastu masa nak keluar bilik tiba-tiba jatuh tergolek sebab tersepak something kat lantai, cari-cari benda yang anda sepak tadi tak jumpa, pastu tiba-tiba anda rasa sakit dekat kaki macam kena gigit something tapi tak tahu benda apa sebab memang rasa gelap sangat masa tu, tak Nampak apa-apa, tapi adrenaline dalam badan memberi signal bahawa anda sedang dalam keadaan bahaya, what would you do at that time?? 



          Situasi ni biasa berlaku kepada mereka-mereka yang  cacat penglihatannya. Sesetengah mereka-mereka ini bukan baru setahun dua mengalami situasi ni.. ada yang genetical born tidak dikurniakan penglihatan so bayangkan they have to get trough their life forever in this way.. and guess what.. diorang masih bersyukur dengan kurniaannya kerana mereka masih mampu Berjaya. Anak-anak pun study sampai universiti .. bukan U-turn ye… yang tu SPM tak de pun boleh masuk.. so adakah anda yang sempurna tu tak rasa bongkak sebab tak bersyukur dengan pemberian-Nya.. renung-renungkan dan selamat beramal……



These are a few photos yang aku sempat ambil..  Have a view k… snap.. snap!!




Nie baju punya logo daaa.....


sesi potong kek sempena ulang tahun perkahwinan ahli dari Negeri Sembilan. Ni event bidan terjun namanya yer...








 Agihan bantuan persekolahan anak-anak peringkat sekolah rendah dan menengah kepada ahli..


















































p/s:> aku yang mana satu dalam nie?? Orang ambik gambar mana ada dalam gambar.. 
 hek3...







Gratisan Musik

Jumaat, Disember 23, 2011

Jangan Biarkan Dosa Bersarang Di Facebook


Jangan Biarkan Dosa Bersarang Di Facebook. 

(Petikan dari Majalah Solusi isu ke 37 2011 – Dr. Zaharuddin Abd. Rahman)

          Isu muamalat merangkumi banyak cabang. Selain kewangan, muamalat juga merangkumi seluruh urusan manusia dengan manusia lain termasuk nikah kahwin, jenayah, politik, dan isu-isu masyarakat.

          Pada ruangan kali ini, saya akan menyimpang sedikit ke cabang muamalat yang tidak berkaitan dengan kewangan, namun berkaitan dengan hubungan manusia sesame manusia. Dalam artikel yang lalu, saya pernah menulis berkenaan keharusan menggunakan laman sosial Facebook  selagi mana digunakan secara betul dan benar, walaupun menyedari laman tersebut ditubuhkan oleh seorang yahudi untuk tujuan dan maksud yang berbagai. Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan dan melarang kemungkaran melalui Facebook, saya sedar terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan perbuatan tersebut boleh dianggap haram, malah berganda-ganda haramnya.

         Perlakuan dan perbuatan melalui Facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak. Namun pada kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara sahaja iaitu:

1.      Mendedahkan Keaiban Suami atau Isteri.
          Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik Facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci dan marah terhadap pasangan pada ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui  status Facebook. Kemudian, status tersebut mendapat pelbagai komentar daripada rakan-rakan dan kenalan.
           Sebagaimana yang disebut oleh ramai pakar dalam bidang rumah tangga, kebanyakkan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain bagi melepaskan beban yang ditanggung. Adakalanya tindakan tersebut mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula bertujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu sekadar melepaskan tekanan dalam diri.
          Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam kategori mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya bercerita perihal rumah tangga atau pasangan mereka secara terbuka samada melalui Facebook atau rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini mempunyai autoriti seperti ibu bapa, mentua, dan adik-beradik yang boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Mereka boleh juga dikongsi dengan pihak ketiga seperti kadi, mufti, ilmuwan sama ada ustaz, ustazah, ataupun kaunselor rumah tangga,
          Terdapat sebahagian maklumat tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat “membaca” dan “mengetahui” secara trsirat bahawa si pemilik sedang “perang dingin” dengan pasangannya, suami sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, pasangan bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya, ingatlah semua, rumah tangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui Facebook. 
          Beramanahlah, berikan suami ataupun isteri password Facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda, pasangan juga boleh menyemak dan membuang (delete) mana-mana status yang dimasukan secara emosi tanpa pertimbangan akal yang wajar.

2.      Terlebih Gambar.

         Ramai dalam kalangan wanita ini sudah mempunyai Facebook. Mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan pujian terhadap kecantikannya. Oleh sebab itu, semakin ramai wanita yang memuat naik gambar mereka, sama ada gambar jarak dekat, sangat dekat (sehingga memenuhi kotak gambar) atau jauh (secara beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

          Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan menayangkan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa rasa cemburu dan prihatin. Lebih membahayakan, ramai pula lelaki yang menontonya. Sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda dan membuat “lamaran” nafsu.

          Lebih pelik, tuan punya Facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen yang kurang veretika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu ( seperti ajakan berdating atau berkahwin walaupun telah bersuami ) tersebut pada ruang komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

          Mereka terus bercanda melalui ruangan komentar – si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami – atas tiket kawan lama, rakan sepejabat dan sebagainya, namun hal tersebut dibiarkan sahaja. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap berdosa dan salah di sisi Islam kerana perbuatan tersebut termasuk dalam kategori larangan Allah, “Janganlah kamu menghampiri zina.”

         Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna ) ditayang semahunya di Facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di laman web http://zaharuddin.net .



3.      Penyamaran

          Terdapat lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi “friend” dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan emnjadi “friend” seorang wanita . akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita terseebut. Bagi membolehkannya mendapar akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita dengan meletakkan gambar mana-mana wanita yang bertebaran dalam internet sebagai dirinya. Dengan cara itu, lelaki ini berjaya menjadi kenalan dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa-apa yang disukainya dengan gambar itu.

            Si wanita yang pada asalnya berasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis senarai “friends” sebaiknya, rupa-rupanya masih terdedah gambarnya kepada orang yang tidak sepatutnya. Oleh sebab itu, walaupun anda hanya membenarkan “friends” untuk menatap gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


                                                       
4.      Muat turun gambar untuk simpanan dan tatapan.

           Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang “bersepah” di Facebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru mana-mana wanita yang dikurniakan Allah dengan rupa yang menurut pandangan ramai sebagai cantik dan menawan, sedar dan berhati-hatilah. Golongan sebegini amat perlu lebih berwaspada daripada mereka yang lain.

            Malangnya golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan “dosa”. Nasihat saya, simpan sahaja gambar-gambar cantik molek yang dimiliki, cukuplah ia buat tatapan suami. Tidak cukupkah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali diri? Tidak perlulah begitu tamakkan pujian manusia luar.

            Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di syurga nanti. Sedarlah, kecantikan itu mungkin menjadikan sebuah rumah tangga hancur, menerbitkan kecemburuan wanita lain kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh cantik wanita di Facebook dengan isterinya. Jika ini berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosanya.  


                                                                                                             
5.      Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

          Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini.

          Ini kerana, terdapat trend menyebarkan gambar-gambar lama dan kemudian meletakkan tagging kepada individu dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang ditag, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua “friends” dan rakan kepada “friends”.

          Ini boleh menjadi satu dosa kerana:


(i)                 Sebahagian individu dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

(ii)               Individu terbabit berada di dalam rumah bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana berada di dalam rumah sendiri atau dalam keadaan candid. Tetapi akibat ketidakprihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat, gambar yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang ditanda (tag) boleh dengan segera membuang tag itu. Hasilnya , walaupun gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan, itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik Facebook tidak sedar mereka boleh untagged nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berdosa dalam Islam.



(iii)             Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi yang mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia berada dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi yang mengaibkan. Tambahan pula dia kini merupakan seorang yang terhormat dan mempunyai kedudukan baik di mata masyarakat. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemarkan nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung dalam khalayak ramai, sama ada sengaja ataupun tidak, semua perlu sedar anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda tetapi bukan gambar orang lain. Keizinan perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



(iv)               Mengutuk diri sendiri dan kebaikan. Terdapat juga sebahagian wanita yang berpenampilan cukup solehah, berpakaian “extra caution” dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun setelah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan. Imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju yang berkerlipan warnanya, fabrik yang tebal dahulu sudah menjadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasanya seribu satu kacam. Suami pula mungkin bukan jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Lebih menyedihkan apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di Facebook yang disiarkan oleh rakan-rakan lama, tuan punya badan kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk diri sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung, lahirlah kata-kata “zaman aku ekstrem”, “zaman solehah”, “waktu innocent”. “zaman-zaman suci”, “itu zaman kuno dulu”, “itu masa duduk bawah tempurung” dan lain-lain frasa yang sepertinya.

 Tanpa disedari, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri apabila melabelkan zaman dahulu sebagai “zaman solehah”. Adakah dia mengaku kini tidak lagi solehah? kini tidak lagi suci? Dan macam-macam lagi. Dia juga sekaligus seolah-olah mengutuk cara pemakaiannya yang sopan dahulu.

Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah asas pakaian dan penampilan solehah dahulu, janganlah sampai mengutuknya kini kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik dan seolah-oleh mendahulukan yang kurang baik.



Kesimpulannya.


          Itulah Facebook. Facebook boleh menjadi sumber pahala jika digunakan dengan betul, malah boleh menjadi penyebab azab jika digunakan tanpa ilmu dan batasan. Berhati-hati dan berpada-padalah pemilik Facebook.

           Niat untuk mendekatkan ukhuwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan aktiviti bersembang mesra, gurau senda antara suami dan isteri orang serta antara lelaki dan wanita bukan mahram. Ia hanya akan membawa kemudahan dan keruntuhan rumah tangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ukhuwah untuk berbuat dosa.

           Ukhuwah itu hanya terhad kepada sesuatu yang membawa kepada ingatkan Allah. Mengajak ke arah kebaikan dan menjauhkan kemungkaran. Lihatlah Surah Al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwah dalam kalangan Mukmin.