Thanks for visiting Teratak Pelangi Senja...

Kita kongsi warna mata... Tapi tidak warna hati.. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.. Kalau terpelajar guna hak miranda....

Most Gorgeous People Who's Following My Blog..


Ahad, Disember 11, 2011

Cerita Dari Kelantan.

CERITA DARI KUALA TERENGGANU  ->  TUMPAT  ->  KOTA BHARU  ->  MACHANG  ->  JERTEH  ->  KUALA TERENGGANU…


          Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers….!! How’s your day?? Great I hope.. Memetik mutiara kata dari buku motivasi bertajuk Nak Ke Tak Nak karya Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, “Apabila anda tahu arah tujuan anda, sesungguhnya anda telah separuh jalan ke sana”.. So, always start your day with something good and nice to grab okey..!! “Semua terletak pada hati. Kalau hendak seribu daya. Nak ke tak nak jawab sendiri!” kata Dr. Tuah lagi. 






          Cerita hari ini berkisar tentang my travel 2 hari 1 malam ke Kelantan Darul Naim.. Best dan penat.. Aku pergi sana dengan my lovely very handsome beloved daddy.. So, dari rumah kami naik motorsikal Modenas Kriss kesayangan aku yang sememangnya akulah driver disaat itu.. kenapa ayah aku tak bawak?? Long story.. dipendekkan.. Aku lah yang drive masa tu. Tapi bukan nak pergi Kelantan by motorbike yer.. Kitorang akan pergi rumah family angkat aku dekat Sungai Ikan.. Sikit lagi nak masuk Jerteh,

             So it takes for about 45 minutes to go there. Cabarannya!! Aku rasa macam naik kuda jer.. Jalan dari rumah melalui jalan Batu 6, ke Tepoh nak ke Sungai Ikan sangat banyak “lubuk” yang tercipta.. tayar motor pun tak larat nak tukar kalau dah rempuh lubang tu.. Tambahan pulak dengan kereta yang gedabak-gedabak dengan kelajuan yang mantap sekali menyebabkan aku kerap kali nak corner baring atas jalan. Terbaeekkkk!!!

         “wahai pemandu-pemandu kereta di luar sana.. Silalah prihatin sedikit terhadap kami penunggang motorsikal.. Kami tak minta anda perlahan kereta sampai 30km/j bila Nampak kami.. Tidak…… Kami Cuma minta jangan abaikan kewujudan kami di atas jalan raya sehingga anda memecut dengan bangganya.. kami tahu kereta anda besar.. tak perlu tunjuk.. Bila dah besar tu memang jelas Nampak.. Tak pakai cermin mata pun Nampak.. Terima kasih…”


         Bila dah sampai dekat Sungai Ikan merangkap rumah family angkat daddy aku yang juga merangkap family angkat-angkat aku.. hihi sebab kitorang akan pergi sana (Tumpat) dengan family Abang Din aku ke sana.. the lesson over here.. The attitude from this family.. Aku solute Aunty and Pak Long aku nie sebab dia didik anak-anak dia memang mantap.. (bagi aku laa..). anak-anak dia seingat aku dari aku kecil sampai la sekarang.. sangatla good manners.. Lebih-lebih lagi dengan orang tua..

            Kalau bertandang rumah diorang.. satu Family akan keluar bersalaman dan Tanya khabar masing sambil berbual mesra.. Isu duduk diam dalam bilik menyorok dari tetamu memang tak wujud la. Anak-anak aunty aku ni mostly semua dah berkeluarga and apa yang aku dapat survey secara kasar.. Mereka Berjaya didik family diorang dengan didikan yang sama., Ayah aku selalu pesan.. Nanti dah ber’family’ didik family dan anak-anak macam tu.. Hormat orang tua, dan tahu jaga diri, tak susahkan hati mak ayah.. “Baeekk ayah!!... bertindak mengikut arahan!!..”

            Antara yang aku Nampak on that day:

          First.. Masa abang Din aku nak suapkan anak dia yang umur nak masuk 3 tahun makan, dia cakap “Adik nak makan? Abah suapkan yer, Bismillahirahmanirrahim……..” baru dia suap..
   
           Second.. anak sulung abang Din aku yang umur 7 or 8 tahun (aku tak sure) tiba-tiba sneezeAnd bila sneeze kita akan cakap Alhamdulillah kan.. thst’s he said..

           Third… Lagi sorang anak abang Din aku mengamuk nakkan mainan dalam kereta.. Tiba-tiba si abang yang sneeze tadi cakap.. “Sabar laa.. Abah kan bagitau.. Sabar tu separuh daripada iman..”

         Fourth… bila semua dah ada dalam kereta masa tu.. sebelum drive abang Din aku cakap.. “okey, semua.. Kita dah nak jalan nie.. Tadah tangan baca doa..” semua diam dan tadah tangan termasuk si kecil tuh!

        Amacam?? Aku rasa memang family mereka nie terdidik dengan adab sopan turun temurun.. kalau kita berada dalam persekitaran Islamic family mungkin ini tidak kelihatan aneh.. tapi seriously bukan senang pada aku untuk terapkan dalam diri anak-anak semua perkara ni. Memetik sedikit bingkisan Murabbi Cinta karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil;







          “Sesetengah ibu bapa berpuas hati kalau anaknya menghafal doa.
           Doa sebelum dan selepas makan, doa pakai baju, doa masuk dan keluar tandas, dan macam-macam doa lagi.
           Harus diketahui, Allah SWT tidak memandang kepada doa yang datang daripada hati yang alpa. Salah sati kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui akan maknanya.
             Ia bukan sahaja soal bahasa doa itu bahasa arab. Malah jika doa itu dalam bahasa pertuturan seharian kita sekalipun, ia mungkin doa yang tidak difahami andai pembacaannya hasil hafalan semata-mata.

            “Yop, bacalah doa. Kereta api sudah mahu bergerak.” Pesan saya.
            Kami berdua dalam perjalanan balik ke Ipoh. Saya ada tugasan di Ipoh, dan membawa seorang anak dapat meredakan sedikit perang saudara mereka di rumah.
            “Yop tak ingatlah. Susah doa tu.” Katanya.
            “Apabila kita berdoa, kita minta apa, Yop?” saya cuba mengorek apa yang anak saya faham tentang doa.
            “Kita minta selamat. Minta Allah tolong.” Jawab Saiful Islam.
           “Hah, mintalah keselamatan dan pertolongan daripada Allah.”
           “Ya Allah, Yop dan abi nak pergi rumah opah. Selamatkanlah kami. Selamatkanlah kereta api. Bagilah kami selamat sampai, dapat jumpa opah, dapat jumpa Pak Long, amin.” Doa Saiful Islam tulus.
            Entah kenapa, saya berasa sangat sebak hati mendengarnya. Perkataan yang diungkapkan oleh si anak tulus darpada hati dan fikirannya yang faham dengan apa yang diminta, sungguh bermakna. Mudah-mudahan di sisi Allah, doa demikian lebih besar harganya.
             Apa yang saya dan isteri cuba tambahkan ialah tahmid dan selawat pendek pada awal dan hujung doa. Itu sahaja”

           Apa yang anda faham tentang bingkisan di atas?? Kata Ustaz Hasrizal.. “ Ada banyak perkara yang perlu diubahsuai oleh guru agung anak-anak ini, iaitu ibu bapa mereka, dalam kehidupan seharian di rumah.” Faham? Mulakan pendidikan awal tentang keperibadian anak-anak bermula dari rumah bukan bila mereka dah mula bersekolah, melentur buluh biarlah dari rebungnya kan…. Dengan dunia sekarang, macam-macam cabaran dalam membina keluarga bahagia.. semoga setiap cabaran mampu ditangani dengan baik kerana-Nya… Insya-Allah…

                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan