Aku Pendengar Setia???????
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh dan Salam Sejahtera to all readers!...... (Macamlah ramai sangat yang jenguk blog aku nie..). Anyway…. Soalan standard…. How are you my dearest readers?? Fine I guess…. Eventhough actually you were in a flu situation and were having rest at home and you don’t have anything to do and that’s what makes you came to blogging… I still can accept that as some kind of appreciation for a visit.. Owh… Enough of an introduction over there.... So. Fokus hari ini bertajuk…. “Pendengar Setia”…… “What is that??” hmm…
Anggaplah anda sedang memberikan telinga anda kepada rakan-rakan, kawan karib, girlfriend, boyfriend, cousin, nephew or whoever who used to come to you and start to tell everything about anything and so many things sampai satu tahap, anda dah tak boleh nak fokus apa main point mereka-mereka nie.. ( kalau orang kurang waras, they were called, people who were in fly of ideas..kalau tak silap laaaa.. hihi)
Adakah anda seorang pendengar yang setia?? Sebelum itu, adakah anda rasa anda adalah seorang pendengar yang setia?? Macam mana nak tshu kita dianggap pendengar yang setia oleh orang lain?? Tanda-tanda yang paling senang nak detect ialah… the same people yang pernah mengadu masalah or happiness or anything tentang diri mereka.. tak takut untuk datang mengadu untuk kali kedua dan berterusan selepas tu.. kiranya anda adalah diorang punya first target untuk mendengar cerita diorang especially if they were your best friend. That’s mean you are a good listener.. Am I right??......
Apa ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pendengar yang setia??
Penyimpan rahsia yang memang confirm takkan revealed cerita yang disampaikan pada mereka.
(kalau jenis mulut tempayan, mulut lembik, bawak mulut merata-rata {habis tu takkan nak tinggal mulut kat rumah kot.. mana boleh cabut……. Dei!! Tu perumpaan daaa}, ratu gosip, etc… toksah la mengadu kat depa nie.. Buat sakit hati ja chek oii… carilah yang ada sifat-sifat muzium.. simpan and jaga elok-elok naa…)
Can be a shoulder to cry on….
(kalau depa yang mai mengadu tu duk melalak sob.. sob… sob.. ayaq mata duk berlinangan… bagilah bahu tu untuk depa melepaskan kesedihan… {jika anda brlainan jantina dan bukan muhrim.. HARAM yee….} kalau tak sudi bagi bahu pun.. bagila tisu ke…. Sapu tangan ke…. Gula-gula ke…. Baldi ke….. tempayan ke…. Apa-apa jualah yang dapat membantu…. Jangan sampai diri sendiri lak yang menangis lepas tu sudah….)
Punya sifat empati
( memahami perasaan individu yang bercerita.. tak la wujud situasi.. orang tengah nangis.. Dia pulak boleh gelak guling-guling.. bila tanya kenapa.. selamba jer jawab..”muka ko lawak la bila nangis.. buruk giler!!” .. memang sah-sah nak kena penampar sulung!!)
Kurang emosi
( kalau yang jenis emosi nie.. susah sket.. orang baru cerita sikit.. yang tukang cerita tak nangis lagi.. dia yang dengar dah “banjir”,,, Apa citer der……..)
Less talk…. More listen…..
(Faham tak makna perkataan tu?? Kurangkan bercakap.. lebihkan mendengar…. Bayangkan…. {tetiba ada asap berkepul-kepul keluar kat kepala..} korang semangat waja nak mengadu masalah korang kat diorang.. tapi belum cukup satu perenggan korang cerita.. dia dah menyampuk siap cerita kisah dia pulak.. ampa nak ke cerita kat orang macam tu???????? Sabooooooo jelaaa….)
Okey! Tu bagi aku adalah beberapa ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pendengar yang setia.. secara ‘basic’nya lah… selain tu sifat-sifat yang sememangnya perlu ada sedia wujud dalam diri individu adalah loving, caring, taking care, understanding etc.. memang logik la wujud kan… TETAPI……… sebagai manusis biasa… pasti kadangkala wujudnya situasi seperti…
Korang sendiri dah cukup banyak masalah nak kena handle.. memang tak mampu dah rasanya nak semakkan kepala dengan masalah orang lain yang kadang tu tak sebesar mana pun kalau nak dibandingkan dengan masalah korang.
Masa yang sangat mencemburui diri korang yang penuh dengan schedule yang telah diatur dengan begitu ketat, padat dan kedap udara sehingga merasakan peristiwa terlepas satu episod drama yang paling diminati oleh rakan anda hingga menyebabkan beliau menangis teresak-esak hingga tahap nak pergi jumpa stesen yang menyiarkan cerita tersebut untuk memaksa tayangan semula bukanlah salah satu perkara yang perlu di’install’ di dalam jadual anda.
Terpaksa duduk hingga rasa kematu punggung untuk mendengar cerita beliau yang kena ‘cerai’ dengan boyfriend / girlfriend dia yang ke-101 sambil dia bercerita dengan penuh bangga siap ushar mamat handsome / aawek cun yang lalu lalang dan malangnya mamat handsome / awek cun tersebut adalah boyfriend / girlfriend rahsia anda yang cuma anda berdua jer yang tau dan yang lebih bengang mamat / awek tu pulak layan sebab saje nak test anda punya jealousy.
Anda sendiri tengah takde mood sebab ada problem besar punya and then tetiba jer dia datang dengan takde mood jugak marah-marah korang dengan hangin dan meroyannya lepas tu bila ditanya dia bagitahu tengah tension gila sebab kena marah dengan lecturer depan kawan-kawan satu group sebab tak siapkan assignment ikut due date yang lect. Tu bagi. ( orang lain selamba jer boleh hantar…nak lempang ke tak??)
Dan macam-macam lagilah situasi lain yang wujud dalam hidup anda masing-masing kan.. lain individu lain cara penerimaannya.
Bila sebut tentang pendengar setia.. pastinya agak sukar untuk mengelak kan? Ke senang? Anyway… for me.. aku lebih prefer untuk berterus terang kot.. contoh situasi:
Tengah berkejar nak gi kuliah tetiba pulak kawan datang bilik dengan muka yang cukup layu , kuyu, dah macam kayu.. nak mengadu kat kita nie.. bolehlah menjawab
“Sorry sangat weh…. Aku dah lambat nak gi kuliah nie…. Malam nanti kau datang bilik aku kita citer-citer ek… tak pun, kau mesej jer aku kalau kau tak boleh datang.. ok”
Kejam ke? Mana ada!! At least ada juga rasa tanggungjawab nak dengar tu. Kenapa suruh mesej? Sebab for me juga…. Lagi senang aku nak berfikir dan jawab dengan easional tentang masalah tu supaya tak adalah percakapan tunanti banyak emosi sana sini…..
Diri sendiri tengah serabut.
“Sorry beb!... seriously aku tak okey sekarang.. Tapi kalau kau nak cerita juga taka pa la… aku dengar tapi setakat dengar jerla ekk..”
Kalau masalah dia simple, normally dia akan blah atau dengar balik masalah korang tapi kalau jenis tak faham ayat kat atas tu.. memang no komen aku…..
Kesimpulan dari contengan diatas simple jer sebenarnya…. Dalam hidup nie…. Kita dicipta dengan keadaan saling memerlukan antara satu sama lain.. siapa yang kat atas muka bumi nie boleh hidup sorang-sorang tak ada kawan.. tak ada mak ayah.. tak ada saudara mara.. tak ada kaum kerabat.. mungkin ada yang kata
“ada jer orang macam tu!!”
Yes! Aku tak nafikan memang ada.. tapi.. mereka masih tetap tak keseorangan kerana Pencipta mereka tetap bersama mereka. Allah S.W.T…. kita sering melupakan-Nya saat gembira namun mencari-Nya kala berduka namun ketahuilah Allah tetap tak tinggalkan kita walaupun kita tak selalu ingat pada-Nya malah sering mengabaikan perintah-Nya.. bayangkan kalau Allah pun tinggalkan kita.. Nauzubillah….
Pengakhiran topik kali ini, jom tadah tangan sama-sama:
“Ya Allah, Ya Tuhanku…
hamba-Mu ini merindukan rahmat kasih sayang-Mu dan jua keredhaan-Mu dalam hidupku..
Meskipun ku ulangi dosa, noda yang menjanjikan azab sengsara..
Namun, ku sedari keampunan-Mu tak bertepi..
Ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji-janji..
Jadikanlah taubat ini yang sejati pada-Mu Ilahi..
Ya Allah..
Ampunkanlah dosa-dosaku..
Ya Allah..
Redhakanlah kehidupanku..
Moga terhapus penghijab kalbu antara KAU dan aku..
Ya Allah..
Ku zalimi diri ini..
Andai KAU tak ampuni dan rahmati..
Alangkah ruginya diri..
Ya Allah..
Jangan KAU palingkan diri ini setelah KAU beri hidayah..
Sesungguhnya KAU Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
Wallah hua’alam………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan