Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Jumaat, Disember 09, 2011

Kampung Maliiiii...........

Kampung   Maliii….

          Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh ( tak jawab dosa… Jawab sayang….)  dan salam sejahtera… wake up at 6 a.m today… hihi actually aku baru jer balik dari Kelantan untuk travel 2 hari 1 malam bermula dari  Kuala Terengganu terus ke Tumpat dan keesokannya ke Kota Bharu  dan seterusnya ke Machang membawa ke Jerteh dan sampailah di Terengganu balik… dengan apa?? Bus, teksi, dan lain-lain.. ( Mana dapat.. yang tu la kitorang ambil.. “kitorang” tu sebab aku travel dengan my lovely very handsome and sweet beloved daddy…!!)  sampai rumah pun awal maghrib semalam dengan bas Jerteh-Terengganu.. So, ni bukan nak cerita pasal travel tu… yang tu kita story in the next post… Yang aku nak share sekarang ialah.. resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai….. Susah??? Mana ada…. Main campak-campak jer… Simple je pun.. Jom intai!!


SAMBAL  TUMIS  IKAN  BILIS  PETAI  ALA  KAMPUNG…

Bahan-bahan:

Ikan bilis 
yang telah dibuang kepala dan perutnya.. Rendamkan seketika dalam air untuk lembutkan ikan bilis tu.




6 biji bawang merah
Dimayang halus atau di ‘blender’

3 biji bawang putih
Dimayang halus atau di’blender





2 sudu besar Cili giling




1 sudu kicap manis





1 sudu sos tomato




Garam secukup rasa

Bahan perasa
Kalau tak nak guna tak perlu letak.

Minyak masak secukupnya

{kuantiti bahan boleh diubah mengikut banyak mana ikan bilis yang digunakan)



Cara Menyediakan:

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik aroma. (kalau nak pekat, blender bawang merah dan bawang putih )

Masukkan cili giling dan tumis lagi sehingga cili giling tadi benar-benar masak. ( macam mana nak tau dah masak ke belum? Pandai-pandailaaa.. jangan sampai hangit cukup )

Masukkan petai dan kacau sebati. ( ini dapat kurangkan bau petai tadi bila dah makan)

Masukkan kicap manis, garam, bahan perasa dan sos tomato. Kacau sebati.

Masukkan ikan bilis yang telah direndam dan ditoskan airnya tadi. Kacau sebati sehingga ikan bilis tadi masak. Sedia untuk dihidangkan… 





Senangkan…  selamat mencuba………..!!!





Gratisan Musik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan