Assalamualaikum dan salam sejahtera! Cuba letak belakang tangan anda ke dahi.. apa rasa? Panas? Suam? Sejuk? Kalau biasa-biasa saja.. sihat la tu insya-ALLAH.. kalau berlainan.. sila check, “demamkah aku?” sentiasa jaga kesihatan yer..
Okey!.. The topic for today.. “CHARITY WORK”.. Korang semua pernah terlibat dengan kerja-kerja amal tak? Jadi sukarelawan kat Rumah Orang-orang Tua ke..? Rumah Anak-anak Yatim ke..? Pernah? Tak Pernah?.. Jawab dalam hati sudah...
Kebiasaannya kerja-kerja amal macam ni lebih menumpukan kepada tempat-tempat yang macam aku bagitau kat atas tu. Is it correct? Kalau salah pun harap dimaafkan.. anyway, have you guys ever joining any charity work that involve disable person or Orang Kurang Upaya (OKU) ? tak kisah la samada golongan cacat anggota ke.. cacat pendengaran ke.. cacat penglihatan ke or cacat dari segi pertuturan ke.. pernah?
Kalau pernah.. Syukur Alhamdulillah.. Korang nie boleh masuk list insan-insan yag prihatin terhadap masyarakatlah.. Kalau tak pernah.. Don’t worry.. You still have time.. Do it while you can! So, Back to the story, bulan September tahun 2011 ni sinonim dengan musim raya kan.. sana sini rumah terbuka diadakan yang boleh membuatkan kita yang hadir kenyang tak beralih duduk dari kerusi. Kalau bersila.. jumpa dinding sambil bersandar gosok perut.. kenyang sangatlah tu agaknya. Dalam keriangan tersebut, berapa kali kita mngucapkan Alhamdulillah ( kalau sendawa sebut tak? ). Bersyukur tu penting yer adik-adik, kakak-kakak, abang-abang..
Dalam kita bergembira, pasti ada yang berduka.. tapi sekarang bukan nak story pasal sedih-sedih punya. Pada 17 September 2011 hari tu, hari sabtu, aku telah menghadiri satu majlis Sambutan Hari Raya bersama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Terengganu (PERTIS) yang bertempat di No. 77, Rumah Murah 100, Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. ( nah, complete alamat! J ) .
Tugas kita-kita yang normal nie adalah untuk membantu diorang mana yang patut. Pada mereka yang masih baru dalam bidang nie, mungkin tak biasa untuk “tolong-tolonng” nie. Atau kekok. Tapi bak kata pepatah melayu, alah bisa tegal biasa la kan. Kalau kita tengok secara kasar, tugas kita senang, hidang makan minum diorang sebab dalam majlis pastinya sukar untuk diorang nie pegi ambil sendiri makan macam kita yang normal nie kan. Bila dah rasa boleh cope dengan bantu-bantu nie, boleh lah mendaftar sebagai sukarelawan macam aku.. J.
Ni bukan promosi, ni pemberitahuan. Kalau rasa nak bagi sedekah ribu-ribu , juta-juta tu mcam tak mampu, tak salahkan kita sumbangkan sedikit tenaga untuk bantu diorang. Bila mendaftar sebagai sukarelawan atau lebih tepat digelar sebagai ahli bersekutu, setiap aktiviti yang akan dianjurkan akan dimaklumkan kepada kita and terpulang lah pada kita samada nak pergi atau pun tidak. Antara aktiviti yang pernah diadakan, Perlawanan Bowling antara OKU cacat penglihatan dengan orang normal, Perlawanan Catur, Perlawanan Dam, dan jangan tak percaya bila aku bagitau, diorang pun ada lawan Dart okey… pernah terbayang tak kat dalam kepala tu macamana diorang main sedangkan diorang tak Nampak pun.
Aktiviti diorang juga biasanya akan disertai bersama OKU Cacat Anggota dan OKU Cacat Pertuturan dan Pendengaran. So secara tak alangsung. Kita akan dapat belajar cara mereka nie berkomunikasi sesame mereka dan sesame kita yang normal nie. Bukankah itu satu kelebihan wahai sahabat-sahabatku..? Lagipun, kita kena sentiasa ingat, setiap pancaindera yang ada pada kita nie Cuma dipinjamkan oleh Yang Maha Esa pada kita, anytime kalau Dia nak ambil, Dia boleh ambil, jadi bersyukurlah kerana kita tak buta, kita tak pekak, kita tak bisu, kita tak cacat. Sebab ada mereka-mereka kat dunia nie tak seberuntung kita. Renung-renungkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan