Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang Mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah SAW mafhumnya:”Syurga itu dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari dengan keseronokan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
ALAM ROH
Masih ingat “aku janji” kita dengan Pencipta kita? Saat Allah berfirman yang bermaksud:”Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Kita semua menjawab yakin, “Benar (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Surah al-A’raf 7:172 )
ALAM RAHIM
Inilah tempat yang paling selamat bagi manusia; di dalam rahim ibunya. Nyawa mula ditiupkan semasa bayi berada di dalam kandungan.
DUNIA
Dunia tidak ubah seperti sebuah “kenderaan” yang membawa kita musafir ini dengan bekal yang bakal menyelamatkan kita menempuh check-point seterusnya yang jauh lebih mencabar.
SAKARATULMAUT’
Jangan sangka apabila sudah hampir terpisah nyawa dari jasad, ujian dah berakhir, boleh tahan juga ujian kala sakaratulmaut. Diuji dengan iman dan kufur.
KUBUR
Sendirian tidak berteman. Terasing dan sepi. Inilah transit sementara menunggu detik selamat. Awas! Jangan pula mengganggu teman di sebelah dengan teriakan sendiri dek diazab.. Nauzubillah!!
TIUPAN SANGKAKALA
Tiupan pertama sangkakala akan mematikan semua makhluk kecuali Allah dan malaikat Israfil.
DIHIDUPKAN SEMULA
Tiupan kali kedua akan menghidupkan kembali makhluk yang telah mati. Jangan disangka mayat yang telah hancur dim dimamah bumi dan tulang-temulang yang bersepah sana sini tidak mampu “dibangkitkan” semula oleh Allah.
AL-HASYAR ( MANUSIA DIKUMPULKAN)
Sepertimana perhimpunan jemaah haji di padang Arafah pada hari Wuquf, begitulah keadaan di padang masyar. Di sini beberapa check-point lagi terpaksa manusia ditempuh.
Syafaat
Manusia memohon syafaat daripada para Nabi, hingga akhirnya hanya Rasul akhir zaman sahaja yang mampu memberi syafaat.
Penyerahan Kitab Amalan
Kiri atau kanan? Semuanya verdebar-debar menunggu kitab amalan masing-masing.
Hisab
Disinilah manusia akan menanggung dan menjawab (tanggungjawab) setiap perbuatannya di dunia. Segala aktivitinya di dunia akan ditayangkan kembali.
Mizan
Ini proses “menakar” iman. Segala kebaikan yang dilakukan walau sebesar biji sawi ada sahamnya menerusi neraca ini. Begitu juga amalan keburukan . inilah kecanggihan mizan ciptaan Allah SWT tiada satu pun amalan yang tertewas daripadanya.
Telaga (al-Haub)
Hanya insan terpilih sahaja yang mampu melegakan tekak meneguk air dari Telaga Nabi ini.
TITIAN SIRAT
Titian yang merentangi neraka jahanam, ketebalannya (baca; kenipisannya ) lebih tipis daripada rambut, malah lebih tajam daripada pedang . inilah satu-satunya jalan menuju syurga. Titian ini lurus, tiada selekoh dan tidak bercabang walaupun begitu, orang kafir tetap gagal melintasinya.
DESTINASI TERAKHIR
SYURGA
Tiada mata yang pernah melihat keindahannya, tiada telinga yang pernah mendengar butiran perinciannya, tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan keindahannya, malah tiada lukisan pun yang boleh mentafsirkan keadaannya.
NERAKA
Inilah seburuk-buruk kediaman, apinya yang menjulang-julang marak. Panasnya tidak mampu diungkap.
Majalah Solusi isu 38 , 2011
Kolumnis: Pahrol Mohamad Juoi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan