Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Rabu, Disember 21, 2011

Pesan Taqwa Untuk Pemerintah.!!

Pesan Taqwa Untuk Pemerintah..

     Wahai Amirul Mukminin, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” Sesiapa sahaja dalam kalangan pemerintah, apabila mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya diharamkan syurga ke atasnya.”
Wahai Amirul Mukminin,

     Sesiapa yang benci kepada kebenaran, sesungguhnya ia benci kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu benar lagi membenarkan.

     Hendaklah tuanku menegakkan kebenaran dan keadilan ke atas rakyat. Tutuplah aurat (keaiban) mereka. Janganlah dikunci pintu rumah tuanku atau mengada-adakan hijab (penghalang) antara tuanku dengan mereka. Hendaklah tuanku bergembira dengan nikmat yang mereka terima, dan bersimpatilah dengan musibah yang menimpa mereka.
Wahai Amirul Mukminin,

     Urwah bin Ruwain berkaa:” Rasulullah memiliki pelepah kurma yang digunakan untuk bersugi sehinggamenakutkan kaum munafik. Kemudian turunlah Jibrail berkata:” Hai Muhammad, adakah pelepah kurma ini engkau gunakan untuk menghancurkan atau menakutkan umatmu?”

Wahai Amirul Muminin,

      Relakanlah dirimu dengan dirimu! Dan carilah keamanan daripada Tuhanmu! Gemarlah kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:” Sesunggnya tempat letak panah yang dimiliki olah ahli syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat al-Tabarani no.6134 )

Wahai Amirul Mukminin,

     Sesungguhnya jika sesebuah kerajaan yang sebelummu itu kekal, nescaya ia tidak akan sampai kepadamu,. Begitu jugalah, ia tidak akan kekal di tanganmu atau sesiapa sahaja.

Wahai Amirul Mukminin,

     Ingatlah kata-kata Umar al-Khattab:” Jika mari anak kambing di tepi  sungai Furat (Iraq), nescaya aku takut akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak! Maka bagaimana pula halnya  dengan rakyatmu yang tidak berolah keadilan daripadamu sedangkan ia sangat hampir denganmu.”

Wahai Amirul Mukminin,

     Allah telah berfirman yang bermaksud:” Hai Daud! Sesungghnya Kami jadikan engkau khalifah di muka bumi ini. Sebab itu putuskanlah sesuatu perkara antara rakyatmu dengan kebenaran. Janganlah engkau turuti kemahuan nafsumu,nanti engkau akan disesatkan dari jalan Allah.” (surah Sad. 38:26)

Wahai Amirul Mukminin,

     Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” Setiap pemerintah akan dibawa pada hari kiamat dengan tangannya dirantai ke leher. Ia hanya dapat dibuka oleh keadilannya. Ia diberhentikan di atas titian sirat di atas neraka yang akan bergerak dengan suatu gerakan yang akan menghilangkan seluruh sanggota dan badan kemudian ia dikembalikan. Lalu dihitung amalannya. Kalau ia dahulu berbuat baik, nescaya ia terlepas dengan kebaikannya, kalau ia dahulu berbuat jahat, nescaya pecahlah titian itu lalu ia terhumban ke dalam neraka tujuh puluh kharif ( jarak masa setahun).

Wahai Amirul Mukminin,

     Umar r.a berkata.:”Amir (pemerintah) itu ada empat jenis.”
  1. Amir yang kuat yang dapat mengawal diri dan pegawai-pegawainya, ia seperti mujahid (orang  yang berjihad)

  1. Amir yang kuat yang dapat mengawal dirinya sendiri sahaja dan tidak pegawai-pegawainya ia berada di tepi jurang kebinasaan, kecuali Allah menurunkan rahmat ke atasnya.

  1. Amir yang dapat mencegah pegawai-pegawainya tetapi membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu. Ia berada dalam keadaan yang menbahayakan sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:” Pengembala yang terjahat itu bahaya yang menghancurkan. Dia itu binasa sendiri.”

  1. Amir yang membiarkan dirinya dan pegawai-pegawainya menurut hawa nafsu. Mereka kesemuanya akan binasa.

Wahai Amirul Mukminin,

      Umar al-Khattab telah berdoa:
      “Wahai Tuhanku! Sekiranya menurut ilmu-Mu, aku akan terpengaruh apabila dua rakyatku dihadapkan kepadaku kepada yang miring daripada kebenaran, baik yang dekat atau jauh, maka janganlah Engkau biarkan aku walaupun sekelip mata.”

Wahai Amirul Mukminin,

     Sesungghnya yang paling berat ialah berdiri tegak untuk menegaskan kebenaran kerana Allah, yang paling mulia di sisi Allah jalan taqwa, sesiapa yang mencari kemuliaan dengan mentaati Allah, nescayalah akan diangkat dan dimuliakan oleh Allah, sesiapa yang menncari kemuliaan dengan membuat maksiat kepada Allah, nescaya ia akan dihina dan direndahkan oleh Allah.


Majalah Solusi-Kata Dua-Muhammad Jihad-isu no.27- 2011.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan